PANEL 16 hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda semalam memberi keputusan 12-4 yang memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.
Bagaimanapun, dalam penghakiman mengenai kedaulatan Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) yang turut dituntut oleh Singapura, menjadi milik Malaysia dengan keputusan 15-1.
Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah.
ICJ telah mengumumkan keputusan siapa yang mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih yang terletak 7.7 batu nautika dari perairan Johor.
Bagi rakyat Malaysia tentu wujud perasaan sedih dan kecewa kehilangan kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih yang sejak 28 tahun lamanya kita tuntut daripada negara jiran, Singapura.
Apa pun rakyat perlu menerima dengan hati ter- buka keputusan yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh petang semalam.
Hakikatnya, Malaysia dan Singapura telah berikrar mematuhi keputusan ICJ itu yang mana ia adalah muktamad dan tidak ada rayuan selepas ini.
Kita perlu ingat bahawa dalam mana-mana kes perundangan, keputusannya tidak boleh dijamin. Pasukan ejen Malaysia hanya boleh menyediakan hujah-hujah bernas serta mantap, selebihnya ia bergantung kepada penilaian hakim dalam membuat keputusan.
Mengambil nasihat Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, rakyat Malaysia perlu tenang dan ber- sikap matang berhubung perkara ini supaya kita tidak menterjemahkan ia kepada pergolakan politik.
Usah kerana Pulau Batu Putih, hubungan dua negara yang dipisahkan oleh Selat Tebrau mengalami kesan buruk.
Kita percaya tidak akan timbul masalah sedemikian terhadap negara jiran itu.
Kerana kita yakin bahawa kerajaan Malaysia akan berpegang teguh pada prinsip menyelesaikan sesuatu pertikaian itu secara aman. Dan dengan keputusan ICJ itu, kita perlu mengiktiraf kedaulatan dan menghormati wilayah yang diberikan kepada Singapura itu.
Kita perlu terus memanfaatkan hubungan persahabatan dan kejiranan. Malaysia dan Singapura pun telah bersetuju untuk tidak menimbulkan apa- apa angkara atau masalah hubungan dua hala dalam menerima penghakiman ICJ beberapa hari sebelum keputusan ini.
Jelas, ada pendekatan konstruktif telah kita amalkan bagi menyelesaikan masalah tertangguh, termasuk berkaitan tuntutan bertindih dan penentuan sempadan darat dan maritim.
Langkah mencari penyelesaian terhadap pertikaian melalui ICJ juga menunjukkan Malaysia dan Singapura menepati semangat ASEAN, seperti yang terkandung dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) - Utusan Malaysia
Saturday, May 24, 2008
Tuntutan bertindih selesai dengan semangat ASEAN
Posted by 9T9 at 11:03 AM
Labels: Post ICJ Ruling, Ulasan, Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment