Friday, December 07, 2007

"1957: Hati Malaya" Movie, Batu Putih Documentary For TV

KUALA LUMPUR, Dec 6 - The movie "1957: Hati Malaya" and a documentary on Batu Putih, films which depict two of the country's historical events, will be making it to the small screen.

Deputy Information Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi said the two films were suitable for all levels of society as scenes showing the struggle for independence would have a lasting effect on the audience
.

"However, the movie `1957: Hati Malaya' will only be shown on television once it has completed making the cinema rounds," he said in reply to questions from Datuk Dr Mat Yasir Ikhsan (BN-Sabak Bernam) and Razali Ibrahim (BN-Muar) during the winding-up of the debate on the 2008 Supply Bill in the Dewan Rakyat here today.

"Having watched the movie, I found that it has an interesting storyline and can deliver a message to society particularly students, foster unity among the races and instil love for the country," he added.

"1957: Hati Malaya" is directed by Shuhaimi Baba with a stellar cast including Maya Karin, Rusdi Ramli, Azri Iskandar and Ida Nerina. It began screening in November.

On Batu Putih, Zahid said the ministry had sent journalists from several agencies to cover the hearing at The Hague, Netherlands.

"Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama and Filem Negara have cooperated during the hearing which can be documented for screening to the public."

However, the screening will have to wait until the hearing is completed in two months.

The Dewan Rakyat sitting continues on Monday - Bernama

Filem 1957: Hati Malaya, Dokumentari Pulau Batu Puteh Ditayangkan Di TV

KUALA LUMPUR, 6 Dis - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa filem 1957: Hati Malaya dan dokumentari Pulau Batu Puteh, yang memaparkan peristiwa penting negara, akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua paparan berhubung peristiwa bersejarah itu sesuai ditayangkan kepada seluruh lapisan masyarakat kerana ia mampu memberi kesan yang mendalam ketika menghayati perjuangan memerdekakan negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan Datuk Dr Mat Yasir Ikhsan (BN-Sabak Bernam) dan Razali Ibrahim (BN-Muar) ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 di peringkat jawatankuasa kementeriannya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata bagi filem 1957: Hati Malaya, tayangan di televisyen akan dilaksanakan selepas filem itu selesai ditayangkan di pawagam seluruh negara.

"Kalau filem ini ditayangkan di televisyen pada waktu terdekat ini, kos yang terpaksa ditanggung adalah amat tinggi.

"Saya pun sudah menonton filem ini semalam dan jalan ceritanya amat menarik serta dapat memberikan mesej kepada masyarakat di negara ini terutamanya pelajar-pelajar sekolah, di samping memupuk semangat perpaduan di antara pelbagai kaum dan memberikan semangat cintakan negara," katanya.

Filem 1957: Hati Malaya diarahkan oleh Shuhaimi Baba dan membariskan pelakon terkenal tanah air termasuk Maya Karin, Rusdi Ramli, Azri Iskandar serta Ida Nerina dan ditayangkan di pawagam mulai November lepas.

Terdahulu, ketika mengemukakan cadangannya, Mat Yasir berkata filem itu memaparkan perjuangan negara yang menempuh pelbagai cabaran untuk mendapatkan kemerdekaan dari zaman sebelum pendudukan Jepun di Malaya, zaman Jepun dan seterusnya.

"Satu agenda khusus perlu diadakan dan saya berharap agar filem ini ditayangkan secara terus kepada semua peringkat masyarakat bukan sahaja masyarakat dewasa, malahan di peringkat sekolah," katanya.

Beliau berkata kementerian juga perlu menyediakan peruntukan khas agar filem ini dapat ditayangkan secara berterusan di sekolah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Mengenai cadangan Razali berhubung perbicaraan Pulau Batu Puteh, Ahmad Zahid berkata kementerian sudah menghantar pemberita dari beberapa agensi untuk membuat liputan mengenai perbicaraan kes itu dan terdapat "footage" sepanjang perbicaraan berlangsung.

"Radio Televisyen Malaysia, Bernama dan Filem Negara bekerjasama sepanjang perbicaraan kes tersebut dan mereka juga boleh mendokumentasikan perbicaraan untuk ditayangkan kepada masyarakat,"
katanya.

Namun begitu, beliau berkata penyiaran perbicaraan kes itu perlu ditangguhkan sehingga kes itu selesai.

"Kita perlu menunggu sehingga perbicaraan kes ini selesai dan kementerian akan mengambil perhatian tentang perkara ini dan tidak akan teragak-agak untuk mempertontonkan perbicaraan kes ini kepada masyarakat umum, sekiranya kemenangan berpihak kepada Malaysia," katanya.

Persidangan Dewan Rakyat disambung Isnin depan - Bernama

RTM dokumentasi kes Pulau Batu Putih

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Bernama dan Filem Negara akan mendokumentasikan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Putih yang dituntut bersama oleh Malaysia dan Singapura.

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan menyediakan satu slot khas untuk dokumentasi itu ditayangkan kepada umum pada waktu yang difikirkan sesuai dengan turut memaparkan bahan-bahan lain yang diperolehi sepanjang perbicaraan kes tersebut.

‘‘RTM telah menghantar pemberita dan kita ada bahan-bahan yang telah diperolehi sepanjang perbicaraan tersebut.

‘‘Filem Negara juga sedang mengikhtiarkan beberapa perubahan (bahan) yang diperolehi sebagai tambahan,”
katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Perbicaraan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge antara Malaysia dan Singapura telah didengar oleh ICJ di The Hague, Belanda, dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh enam bulan lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Jabatan Penerangan sedia menayangkan filem Hati Malaya di sekolah-sekolah dan tempat awam dalam usaha membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat - Utusan Malaysia

Thursday, December 06, 2007

Hujah, bukti Malaysia lebih kukuh

Oleh Khirul Bahri Basaruddin

Singapura jaja surat pemangku SUK Johor untuk miliki Pulau Batu Puteh

SELEPAS Malaysia dan Singapura mengemukakan hujah masing-masing kini timbul siapa pula yang menang dalam kes tuntutan Pulau Batu Puteh. Bagi Malaysia jika negara itu menang tidak ada sebarang perubahan pada keadaan fizikal kepada ketiga-tiga bentuk muka bumi, malah Malaysia akan mengekalkan status quo pentadbiran rumah api yang kini dikendalikan Singapura.

Bagaimanapun, tawaran Malaysia itu ditolak Singapura dengan angkuh mengatakan soal pentadbiran rumah api tidak timbul sama sekali kerana pulau itu hak Singapura.

Jika kemenangan di pihak Singapura, timbul banyak persoalan antaranya Singapura akan mewujudkan satu lagi rejim maritim di rantau ini sekali gus memberi kesan kepada persempadanan maritim sedia ada dan bidang kuasa antara Malaysia dan Indonesia.

Ejen Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, berkata persempadanan wilayah perairan baru antara Singapura dan Indonesia perlu diadakan juga walaupun kedua-dua negara sudah menandatangani perjanjian sebelum ini. Ia akan memberikan fokus kepada sikap membisu Singapura mengenai tuntutan maritimnya.

Abdul Kadir juga mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Prof S Jayakumar, Isnin minggu lalu bahawa kes di depan mahkamah itu bukan mengenai soal hak mentadbir rumah api.

Katanya, Singapura sebelum ini memberitahu mahkamah, republik itu sebuah negara yang mematuhi undang-undang dan berbangga dengan rekodnya itu, tetapi tidak pernah menafikan rancangannya untuk menambak kawasan perairan Pulau Batu Puteh.

"Saya ingin memaklumkan kepada mahkamah bahawa Malaysia tidak pernah diajak berunding sebelum kerja penambakan laut dijalankan di Selat Johor tanpa mengambil kira sempadan dan alam sekitar marin Malaysia.

"Malah, peguam Singapura Prof Alain Pellet merujuk ketiga-tiga bentuk bumi itu sebagai gugusan pulau-pulau, satu lagi idea yang dicurigai yang sebelum ini tidak pernah ditimbulkan negara itu.

"Saya berharap, mahkamah dapat memahami keprihatinan kami, Singapura sebelum ini tidak pernah menjelaskan perkara itu kepada mahkamah tetapi menokok tambah fakta, " katanya.

Katanya, sebelum ini Singapura juga memberitahu mahkamah negara itu tidak pernah menahan nelayan Malaysia yang menangkap ikan di perairan Pulau Batu Puteh. Isu di depan mahkamah ini bukan nelayan Johor ditangkap, tetapi mereka dihalang menangkap ikan berdekatan Pulau Batu Puteh, berteduh di pulau itu berikutan cuaca buruk serta kehilangan tempat tradisi menangkap ikan.

Berhubung penempatan tentera di pulau itu, pertamanya, republik itu mengakui memasang peralatan radar komunikasi tentera, kedua, mendakwa zon rondaan F5 pada 1975 tidak mempunyai kaitan dengan pulau serta rondaan 24 jam sekeliling pulau itu bermula 1986. Kesan daripada ketiga-tiga tindakan itu Singapura ingin menjadikan kawasan di sekitar Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebagai kawasan larangan.

Apa yang jelas Singapura datang ke pusat pentadbiran Belanda, The Hague untuk menjaja cerita kononnya negara itu pemilik Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Singapura datang ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberitahu barisan panel hakim tetap dan ad hoc bahawa Pulau Batu Puteh terra nullius atau tidak bertuan sejak berzaman sehinggalah ditemui Syarikat India Timur (EIC) British pada 1844.

Negara itu kemudian cuba meyakinkan kepada mahkamah melalui hujah terra nullius dan disokong hujah kegiatan yang dijalankan selama 130 tahun oleh British dan kemudian Singapura menjadikan negara itu pemilik sah sekali gus mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.

Singapura mendakwa selepas penemuan itu seorang kakitangan EIC, J T Thomson diberi tugas menjalankan projek pembinaan rumah api bermula pada 1847 sehingga siap beroperasi 1851. Rumah api itu kemudian dikenali sebagai Rumah Api Horsburgh sempena mengambil nama pelayar dan ahli hidrografi terkenal, Kapten James Horsburgh.

Singapura mendakwa dalam tempoh 1847-1851, pihak British menjadi hak milik ke atas pulau itu dan tidak pernah meminta kebenaran daripada Raja-raja pribumi untuk membina rumah api yang digunakan untuk mengawal kapal yang masuk ke Selat Singapura.

Antara kegiatan yang dikatakan dilakukan di pulau yang mendapat nama daripada orang Portugis itu, termasuk projek pembinaan jeti yang dibuat melalui tender terbuka pada 1853-1902 yang tidak dibantah langsung Malaysia jika benar negara itu mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.

British dan Singapura dengan megah mengibarkan bendera mereka di pulau itu secara terbuka bagi memberitahu dunia tempat berkenaan milik mereka sejak ratusan tahun lagi. Negara itu juga mengenakan peraturan yang memerlukan rakyat asing termasuk Malaysia yang ingin menjalankan penyelidikan perlu mendapat permit daripada negara itu.

Mereka mendakwa pada Mac 1974, pasukan ukur Malaysia memohon kebenaran untuk menjalankan penyelidikan di sekitar perairan pulau itu untuk tempoh lapan minggu dan mereka dibenarkan berbuat demikian oleh Kerajaan Singapura selepas memberi butiran kakitangan terbabit.

Bagaimanapun, pada 4 Mei 1978 apabila dua rakyat Malaysia yang mendakwa dari Jabatan Ukur cuba masuk ke pulau berkenaan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa Singapura terlebih dulu, mereka diminta meninggalkan pulau berkenaan.

Selain itu, Singapura mendakwa Malaysia gagal mengemukakan bukti effectivit'es atau pentadbiran berkesan ke atas Pulau Batu Puteh untuk menyokong kes negara itu. Malaysia mengemukakan afidavit bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri K Thanabalasingsam berhubung surat sulit perisytiharan kepada kakitangan Bahagian Tentera Laut, Kementerian Pertahanan Malaysia menyatakan Pulau Batu Puteh (termasuk Batuan Tengah dan Tubir Selatan) berada dalam wilayah Malaysia.

Selain mendakwa Malaysia datang ke mahkamah tanpa sebarang bukti kukuh untuk menyokong kes negara itu, Singapura menafikan pernah wujud surat permohonan Gabenor Butterworth bagi mendapat kebenaran Sultan dan Temenggong Johor pada 1844 untuk membina Rumah Api Horsburgh.

Malah, Singapura mendakwa Malaysia pada 1953 melalui surat pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) Johor menolak pemilikan ke atas pulau itu sekali gus menguatkan hujah negara itu mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sejak tarikh itu atau sebelum itu sehinggalah Malaysia secara rasmi mengumumkan pulau sebagai sebahagian wilayahnya melalui penerbitan peta 1980.

Malaysia pula datang ke mahkamah dengan hujah utama bahawa Pulau Batu Puteh bukan terra nullius kerana Johor pemilik asal ke atas pulau itu dan Batuan Tengah serta Tubir Selatan sejak zaman berzaman.

Pada 1844, Sultan dan Temenggong Johor memberi kebenaran kepada Syarikat Hindia Timur membina dan mengendali Rumah Api Horsburgh.

Malaysia berhujah Singapura hanyalah pentadbir rumah api yang ada di Pulau Batu Puteh, dan semua kegiatan yang dilakukan oleh republik itu di sana tidak lebih daripada tindakan yang perlu dilakukan oleh mana-mana pengendali rumah api.

Kegiatan Britain dalam hubungan dengan rumah api Horsburgh dan pulau itu selepas 1851 hanyalah mengendali operasi rumah api dan tidak menunjukkan sebarang hasrat untuk memiliki kedaulatan pulau itu.

Bagi menguatkan hujah itu Malaysia mengemukakan bukti melalui peta, dokumen dan fakta undang-undang yang gagal disanggah Singapura satu persatu berhubung hak kedaulatan ketiga-tiga bentuk bumi itu.

Antaranya, pemangku SUK tidak pernah menyerahkan hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Penjajah Singapura pada 21 September 1953.

Peguam Malaysia, Peguam Diraja, Sir Elihu Lauterpacht, berhujah pegawai kanan itu hanya menyatakan negeri itu tidak menuntut pemilikan pulau itu.

Katanya, ada perbezaan 'kedaulatan dan pemilikan', iaitu kedaulatan adalah konsep undang-undang antarabangsa manakala pemilikan, konsep undang-undang persendirian. Undang-undang antarabangsa membabitkan isu kedaulatan manakala undang-undang persendirian berhubung urusan individu seperti hartanah.

Lauterpact berkata, jawapan surat itu merujuk kepada pemilikan pulau berdasarkan kepada undang-undang persendirian dan bukan kedaulatan kerana pegawai terbabit tidak mempunyai kuasa untuk menyerahkan wilayah Johor kepada British.

"Bagaimanapun, apa-apa maksud surat jawapan pemangku Setiausaha Kerajaan Johor tidak mengikat Johor seperti yang didakwa Singapura dalam kes republik itu.

"Malah, kita hairan dengan tingkah laku Singapura yang mendakwa memperoleh hak kedaulatan Pulau Batu Puteh daripada British lebih 100 tahun lalu, menghantar surat pada 1953 untuk mengetahui status sebiji batu (Pulau Batu Puteh) daripada kerajaan Johor.

"Jika pemilikan batu itu dimaksudkan sebagai kedaulatan oleh pemangku Setiausaha Kerajaan Johor, tidak ada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan Singapura itu," katanya.

Malah, pada hujah pusingan kedua, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Kerajaan Johor tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang perjanjian dengan negara luar pada 1953 berdasarkan kepada dua perjanjian yang ditandatangani dengan British pada 1948.

Sehubungan itu, pemangku SUK Johor, sebagai seorang kakitangan awam tidak mempunyai kuasa dalam undang-undang menulis surat kepada Singapura berhubung keputusan negeri itu tidak menuntut hak milik Pulau Batu Puteh pada tahun itu.

Mengikut Fasal 3 (2) Perjanjian Johor, Sultan Johor tanpa pengetahuan dan kebenaran Raja British tidak boleh membuat sebarang perjanjian, rundingan mengenai politik dengan menghantar wakil ke negara luar.

Perjanjian Johor dan Perjanjian Persekutuan Malaya 1948 menyatakan semua hak, kuasa dan bidang kuasa mengenai hal-ehwal luar Johor dipindahkan kepada penjajah serta dikuatkuasakan melalui Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.

"Pesuruhjaya Tinggi itu dilantik oleh Raja British manakala kedua-dua perjanjian itu sah hingga 1957 apabila Akta Kemerdekaan Persekutuan Malaya 1957 berkuat kuasa," katanya.

Abdul Gani berkata, pemangku SUK Johor menulis surat jawapan itu yang bukan dialamatkan kepadanya terus kepada pihak berkuasa tempatan British di Singapura.

Katanya, pegawai awam itu tidak memberi salinan surat itu kepada Ketua Setiausaha Persekutuan dan tidak ada sebarang bukti menunjukkan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya serta Ketua Setiausaha mengetahui mengenai kandungan surat 1953.

Sehubungan itu, katanya, cara surat-menyurat itu dijalankan menyalahi prosedur dan silap. Hak Pesuruhjaya Tinggi British atas nasihat dan persetujuan Majlis Perundangan Persekutuan boleh membuat undang-undang mengenai hal ehwal luar serta pertahanan, bukan Setiausaha Kerajaan Johor.

Katanya, Johor tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan sebarang perjanjian mengenai hal ehwal luar sekali gus membuat perisytiharan undang-undang.

Hujah Abdul Gani itu mendapat perhatian mahkamah apabila memerintahkan Singapura mengemukakan hujah bertulis dan diserahkan kepada mahkamah sebelum 30 November lalu. Bukti baru yang dikemukakan kepada mahkamah itu menimbulkan pertanyaan, adakah Singapura mengetahui kandungan kedua-dua perjanjian itu, jika mengetahuinya kenapa negara itu berdiam diri dan teruskan menjaja cerita surat pemangku SUK itu.

Bagaimanapun, perintah mahkamah itu satu kemenangan moral kepada pihak Malaysia yang diberi peluang untuk membuat komen mengenai jawapan Singapura dan dihantar kepada mahkamah sebelum 7 Disember ini - Berita Harian

Sunday, December 02, 2007

Bukan milik Singapura

Gagal buktikan 3 pulau dituntut hak republik itu - Peguam Negara

THE HAGUE, Belanda 22 Nov. – Malaysia memulakan pusingan kedua hujah lisan kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan menegaskan bahawa Singapura gagal membuktikan, jauh sekali mengemukakan sebarang dokumen, bahawa pulau tersebut milik republik itu.

Malah, Malaysia berhujah, kelewatan Singapura membuat tuntutan ke atas dua bentuk maritim iaitu Middle Rocks dan South Ledge (13 tahun selepas tuntutan Pulau Batu Putih) menunjukkan republik itu tidak mempunyai hak ke atas ketiga-tiga pulau berkenaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menarik perhatian Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini mengenai dakwaan Singapura bahawa Malaysia bukan pemilik asal Pulau Batu Putih.

Berhubung isu itu, beliau mempertikaikan dakwaan Singapura bahawa pulau tersebut menjadi milik British pada tahun 1847 hingga 1851 kerana ketika British datang ke situ, ia adalah terra nullius (tiada pemilik).

Menurut Abdul Gani, Singapura tidak dapat mengemukakan sebarang bukti bahawa Pulau Batu Putih ketika itu adalah terra nullius.

“Singapura tidak membuktikan kesnya, sebaliknya kes republik itu berdasarkan kepada kesimpulan mereka bahawa Pulau Batu Putih adalah terra nullius,” hujah beliau di hadapan Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh serta 15 hakim lain termasuk dua hakim ad hoc yang dilantik oleh Malaysia dan Singapura.

Abdul Gani kemudian berhujah mengenai perkara kedua iaitu sikap berdiam diri Singapura atau kegagalan republik itu mengemukakan dokumen undang-undang yang tidak boleh dipertikaikan sehingga tahun 1978 untuk menunjukkan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik mereka.

Malaysia, hujah beliau, telah menunjukkan bahawa kebenaran yang diberi oleh Johor berhubung pembinaan Rumah Api Horsburgh di pulau itu dibuktikan menerusi surat keizinan Sultan dan Temenggung bertarikh 25 November 1844.

“Sikap Singapura yang berdiam diri berhubung perkara ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja,” kata beliau sambil memetik keputusan ICJ dalam kes Temple of Preah Vihear mengenai pertikaian antara Kemboja dan Thailand.

Dalam kes itu, ICJ menggariskan bahawa beban untuk membuktikan sesuatu tuntutan sudah pasti terletak kepada pihak yang membuat dakwaan atau mengemukakan tuntutan.

“Malaysia telah membuktikan kesnya, bagaimanapun Singapura tidak berbuat demikian,” hujah beliau.

Abdul Gani turut menarik perhatian mahkamah mengenai dakwaan Peguam Negara Singapura semasa hujah lisan republik itu pada 19 November 2007 berhubung tarikh penting tuntutan ke atas Middle Rocks dan South Ledge.

Menurut beliau, Singapura mendakwa tarikh penting itu adalah berikutan jawapan balas kepada kenyataan Malaysia bahawa kedua-dua bentuk maritim itu adalah milik negara ini iaitu sehari sebelum rundingan dua hala antara kedua-dua negara diadakan.

Sebaliknya, Abdul Gani berkata, jika republik itu ingin menuntut kedaulatan ke atas Middle Rocks dan South Ledge, sudah pasti ia telah memasukkan nama kedua-dua pulau itu dalam nota bantahannya pada 14 Februari 1980 iaitu ketika bermulanya pertikaian ke atas Pulau Batu Putih tetapi Singapura tidak berbuat demikian.

‘‘Kedua-dua bentuk maritim itu telah dikenali dengan namanya sekarang ini sejak lama dulu, iaitu pada abad ke-14 bagi Pulau Batu Putih dan abad ke-19 bagi dua bentuk maritim lagi.

‘‘Kenyataan bahawa Singapura membangkitkan perkara itu sebagai tindak balas kepada apa yang Malaysia katakan adalah tidak relevan kerana tiada pertikaian langsung berhubung kedaulatan Malaysia ke atas kedua-dua bentuk maritim itu sebelum 6 Februari 1993,” katanya.

Esok Malaysia akan menyambung hujah lisan dan menggulung kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge - Utusan Malaysia

Tuesday, November 27, 2007

Batu Putih: Pemuda BN hantar nota bantahan

Oleh: Rohani Mohd. Ibrahim

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini menghantar nota bantahan kepada Singapura mendesak republik itu berundur dari Pulau Batu Putih dengan serta-merta sehingga Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan mengenai pemilikan pulau berkenaan.

Memorandum itu juga mendesak republik berkenaan menghentikan aktiviti pembinaan di pulau berkenaan.


Ia dihantar ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di sini oleh Timbalan Pengerusi Pemuda BN yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Liow Tiong Lai dan Exco Pemuda Gerakan, Lau Yeng Peng.

Turut mengiringi sayap kanan BN itu ialah Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Dr. Shamsul Anwar Sulaiman dan Exco Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Setiausaha Satu pejabat itu Marc Neo menerima memorandum tersebut.

Shamsul Anwar berkata, tindakan Singapura melakukan kerja pembinaan di Pulau Batu Putih dilihat sebagai mengenepikan semangat ASEAN dan hubungan dua hala di antara Malaysia dan republik tersebut.

``Oleh itu Pemuda BN mendesak supaya Singapura menetapkan tarikh untuk membawa isu tuntutan Pulau Batu Putih ke ICJ,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat pesuruhjaya berkenaan.

Ditanya mengenai pertemuan singkat mereka dengan pegawai di pesuruhjaya terbabit, Shamsul Anwar berkata, mereka diberi jaminan yang Singapura akan menetapkan tarikh berkenaan tidak lama lagi.

Abdul Aziz pula berkata, tindakan Singapura membina bangunan di Pulau Batu Putih dan meletakkan peronda marin merupakan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia.

``Sebagai pemimpin muda yang merasakan bahawa negara ini telah dimerdekakan oleh orang tua kita, tanggungjawab kita sebagai anak muda adalah untuk memastikan bahawa setiap tanah milik kita tidak boleh diambil oleh sesiapa sahaja.

``Apa saja tindakan mana-mana pihak untuk mengganggu-gugat kedaulatan kita adalah merupakan satu tindakan yang melampau dan kita akan menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan yang sepatutnya,'' katanya.

Singapura menerima kecaman daripada pelbagai pihak apabila Mingguan Malaysia mendedahkan tindakan republik tersebut mendirikan bangunan dua tingkat dan tapak pendaratan helikopter di pulau berkenaan.

Tindakan tersebut dilihat sebagai amat kontroversi kerana status pemilikan Pulau Batu Putih masih belum diputuskan secara rasmi.

Pemuda UMNO akan kemuka memorandum

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO akan turut mengemukakan memorandum bantahan kepada Kerajaan Singapura ekoran tindakan republik itu meneruskan kerja-kerja pembinaan di Pulau Batu Putih yang merupakan wilayah yang dipertikaikan.

Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, beliau sendiri akan mengetuai rombongan ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada pukul 10 pagi esok bagi menyerahkan memorandum tersebut.

Ia katanya, antara lain mendesak republik tersebut agar menghormati negara jiran dan jangan sekali-kali menduduki Pulau Batu Putih sehingga kes perebutan hak ke atas pulau itu diselesaikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Shamsul Anwar yang dihubungi hari ini berkata, beliau yakin ramai lagi aktivis akan turut sama mengiringinya sebagai tanda sokongan mereka.

Memorandum itu, katanya, membantah tindakan Singapura meneruskan kerja-kerja pembinaan di Pulau Batu Putih termasuk membina sebuah bangunan dua tingkat dan tempat pendaratan helikopter walaupun hak terhadap pulau itu yang menjadi tuntutan bersama dengan Malaysia masih dipertikaikan.

Ketika isu tuntutan itu akan dibawa ke ICJ, Singapura bertindak seolah-olah pulau itu telah menjadi miliknya termasuk menempatkan unit peronda marin secara tetap.

Selain rumah api, terdapat kuarters dua tingkat yang asalnya hanya setingkat beberapa tahun lalu untuk pekerja dari republik itu dan menara radar yang dipercayai untuk mengawasi kapal.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia semalam berkata Malaysia kan menghantar bantahan kepada Singapura kerana meneruskan pembinaan di pulau itu.

Katanya, bantahan itu penting bagi menunjukkan pendirian Malaysia yang tidak bersetuju dengan tindakan Singapura seolah-olah pulau tersebut menjadi milik mereka sedangkan kes tersebut masih dalam proses untuk dibawa ke ICJ.

Sementara itu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dalam satu kenyataannya hari ini menyifatkan tindakan Singapura menduduki Pulau Batu Putih seolah-olah ia milik mereka sebagai satu keangkuhan dan niat jahat yang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung Kebangsaannya, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, Singapura seharusnya menghormati Malaysia kerana telah memberi peluang kepadanya untuk mengendalikan rumah api bukan bertujuan merampas pulau itu dengan membina bangunan sesuka hati tanpa mempedulikan negara jiran.

``Tindakan angkuh Singapura untuk mengambil pulau itu seperti hak mereka dengan membina bangunan bagaikan satu cabaran kepada negara kita,'' tegas beliau.

Dengan itu, tambah beliau, Kimma membantah sekeras-kerasnya pembinaan bangunan oleh kerajaan Singapura di pulau berkenaan - Utusan Malaysia

Monday, November 26, 2007

Decision On Pulau Batu Puteh Dispute In Six Months - Kadir

From Nor Faridah A. Rashid

THE HAGUE, Nov 25 - Malaysia hopes the decision on the sovereignty dispute case over Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge between Malaysia and Singapore will be known in six months.

Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Malaysia's agent for the case before the International Court of Justice (ICJ) here, said in the case of Ligitan and Sipadan between Malaysia and Indonesia, which Malaysia won, the ICJ took six months to reach a decision after the completion of oral hearings.

"We hope the court can reach a decision in the present case within the same time frame," he told Malaysian journalists covering the case.

Abdul Kadir said the Malaysian delegation firmly believed Malaysia had a credible case and had presented it in the best possible manner.

"We pray Malaysia will win this case. Of course, the outcome is left to the court to decide. Both countries have declared to the court that they will accept the decision of the court and abide by it," he said.

He said that in this connection, he would like to appeal to all Malaysians to be patient until the court had made a decision and its judgment publicly announced.

"Until then, all of us should refrain from saying anything or doing anything that can prejudice the minds of the 16 Judges against Malaysia," said Abdul Kadir who led the Malaysian delegation to the hearing.

Abdul Kadir is Ambassador-at-Large and the Prime Minister's Special Adviser on Foreign Affairs. Datuk Noor Farida Ariffin, the Malaysian Ambassador to The Netherlands, was the co-agent.

Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail had also represented Malaysia together with Malaysia's team of international lawyers, namely Sir Elihu Lauterpacht and James Crawford, both professors in International Law at the Cambridge University; Nicolaas Jan Schrijver, professor of Public International Law, Leiden University; Marcelo G. Kohen, professor of International Law, the Graduate Institute of International Studies, Geneva; and Penelope Nevill, college lecturer, Downing College, Cambridge University.

Abdul Kadir said the Malaysian team had performed extremely well during the oral hearings from Nov 6 to 23 and that everything went according to plan. both substantively as well as organisationally.

The team's good performance in court, comprising three Malaysian senior officials and five prominent international legal experts, was in no small measure due to the good preparatory work, especially research work, which had been done by Malaysian officials for no less than 15 years, in Malaysia and worldwide, he said.

He said the research, headed and coordinated by Wisma Putra, has been a real national effort involving many government agencies, universities and other institutions.

"I can confidently say what needed to be done has been done," Abdul Kadir said.

Abdul Kadir, who also led the Malaysian team in the Ligitan and Sipadan oral hearings in 2002, said Lauterpacht, Crawford and Schrijver were counsel for Malaysia in that case, and the three of them were on the Malaysian team again in the present case, backed by two other international legal experts, Kohen and Nevill.

The ICJ, which concluded hearing the case Friday, would now start its deliberations.

An ICJ statement said the judgment would be rendered at a public sitting, the date of which would be announced in due course.

During the proceedings, Singapore was led by Ambassador-at-Large Prof Tommy Koh, who was also the republic's agent - Bernama

Keputusan Pertikaian Batu Puteh Dalam Masa Enam Bulan - Kadir

THE HAGUE, 25 Nov - Malaysia berharap keputusan berhubung pertikaian kedaulatan Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah serta Terumbu Karang Selatan antara Malaysia dan Singapura akan diketahui dalam masa enam bulan.

Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, ejen Malaysia bagi kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini, berkata dalam kes Ligitan dan Sipadan antara Malaysia dan Indonesia, yang dimenangi Malaysia, ICJ mengambil masa enam bulan untuk membuat keputusan selepas menamatkan pendengaran lisan.

"Kami harap mahkamah dapat membuat keputusan dalam kes sekarang dalam tempoh yang sama," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan kes berkenaan.

Abdul Kadir berkata delegasi Malaysia sesungguhnya percaya bahawa Malaysia mempunyai kes yang munasabah dan telahpun membentangkannya dalam cara yang sebaik mungkin.

"Kami berdoa agar Malaysia memenangi kes itu. Memanglah, keputusannya mahkamah yang menentukan. Kedua-dua negara telahpun mengisytiharkan kepada mahkamah bahawa mereka menerima keputusan itu dan akan akur," katanya.

Beliau berkata dalam hubungan ini, beliau ingin merayu kepada semua rakyat Malaysia supaya bersabar sehingga mahkamah membuat keputusan dan mengumumkan penghakimannya.

"Sehingga itu, kita semua perlu mengelak daripada menyatakan atau melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan prasangka dalam minda 16 hakim terhadap Malaysia," kata Abdul Kadir yang mengetuai delegasi Malaysia ke pendengaran itu.

Abdul Kadir adalah Duta Tugas-tugas Khas dan Penasihat Khas Hal Ehwal Luar kepada Perdana Menteri. Datuk Noor Farida Ariffin, Duta Malaysia ke The Netherlands, adalah ejen bersama.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga mewakili Malaysia bersama pasukan peguam antarabangsa Malaysia iaitu Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor dalam Undang-undang Antarabangsa di Cambridge University; Nicolaas Jan Schrijver, profesor Undang-undang Awam Antarabangsa, Leiden University; Marcelo G. Kohen, profesor Undang-undang Antarabangsa, the Graduate Institute of International Studies, Geneva; dan Penelope Nevill, pensyarah kolej, Downing College, Cambridge University.

Abdul Kadir berkata pasukan Malaysia melakukan tugas yang amat baik semasa pendengaran lisan berlangsung dari 6 hingga 23 Nov dan segala-galanya berjalan mengikut perancangan.

Prestasi yang baik oleh pasukan itu, terdiri daripada tiga pegawai kanan Malaysia dan lima pakar perundangan antarabangsa terkemuka, bukanlah calang-calang berikutan persediaan yang baik terutamanya kerja-kerja penyelidikan, yang dijalankan oleh pegawai Malaysia tidak kurang daripada 15 tahun, di Malaysia dan seluruh dunia, katanya.

Beliau berkata penyelidikan itu, yang diketuai dan diselaraskan oleh Wisma Putra, merupakan satu usaha nasional yang sebenar membabitkan banyak agensi kerajaan, universiti dan institusi lain.

"Saya dengan penuh yakin mengatakan bahawa apa yang perlu dilakukan sudahpun dilaksanakan," kata Abdul Kadir.

Abdul Kadir, yang turut mengetuai pasukan Malaysia dalam penderangan lisan Ligitan dan Sipadan pada 2002, berkata Lauterpacht, Crawford dan Schrijver merupakan peguam yang mewakili Malaysia dalam kes itu, dan ketiga-tiga mereka sekali lagi menganggotai pasukan Malaysia dalam kes sekarang, dengan disokong oleh dua lagi pakar perundangan antarabangsa, Kohen dan Nevill.

ICJ, yang menamatkan pendengaran kes itu pada Jumaat, kini akan memulakan perbincangan.

Satu kenyataan ICJ menyebut penghakiman akan dibuat pada sidang awam, dan tarikhnya akan diumumkan kemudian.

Dalam prosiding itu, Singapura diketuai oleh Duta Tugas-tugas Khas Prof Tommy Koh, yang juga ejen republik itu - Bernama

Sunday, November 25, 2007

Malaysia bimbang wujud rejim maritim baru

Daripada: Noraini Abd. Razak

THE HAGUE , Belanda 24 Nov. – Malaysia hari ini menutup kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan menyuarakan kebimbangan mengenai wujudnya satu lagi rejim maritim yang boleh menjejaskan sempadan serta bidang kuasa maritim sedia ada antara negara ini dengan Indonesia, jika keputusan kes tersebut memihak kepada Singapura.

Duta Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad memberitahu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini, perkara itu juga jika menjadi kenyataan akan menuntut satu persempadanan baru wilayah perairan antara Singapura dan Indonesia meskipun telah ada perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

Hujah beliau, Malaysia berusaha untuk mengemukakan kes itu dengan sempurna dan adil kerana ia mempunyai kepentingan dalam kerjasama dan keselamatan di perairan Selat Singapura.

Malaysia juga, katanya, mempunyai kepentingan bersama untuk mengekalkan kedamaian dan hubungan persahabatan antara negara jiran berasaskan undang-undang antarabangsa.

“Ini terutamanya penting bagi hubungan dengan negara-negara jiran terdekat seperti Singapura. Sebab itu Malaysia tampil di mahkamah ini untuk mencari penyelesaian secara aman berhubung pertikaian terhadap Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge,” hujah Abdul Kadir.

Beliau menarik perhatian mahkamah mengenai hujah Profesor Jayakumar (Timbalan Perdana Menteri Singapura) Isnin lalu bahawa kes itu bukan mengenai hak untuk mengendalikan rumah api sehingga menimbulkan persoalan, ia sebenarnya mengenai apa.

Abdul Kadir berkata, mahkamah telah mendengar mengenai pelan penambakan laut Singapura - dalam jawapan balasnya republik itu mendakwa ia ‘sebuah negara yang mematuhi undang-undang serta berbangga dengan rekodnya berhubung perkara itu.’

Katanya, Singapura tidak membuat penafian mengenai pelan penambakan laut sambil menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah diajak berunding sebelum republik itu memulakan kerja-kerja penambakan secara besar-besaran di Selat Johor tanpa mengambil kira sempadan-sempadan Malaysia atau persekitaran marin.


Dan semasa berlangsungnya kes tuntutan bertindih di ICJ, peguam Singapura Profesor Alain Pellet tampil dengan idea yang tidak pernah dikemukakan oleh republik itu sebelum ini iaitu apabila beliau merujuk Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge sebagai gugusan kepulauan - satu lagi idea yang boleh dipersoalkan.

“Oleh itu saya berharap mahkamah akan memahami keprihatinan kami bahawa Singapura tidak mempunyai apa-apa untuk dihadapkan ke mahkamah, sebaliknya memburukkan keadaan,” hujah beliau.

Dalam hujah penggulungannya selama 20 minit itu, Abdul Kadir menegaskan pendirian negara iaitu meminta ICJ membuat keputusan bahawa Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge.

Di hadapan barisan 16 hakim yang diketuai oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, beliau dengan tegas menjawab satu persatu dakwaan Jayakumar terhadap Malaysia berhubung tuntutan bertindih itu.

Beliau menarik perhatian mahkamah mengenai kehadiran tentera republik itu di Pulau Batu Putih apabila Singapura mengakui telah memperkenalkan peralatan komunikasi radar di pulau berkenaan.

Singapura, menurut beliau, juga telah memperkenalkan zon rondaan F5 pada tahun 1975 yang langsung tidak mempunyai kaitan spesifik dengan Pulau Batu Putih.

Katanya, hanya pada tahun 1986 kawalan 24 jam dijalankan di sekeliling Pulau Batu Putih dengan hasrat untuk menjadikan wilayah di sekitar ketiga-tiga bentuk maritim itu sebagai kawasan larangan.


Profesor Jayakumar berkata, Singapura tidak pernah menangkap nelayan Malaysia di perairan Pedra Branca (Pulau Batu Putih).

“Isunya di sini ialah bukannya mengenai mana-mana nelayan Malaysia telah ditangkap, ia adalah mengenai nelayan-nelayan Johor yang dihalang sepenuhnya daripada menangkap ikan di kawasan berhampiran Pulau Batu Putih.

“Mereka tidak dibenarkan berlindung di pulau tersebut ketika cuaca buruk, nelayan-nelayan Malaysia dinafikan hak untuk mendekati kawasan penangkapan ikan tradisional mereka,” hujahnya.

Selain isu kehadiran tentera dan keangkuhan Singapura menjadikan perairan Pulau Batu Putih kawasan larangan yang ada kaitan dengan pembentukan rejim maritim, Abdul Kadir menjawab satu lagi dakwaan Singapura iaitu berhubung status quo republik itu sebagai pengendali Rumah Api Horsburgh.

Katanya, dalam hal itu pendirian Malaysia amat jelas iaitu tidak akan mengubah status quo pengurusan rumah api tersebut walaupun Jayakumar menyifatkan kenyataan itu sebagai satu kesilapan bersejarah.

Beliau kemudian menegaskan bahawa kebenaran oleh Kerajaan Johor untuk pembinaan dan pengurusan rumah api telah diminta serta diberi secara sukarela dan tiada apa yang berubah.

Sebaliknya, tegas Abdul Kadir, Singapura telah mengubah polisi yang telah terpakai oleh British sejak sekian lama - seperti yang digambarkan oleh Pavit (pernah menjadi Pengarah Marin Singapura) dalam bukunya serta Akta Yuran Rumah Api 1969.

“Singapura ingin mentakrifkan semula statusnya di Pulau Batu Putih dengan menuntut kedaulatan bukan sahaja ke atas Pulau Batu Putih malah di Middle Rocks dan South Ledge,” katanya - Utusan Malaysia

Singapura tidak ada surat Gabenor Butterworth

THE HAGUE Belanda 24 Nov. – Buat pertama kalinya - pada pusingan kedua hujah lisan Singapura Isnin lalu - Malaysia diberitahu bahawa Singapura tidak mempunyai surat penting Gabenor Butterworth berhubung permohonan kebenaran daripada Sultan dan Temenggung Johor untuk membina rumah api di wilayah negeri itu.

Duta Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad membangkitkan perkara itu semasa menggulung kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini, hari ini.

Menurut beliau, cadangan mengadakan rundingan pusingan ketiga pada tahun 1994 yang dirujuk oleh Profesor S. Jayakumar Isnin lalu bukan jawapan Singapura terhadap pertanyaan spesifik Malaysia berhubung surat tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Singapura itu dalam hujahnya mendakwa, pihaknya telah menjawab pertanyaan Malaysia secara lisan menerusi Suruhanjaya Tinggi di republik itu di Kuala Lumpur sambil mencadangkan supaya diadakan rundingan pusingan ketiga.

Surat Gabenor Butterworth itu penting kerana di dalamnya terkandung hasrat serta kawasan kesultanan Johor yang dimaksudkan bagi tujuan pembinaan rumah api.

Menurut Abdul Kadir, Malaysia tidak mempunyai surat tersebut dan perkara itu telah ditegaskan dalam hujah bertulisnya.

“Besar kemungkinan surat-surat tersebut diterima oleh Sultan dan Temenggung di Singapura kerana mereka mendiami kawasan tersebut ketika itu. Kediaman tersebut di Singapura kini tidak wujud lagi,”
katanya di hadapan barisan 16 hakim pada hari terakhir kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge di ICJ, hari ini.

Menurut Abdul Kadir, para penyelidik Malaysia telah berusaha mencari surat tersebut di semua istana di Johor dan di arkib diraja namun gagal menemuinya.

“Oleh itu, hujah-hujah peguam kami minggu lepas adalah fakta paling hampir yang boleh diterima oleh mahkamah,” katanya - Utusan Malaysia

ICJ Adjourns Pulau Batu Puteh Sovereignty Dispute Case

THE HAGUE, Nov 24 - After sitting for 12 days, the International Court of Justice (ICJ) adjourned the sovereignty dispute case over Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge between Malaysia and Singapore.

Judge Awn Shawkat Al-Khasawneh, the ICJ vice-president, who headed the 16-member panel said the court would now retire for deliberations (of the case).

He said the court would inform the agents of the two countries in due course when judgment would be delivered.

The 16 judges included two ad hoc judges appointed by Malaysia and Singapore. Malaysia appointed Christopher S.R. Dugard of South Africa and Singapore, Pemmaraju Sreenivasa Rao of India.

ICJ president Judge Rosalyn Higgins had decided not to hear the case as she had represented Singapore before her appointment to the court's top post.

The court adjourned the case after hearing a closing statement by Malaysia's agent Tan Sri Abdul Kadir Mohamad who closed the case for Malaysia at about 6pm (1am Malaysian time) Friday.

Abdul Kadir Mohamad, the Ambassador-at-Large and also the Prime Minister's Adviser on Foreign Affairs, led the Malaysian team.

Datuk Noor Farida Ariffin, the Malaysian Ambassador to The Netherlands, was the co-agent.

Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail had also represented Malaysia together with Malaysia's team of international lawyers, namely Sir Elihu Lauterpacht and James Crawford, both professors in International Law at the Cambridge University; Nicolaas Jan Schrijver, professor of Public International Law, Leiden University; Marcelo G. Kohen, professor of International Law, the Graduate Institute of International Studies, Geneva; and Penelope Nevill, college lecturer, Downing College, Cambridge University.

The proceedings started on Nov 6 with Singapore given four days until Nov 9 for the first round of oral pleadings while Malaysia's turn was from Nov 13 to 16.

The second and final round of oral arguments commenced on Nov 19 and 20 for Singapore and Nov 22 and 23 for Malaysia.

During the proceedings, the court heard Singapore's contention that Pulau Batu Puteh was terra nullius (No Man's Land) when Britain took possession of it from 1847 to 1851.

Singapore claimed it had conducted various activities there to show it had exercised sovereignty powers on the island which it called Pedra Branca.

Malaysia dismissed the claim that Pulau Batu Puteh was terra nullius, saying that the claim was flawed.

It stressed that Johor had the original title to the island and the two marine features since time immemorial and that Britain had obtained permission from Johor to build the lighthouse there.

Malaysia said Singapore is merely the administrator of the lighthouse on Pulau Batu Puteh and activities that have taken place there are just acts required by a lighthouse administrator.

Malaysia had also stressed that Britain's activities in relation to the Horsburgh Lighthouse and the island after 1851 were purely operational and did not reflect any intention to acquire sovereignty over the island.

Britain's and Singapore's activities in respect of the lighthouse did not amount to a conduct of sovereignty as claimed by Singapore, it submitted before the 16-member panel of judges.

The court did not specify when judgment would be delivered but on the average, it normally takes about six months to hand down the verdict - Bernama

Kes Pertikaian Kedaulatan Pulau Batu Puteh Ditangguh

THE HAGUE, 24 Nov - Selepas 12 hari bersidang, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menangguhkan kes pertikaian antara Malaysia dan Singapura mengenai hak kedaulatan Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan.

Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, naib presiden ICJ, yang mengetuai panel 16 anggota berkata mahkamah kini akan ditangguh untuk rumusan kes itu.

Beliau berkata mahkamah akan memaklumkan ejen daripada kedua-dua negara bila keputusan akan diberikan.

Panel 16 hakim itu termasuk dua hakim yang dilantik secara ad hoc oleh Malaysia dan Singapura. Malaysia melantik Christopher S.R. Dugard dari Afrika Selatan manakala Singapura, Pemmaraju Sreenivasa Rao dari India.

Presiden ICJ Hakim Rosalyn Higgins memutuskan untuk tidak mendengar kes itu kerana beliau telah mewakili Singapura sebelum dilantik ke jawatan tertinggi mahkamah itu.

Mahkamah menangguhkan kes itu selepas mendengar hujahan penutup oleh ejen Malaysia Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, yang menggulung kes itu untuk Malaysia pada kira-kira pukul 6 petang (1 pagi waktu Malaysia) Jumaat.

Pasukan Malaysia diketuai Abdul Kadir, Duta Tugas-tugas Khas yang juga Penasihat Hal Ehwal Luar kepada Perdana Menteri, manakala Datuk Noor Farida Ariffin, Duta Malaysia ke Belanda, adalah ejen bersama.

Malaysia turut diwakili Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta barisan peguam antarabangsa terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor Undang-undang Antarabangsa di Cambridge University; Nicolaas Jan Schrijver, profesor Undang-undang Awam di Leiden University; Marcelo G. Kohen, profesor Undang-undang Antarabangsa di Graduate Institute of International Studies, Geneva; dan Penelope Nevill, pensyarah di Downing College, Cambridge University.

Pusingan pertama pembentangan hujah secara lisan oleh Singapura berlangsung selama empat hari iaitu dari 6 hingga 9 Nov manakala pusingan pertama bagi Malaysia berlangsung dari 13 hingga 16 Nov.

Pusingan kedua dan akhir penghujahan lisan pula ialah 19 dan 20 Nov untuk Singapura manakala bagi Malaysia pula ialah 22 hingga 23 Nov.

Semasa penggulungan hujah, mahkamah mendengar hujah Singapura bahawa Pulau Batu Puteh adalah kawasan yang tidak dimiliki oleh sesiapa (terra nullius), dan bahawa dari 1847 hingga 1851, Britain mengambil pulau berkenaan tanpa keizinan dari mana-mana pemerintah tempatan.

Singapura mendakwa ia telah mengendalikan pelbagai kegiatan di pulau berkenaan untuk menunjukkan republik itu mempunyai hak kedaulatan terhadap pulau yang dipanggil Pedra Branca.

Malaysia bagaimanapun menegaskan bahawa Pulau Batu Puteh bukan terra nullius kerana Johor adalah pemegang hak milik asal ke atas pulau itu serta dua terumbu karang lain sejak zaman berzaman dan Britain telah mendapat kebenaran dari Johor untuk membina rumah api di sana.

Malaysia juga berkata Singapura hanyalah pentadbir rumah api yang terdapat di Pulau Batu Puteh, dan semua kegiatan yang dilakukan oleh republik itu di sana tidak lebih daripada tindakan yang perlu dilakukan oleh mana-mana pengendali rumah api.

Malaysia juga menegaskan bahawa kegiatan Britain dalam hubungan dengan rumah api Horsburgh dan pulau itu selepas 1851 hanyalah mengendali operasi rumah api dan tidak menunjukkan sebarang hasrat untuk memiliki kedaulatan pulau itu.

Kegiatan Britain dan Singapura berhubung dengan mentadbir rumah api itu bukan bermaksud ia mempunyai kedaulatan ke atas pulau itu seperti yang didakwa Singapura, hujah Malaysia di hadapan panel 16 anggota.

Mahkamah tidak menetapkan bila keputusan akan disampaikan tetapi secara kasarnya, mahkamah pada kebiasaan akan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk mengisytiharkan keputusannya - Bernama

S'pore Wants To Redefine Status By Claiming Sovereignty On Island

THE HAGUE, Nov 24 - Malaysia reiterated its stand that it has no wish to change the status quo concerning the operations of the Horsburgh Lighthouse on Pulau Batu Puteh but it was Singapore which wanted to redefine its status on the island by claiming sovereignty not only over the island but also Middle Rocks and South Ledge, the International Court of Justice heard here Friday.

Malaysia's agent Tan Sri Abdul Kadir Mohamad said Singapore had alluded to the possibility of some "historic wrong" but there was no such wrong.

He said Johor's consent for the construction and operations of the lighthouse was sought and willingly given and in that respect nothing has changed.

"The problem is of recent origin. Singapore changed Britain's long-standing policy as reflected in Pavitts' book and in Singapore's own Light Dues Act of 1969. Singapore wants to redefine its status on Pulau Batu Puteh by claiming sovereignty not only over Pulau Batu Puteh but also Middle Rocks and South Ledge," he said.

Kadir said this in his closing statement before a 16-member panel hearing a sovereignty dispute over Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge between Malaysia and Singapore.

He said when Singapore's counsel Deputy Prime Minister Prof S. Jayakumar told the court that the case was not about the right to operate the lighthouse, "that raises the question what it is about."

"You have heard about Singapore's reclamation plans -- all Singapore says in response is that it is a law-abiding country and is proud of its record in this respect.

"There is no specific denial of reclamation plans whatever - and I would note that Malaysia was not even consulted before Singapore commenced its major reclamation works in the Straits of Johor without due regard for the boundaries of Malaysia or the marine environment," he said.

Submitting on the operations of the lighthouse and Singapore's plan for the three features, Kadir said Singapore had also now referred to the three features as an archipelago, another questionable idea never suggested by Singapore before.

"So the court will, I hope, understand our concerns - which Singapore has done nothing to address before you, but has in fact aggravated," he said

During the first round of Malaysia's oral pleadings, Kadir had said the Sultan and Temenggong of Johor had consented to the establishment of the lighthouse on Pulau Batu Puteh in 1844 and Malaysia had never suggested that its continued operations by Singapore presented any problem.

He said Malaysia had always respected the position of Singapore as the operator of Horsburgh Lighthouse and would continue to do so.

Submitting on Singapore's military presence on the island, he said first Singapore had admitted having introduced military radar communications equipment on Pulau Batu Puteh and secondly, the so-called F5 patrol zone of 1975 bore no specific relation to the island at all.

It was only since 1986 that a 24-hour guard has been mounted around Pulau Batu Puteh, Kadir said, adding that the effect is to make the region around the three features a "no-go area."

He submitted that Jayakumar had also stated that Singapore had never arrested any Malaysian fishermen in Pedra Branca (Singapore's name for Pulau Batu Puteh) waters.

Kadir, however, said the issue here was not about whether any Malaysian fisherman has been arrested, it was about Johor fishermen being completely prevented from fishing anywhere near Pulau Batu Puteh, from taking shelter on the island in bad weather and being deprived of their traditional fishing grounds.

Submitting on the letter of request from Governor Butterworth to build a lighthouse on Johor territory, Kadir said the court had now heard, for the first time, that Singapore did not have the Letters of Request from Governor Butterworth.

He said the proposal for a third round of consultations, to which Jayakumar referred on Monday, was plainly not a response to Malaysia's specific inquiry in 1994 for the letter.

"Nor does Malaysia have the Butterworth letters, as we have said in our written pleadings," he said in response to Jayakumar's suggestion that it might be more logical for the original letters to be in Johor and not Singapore.

He said in all likelihood, the letters were received by the Sultan and Temenggong in Singapore, where they were residents at that time and that those residences in Singapore were no longer there.

Malaysian researchers have searched all the Johor palaces in Johor and the royal archives without success," he said.

On the 1953 letter from the Johor Acting State Secretary, which Singapore claimed was a disclaimer to Johor's title to Pulau Batu Puteh, he said the letter was not an instrument of cession or a "disclaimer" of sovereignty because of its terms and also because the Acting State Secretary simply did not have the capacity to effect such a cession or disclaimer and nor was it taken as such at the time.

"It was never acted upon by either party. Singapore's own uncertainty about the letter -- which is referred to, amongst other things, as a confirmation, a renunciation, a waiver, a disclaimer and an estoppel -- shows that Singapore cannot decide on any determinate view as to its status.

"In fact, the 1953 letter had none," he added - Bernama

S'pura Mahu Takrif Semula Status Dengan Tuntut Kedaulatan Pulau Batu Puteh

Daripada Nor Faridah A. Rashid

THE HAGUE, 24 Nov - Malaysia mengulangi pendirian tidak berhasrat untuk menukar status quo berkaitan operasi Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Puteh tetapi Singapura yang sebenarnya mahu mentakrifkan semula statusnya di pulau itu dengan menuntut kedaulatan bukan sahaja ke atas pulau itu tetapi juga Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge), Mahkamah Keadilan Antarabangsa diberitahu pada Jumaat.

Ejen Malaysia Tan Sri Abdul Kadir Mohamad berkata Singapura telah menyebut mengenai kemungkinan beberapa "sejarah salah," tetapi tidak wujud kesalahan seperti itu.

Katanya kebenaran Johor bagi pembinaan dan operasi rumah api itu telah dipohon dan diberikan dengan rela hati dan berhubung dengan perkara itu, tiada yang berubah.

"Masalahnya bermula baru-baru ini. Singapura menukar dasar Britain yang diguna pakai sejak sekian lama - seperti tercatat dalam buku Pavitt dan Akta Tempoh Rumah Api 1969 Singapura sendiri. Singapura mahu mentakrifkan semula statusnya ke atas Pulau Batu Puteh dengan menuntut kedaulatan bukan sahaja ke atas Pulau Batu Puteh tetapi juga Middle Rocks dan South Ledge," katanya.

Kadir berkata demikian dalam kenyataan penutupnya di hadapan panel 16 anggota yang mendengar kes pertikaian terhadap kedaulatan Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) antara Malaysia dan Singapura.

Katanya apabila peguam Singapura Timbalan Perdana Menteri Profesor S. Jayakumar memberitahu mahkamah bahawa kes itu bukan mengenai hak untuk mentadbir operasi rumah api itu, "itu menimbulkan persoalan ia mengenai apa".

"Anda telah dengar mengenai rancangan penambakan laut oleh Singapura -- apa yang Singapura katakan dalam responsnya ialah ia sebuah negara yang mematuhi undang-undang dan berbangga dengan rekodnya berhubung perkara itu.

"Tiada penafian spesifik bagi apa juga rancangan penambakan laut - dan saya ingin mengambil perhatian bahawa Malaysia langsung tidak dirundingi sebelum Singapura melaksanakan kerja penambakan laut besar-besaran di Selat Johor tanpa memberi perhatian kepada sempadan Malaysia atau persekitaran marin," katanya.

Berhujah mengenai operasi rumah api itu dan rancangan Singapura di tiga-tiga pulau itu, Kadir berkata Singapura juga kini merujuk kepada tiga pulau itu sebagai kepulauan, satu lagi idea yang boleh dipersoalkan kerana perkara itu tidak pernah dicadangkan oleh Singapura sebelum ini.

"Jadi mahkamah akan, saya harap, memahami kebimbangan kami - yang Singapura langsung tidak berkata apa-apa untuk memaklumkannya di depan Yang Arif, tetapi pada hakikatnya semakin teruk," katanya.

Dalam pusingan pertama hujahan lisan Malaysia, Kadir berkata Sultan dan Temenggong Johor telah memberikan kebenaran bagi pembinaan rumah api di Pulau Batu Puteh pada 1844 dan Malaysia tidak pernah mencadangkan operasinya yang ditadbir secara berterusan oleh Singapura akan mendatangkan sebarang masalah.

Beliau berkata Malaysia sentiasa menghormati kedudukan Singapura sebagai pentadbir Rumah Api Horsburgh dan akan terus berbuat demikian.

Berhujah mengenai kehadiran tentera Singapura di pulau itu, beliau berkata pertamanya Singapura mengaku telah memperkenalkan peralatan radar komunikasi tentera di Pulau Batu Puteh dan keduanya, apa yang dikenali sebagai zon rondaan F5 pada 1975 langsung tiada kaitan spesifik dengan pulau itu.

Hanya sejak 1986 pengawal 24 jam ditempatkan sekitar Pulau Batu Puteh, kata Kadir dan menurutnya ia bertujuan menjadikan kawasan di sekitar ketiga-tiga pulau itu sebagai "kawasan tidak boleh dikunjungi".

Beliau berhujah bahawa Prof Jayakumar turut menyatakan Singapura tidak pernah menahan nelayan Malaysia di perairan Pedra Branca (nama yang diberikan oleh Singapura bagi Pulau Batu Puteh).

Kadir, bagaimanapun berkata isu di sini bukan mengenai sama ada nelayan Malaysia ditahan tetapi ia mengenai nelayan Johor yang dihalang sepenuhnya daripada menangkap ikan dekat kawasan Pulau Batu Puteh, berlindung di pulau itu ketika cuaca buruk dan dirampas hak untuk menangkap ikan di kawasan tradisi mereka.

Berhujah mengenai surat permohonan dari Gabenor Butterworth untuk mmebina rumah api di kawasan Johor, Kadir berkata buat pertama kalinya mahkamah diberitahu bahawa Singapura tidak mempunyai Surat Permohonan daripada Gabenor Butterworth.

Katanya cadangan bagi pusingan ketiga rundingan, yang dirujuk oleh Jayakumar pada Isnin, jelas bukan respons kepada permohonan spesifik Malaysia pada 1994 bagi surat itu.

"Malaysia juga tidak mempunyai surat-surat Butterworth itu, seperti kami maklumkan dalam hujahan bertulis kami," katanya kepada cadangan Jayakumar bahawa mungkin lebih logik bagi surat asal itu berada di Johor dan bukannya Singapura.

Beliau berkata namun surat-surat itu telah diterima oleh Sultan dan Temenggong di Singapura, ketika itu mereka penduduk di situ dan bahawa kawasan penempatan itu tidak wujud lagi di Singapura.

"Penyelidik Malaysia telah memeriksa semua istana di Johor dan arkib diraja tetapi tida berjaya menemuinya," katanya.

Dalam surat pada 1953 dari Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, yang didakwa oleh Singapura telah menafikan hak milik Johor ke atas Pulau Batu Puteh, Kadir berkata berdasarkan termanya, surat itu bukan instrumen penamatan atau "penafian" kedaulatan dan juga kerana Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mempunyai kapasiti untuk membuat keputusan bagi menamatkan atau menafikan atau berlaku perkara sebegitu pada ketika itu.

"Ia tidak pernah dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak. Singapura sendiri tidak pasti mengenai surat itu -- yang dirujuk antara lain sebagai pengesahan, pelepasan, penepian, penafian dan penamatan -- menunjukkan bahawa Singapura sendiri tidak dapat menentukan secara tepat akan statusnya. "Malahan dalam surat 1953 juga tidak mengandungi perkara itu," katanya - Bernama

1979 Map Issued To Set Out Malaysia's Territorial Waters - Kadir

From Nor Faridah A. Rashid

THE HAGUE, Nov 24 - Malaysia's 1979 map, which Singapore claimed was a challenge to the "existing legal order", was in fact a step to set out in a specific map the country's territorial waters and continental shelf boundaries, the International Court of Justice (ICJ) heard here Saturday.

Malaysia's agent Tan Sri Abdul Kadir Mohamad said the map took into account agreed boundaries with the neighbouring countries, customary practice of boundary delimitation and applicable principles of international law.

"By contrast, Singapore never published maps showing what it now claims, and it negotiated agreements with both Malaysia and Indonesia that ignored maritime boundaries it now claims," Kadir told the 16-member panel hearing a sovereignty dispute over Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge here Friday.

"The Court may decide for itself which of these two processes is preferable," he said in his closing statement on the second and final round of Malaysia's oral pleadings.

The 1979 map had included Pulau Batu Puteh in Malaysia's territorial waters.

On another point, he said the fact was that a decision in Singapore's favour would "impose another maritime regime in the area, impacting on existing maritime delimitation and jurisdiction between Malaysia and Indonesia."

Kadir said it would also require a new territorial sea delimitation between Singapore and Indonesia, notwithstanding their earlier agreement.

"That brings into focus Singapore's silence on its maritime claims," he said.

Elaborating on the 1979 map, Kadir said the purpose of the telegram dated Dec 20, 1979 from the Foreign Affairs Ministry addressed to Malaysian diplomatic missions abroad was to advise them that the Map was a statement of position, accompanied by an expressed willingness by Malaysia to negotiate any unresolved questions.

"The fact is that our colonial heritage had left us with unresolved issues with all our seven neighbours - and the developing law of maritime jurisdiction has added more," he said . The seven are Thailand, Vietnam, Singapore, Brunei, the Philippines and China.

"How else to resolve maritime and boundary issues than to set out a position after due consideration and offer to negotiate unresolved issues? It is a long process but it is an orderly one," he said.

Singapore had contented that the telegram was evident that it was Malaysia which was trying to alter the status quo by claiming title to Pulau Batu Puteh after 130 years of inaction in the face of Singapore's sovereignty over the island.

Kadir, who took about 15 minutes to close the case for Malaysia, said Malaysia had sought to present its case fully and fairly.

"It has the vital interests in security and cooperation in the region of the Straits which I have mentioned already. But it has an equal interests in maintaining peaceful and friendly relations between nations based on respect for international law," he said.

This was especially important for relations between immediate neighbours such as Malaysia and Singapore and that was why Malaysia has come to the ICJ to find a peaceful settlement to the dispute over Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge.

"Many allegations have been made against Malaysia by our friends and colleagues opposite. I have referred to certain points made by Professor Jayakumar last Monday which cannot be left unanswered.

"Should there be any details left unaddressed, Malaysia reserves its position on the points I have not dealt with expressly," he said.

He sought the court to adjudge and declare that sovereignty over Pulau Batu Puteh; Middle Rocks; South Ledge, belonged to Malaysia - Bernama

Peta 1979 Dikeluarkan Untuk Tentukan Kawasan Perairan Malaysia - Kadir

Daripada Nor Faridah A. Rashid

THE HAGUE, 24 Nov (Bernama) -- Peta Malaysia 1979, yang didakwa oleh Singapura untuk mencabar "perintah undang-undang sedia ada", sebenarnya bertujuan menentukan kawasan perairan negara dan garis sempadan benua dalam peta yang spesifik, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini diberitahu.

Ejen Malaysia Tan Sri Abdul Kadir Mohamad berkata peta itu turut mengambil kira sempadan yang telah dipersetujui dengan negara-negara jiran, amalan biasa bagi penyempadanan sempadan dan pemakaian prinsip undang-undang antarabangsa.

"Secara perbandingannya, Singapura tidak pernah menerbitkan peta-peta untuk menunjukkan apa yang dituntutnya sekarang, dan ia merundingkan perjanjian dengan Malaysia dan Indonesia dengan tidak menghiraukan sempadan maritim yang dituntutnya sekarang," kata Kadir kepada panel 16 anggota yang mendengar kes pertikaian terhadap kedaulatan Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) antara Malaysia dan Singapura pada Jumaat.

"Mahkamah perlu memutuskan untuk memilih yang mana satu daripada dua proses ini yang lebih baik," katanya dalam hujahan penutup pada pusingan kedua dan terakhir hujahan lisan Malaysia.

Peta 1979 itu turut memasukkan Pulau Batu Puteh dalam kawasan perairan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya hakikatnya jika keputusan yang dibuat memihak kepada Singapura akan "mewujudkan satu lagi regim maritim di kawasan itu, memberi kesan pada penyempadanan maritim sedia ada dan bidang kuasa antara Malaysia dan Indonesia."

Kadir berkata ia juga akan memerlukan diadakan penyempadanan semula kawasan laut antara Singapura dan Indonesia, juga perjanjian mereka terdahulu.

"Ini akan memberikan fokus kepada sikap membisu Singapura mengenai tuntutan maritimnya," katanya.

Menjelaskan lanjut peta 1979, Kadir berkata tujuan telegram bertarikh 20 Dis, 1979 daripada Kementerian Luar yang dialamatkan kepada pejabat diplomatik Malaysia di luar negara adalah untuk menasihatkan mereka bahawa peta itu merupakan kenyataan kedudukan, diiringi dengan kesediaan yang dinyatakan oleh Malaysia untuk merundingkan mana-mana persoalan yang belum selesai.

"Hakikatnya ialah warisan penjajah telah meninggalkan kami dengan pelbagai isu yang belum selesai dengan semua tujuh jiran kami - dan penggubalan undang-undang mengenai bidang kuasa maritim telah menyebabkannya bertambah," katanya. Tujuh negara itu ialah Thailand, Vietnam, Singapore, Brunei, Filipina dan China.

"Apa lagi cara untuk menyelesaikan isu maritim dan sempadan selain daripada menentukan kedudukannya selepas pertimbangan sewajarnya dan tawaran untuk merundingkan isu-isu yang belum mencapai penyelesaian? Ia adalah satu proses yang lama tetapi teratur," katanya.

Singapura berhujah bahawa telegram itu membuktikan Malaysia cuba mengubah status quo dengan menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh selepas 130 tahun tidak melakukan apa-apa berhubung kedaulatan Singapura ke atas pulau itu.

Kadir, yang mengambil masa 15 minit untuk menutup hujahan kes bagi Malaysia, berkata Malaysia membentangkan kesnya secara menyeluruh dan adil.

"Ia mengutamakan kepentingan keselamatan dan kerjasama di kawasan Selat seperti yang saya sebutkan sebelum ini. Tetapi pada masa yang sama juga mengutamakan kepentingan dalam mengekalkan hubungan yang aman dan erat antara negara-negara seperti termaktub dalam undang-undang antarabangsa," katanya.

Perkara ini amat penting terutamanya dalam hubungan antara jiran-jiran terdekat seperti Malaysia dan Singapura dan sebab itu kenapa Malaysia telah merujuk kepada ICJ untuk mencari penyelesaian secara aman dalam pertikaian tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge.

"Pelbagai dakwaan telah dilemparkan terhadap Malaysia oleh rakan-rakan kami di sebelah. Saya telah merujuk kepada perkara tertentu yang dikemukakan oleh Profesor Jayakumar pada Isnin lepas yang tidak boleh dibiarkan tidak berjawab.

"Sekiranya terdapat sebarang butiran yang tidak dijawap, Malaysia menangguhkan dahulu pendiriannnya terhadap perkara yang masih belum disentuhnya secara menyeluruh," katanya.

Beliau memohon mahkamah memutuskan dan mengisytiharkan kedaulatan Pulau Batu Puteh; Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) adalah milik Malaysia - Bernama

Menanti keputusan ICJ

Daripada: Noraini Abd. Razak (Belanda)

UNTUK dua hari terakhir kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memulakan persidangan pada pukul 3 petang dan berakhir tiga jam selepas itu.

Dua hari itu iaitu Khamis dan Jumaat adalah giliran Malaysia menyempurnakan pusingan kedua hujah lisannya sekali gus menggulung kes selepas Singapura menamatkan tugasnya Selasa lalu.

Sememangnya, beban yang terpikul di bahu delegasi Malaysia untuk mempertahankan ketiga-tiga bentuk maritim itu amat berat - namun sepanjang tiga minggu menjadikan ICJ rumah kedua - para petugas tidak pernah menampakkan wajah lesu jauh sekali berputus asa.

Sebab itu dua hari terakhir menjadi amat penting, biarpun kes bermula ketika rakyat Malaysia mula melelapkan mata dan tamat ketika mereka dibuai mimpi (pukul 1 pagi waktu Malaysia), namun itu tidak menjadi persoalan.

Yang lebih penting ialah menjadikan setiap hujah Malaysia sempurna, bukan hanya ‘kelihatan sempurna tetapi kosong’ seperti yang didakwa Singapura.

Persiapan kes Malaysia juga mesti dipastikan teratur dan dirancang rapi supaya tidak menjadi seperti pasukan Singapura pada hari pertama pusingan kedua hujah lisan mereka Isnin lalu.

Singapura seolah-olah tidak bersedia meletakkan peguamnya berhujah untuk tempoh setengah jam terakhir persidangan. Dan apabila peguamnya bangun, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh terpaksa bertanya apa tajuk yang akan diperkatakan dan peguam itu terpaksa menjelaskan secara panjang lebar.

Barisan hakim mengingatkan pasukan Singapura pada pusingan kedua hujah lisan republik itu iaitu mereka ingin mendengar sesuatu yang berbeza dan bukannya pengulangan fakta yang terlalu kerap sehingga menimbulkan suasana kurang memberangsangkan.

Semestinya delegasi Malaysia juga mengambil berat peringatan itu, lantaran fakta yang dikitar semula biarpun bertujuan mengikat fikiran para hakim akan mengundang rasa bosan.

Namun begitu bukan mudah untuk menawarkan fakta berbeza dan cabarannya amat nyata. Ini kerana hujah kes tuntutan bertindih ini bersandarkan fakta sejarah yang tarikhnya dan kisahnya tidak boleh diubah sesedap rasa.

Sebab itu apabila memperkatakan tentang terra nullius misalnya, kedua-dua pasukan membangkitkan sama ada Pulau Batu Putih dimiliki oleh mana-mana kuasa atau tidak. Hujah itu ditonjolkan dari hari pertama hujah lisan hinggalah kedua-dua pihak menutup kes.

Dalam hal ini, Malaysia berjaya menampakkan daya usahanya. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika memulakan pusingan kedua itu berjaya menarik perhatian mahkamah dan audiens mengenai dua perjanjian penting yang ditandatangani pada tahun 1948.

Walaupun fakta perjanjian yang membataskan kuasa kerajaan negeri Johor berhubung hal ehwal pertahanan dan pemeteraian perjanjian dengan negara luar itu terkandung dalam memorialnya, namun suara lantang Abdul Gani menyerlahkan nilai bukti tersebut.

Natijahnya, sebelum mahkamah menutup kes, Hakim Keith merujuk kepada pasukan Singapura perihal perjanjian itu. Singapura perlu menjelaskan pendiriannya berhubung dua perjanjian berkenaan serta kapasiti Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor untuk mengeluarkan surat berbunyi: “Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih.”

Oleh kerana minggu ini menjadi medan terakhir untuk meyakinkan mahkamah bahawa ketiga-tiga bentuk maritim itu milik masing-masing maka semacam ada usaha terdesak untuk melemahkan kes pihak lawan.

Singapura misalnya cuba menarik perhatian mengenai gambar Malaysia yang menunjukkan Rumah Api Horsburg berlatar belakang Bukit Pelali.

Peguam Negara republik itu, Chao Hick Tin sambil menunjukkan gambar tersebut kepada mahkamah menuduh Malaysia cuba memanipulasi kedudukan Pulau Batu Putih dengan Pantai Johor.

Beliau mendakwa, gambar Malaysia itu menokok tambah ketinggian bukit itu kira-kira tujuh kali berbanding gambar republik itu yang langsung tidak mempunyai latar belakang bukit itu.

Sambil menganggap isu gambar itu sebagai remeh (biarpun cara Singapura membentangkannya di mahkamah semacam menunjukkan perkara itu amat penting), peguam Malaysia Profesor Marcelo Kohen ringkas menolak dakwaan itu.

Hujah beliau mudah, penghasilan gambar itu bergantung kepada perspektif masing-masing.

“Ada gambar diambil daripada kapal kecil dan yang satu lagi daripada atas kapal tangki besar, diambil pada tempat yang sama serta ditujukan kepada arah yang sama, tetapi ketinggian berbeza, sudah tentu hasil pandangannya tidak sama,” katanya.

Kohen berkata, Singapura yang mengakui Titik Romania boleh dilihat dari Pulau Batu Putih, sepatutnya menggunakan hujah untuk membuat analisis definisi Jurukur British, JT Thompson berhubung ‘Titik Romania - tanah yang paling dekat dengan Pulau Batu Putih berbanding menunjukkan kemegahan mengenai fotografi

Selepas 12 hari bertungkus-lumus di hadapan para hakim dan di belakang tabir, delegasi Malaysia sememangnya layak menerima ucapan tahniah daripada Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar kerana kerja keras mereka.

Dengan waktu tidur hanya dua jam sehari, semangat kerja berpasukan amat terserlah sepanjang kes ini berlangsung seolah-olah tiada istilah penat atau rehat di dalam kamus hidup mereka.

Tan Sri Abdul Kadir Mohamad yang mengetuai delegasi Malaysia wajar berbangga di atas semangat juang semua anak buahnya baik pegawai-pegawai kanan yang tidak pernah membataskan kedudukan mereka mahupun pegawai- pegawai Wisma Putra yang sentiasa ceria melunaskan fungsi masing-masing.

Ketika bersembang ringan dengan wartawan Malaysia, Duta Tugas-Tugas Khas di Kementerian Luar itu dengan bangga mengungkapkan bahawa pasukan Malaysia telah memberi yang terbaik sepanjang persidangan berlangsung.

“Pasukan Malaysia bekerja keras untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar dan kes ini dapat dibentangkan secara tersusun,” katanya yang memikul tanggungjawab memastikan setiap hujah Singapura dipatahkan menerusi pertemuan harian dengan anggota pasukan.

Abdul Kadir yakin keupayaan Malaysia mempersembahkan kes tersebut dengan cara yang paling terbaik itu bukan sahaja bergantung kepada tiga orang pegawai tinggi negara iaitu dirinya, Abdul Gani dan Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin serta lima peguam antarabangsa yang terkenal.

Kekuatan pasukan Malaysia, kata beliau, juga amat bergantung persediaan rapi yang dijalankan oleh para penyelidik yang telah memulakan kes tersebut sejak tidak kurang 15 tahun lalu.

Penyelidikan tidak terbatas di Malaysia malah menjangkau arkib, perpustakaan, muzium dan pelbagai sumber lagi di seluruh pelosok dunia supaya hujah pasukan negara tidak kelihatan sumbang atau lompong apabila dibentangkan.

Penyelidikan yang diketuai oleh Wisma Putra telah menjadi satu usaha negara yang amat bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan, universiti dan institusi-institusi lain.

“Saya amat yakin kami telah melakukan segala-galanya yang perlu kami lakukan,” kata Abdul Kadir.

Bertolak daripada itu, tidak salah jika pasukan Malaysia menaruh keyakinan bahawa negara mempunyai kes yang kukuh untuk mengekalkan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge lantaran kita telah memberikan yang terbaik.

Seperti yang diperkatakan oleh Abdul Kadir, kita sama-sama berdoa Malaysia akan menang dalam kes tersebut. Selepas memberi yang terbaik menerusi hujah bertulis dan hujah lisannya, maka selepas ini terpulang kepada para hakim menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk membuat keputusan.

Kedua-dua negara telah mengisytiharkan untuk menerima keputusan mahkamah kelak sebagai muktamad.

Sehubungan itu, Abdul Kadir merayu kepada semua rakyat Malaysia supaya bersabar sementara menunggu ICJ mencapai kata putus dan mengumumkan keputusan tersebut.

“Sementara menunggu keputusan, kita jangan membuat sesuatu atau mengeluarkan kenyataan yang boleh prejudis pemikiran barisan 16 hakim ini,” katanya.

Dalam kes Ligitan dan Sipadan iaitu antara Malaysia dan Indonesia, mahkamah mengambil enam bulan selepas berakhirnya pusingan hujah lisan untuk membuat keputusan yang akhirnya memihak kepada negara kita.

Harapan Malaysia, mahkamah juga akan mengumumkan keputusan kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge dalam rangka waktu yang sama.

Abdul Kadir juga merupakan ketua delegasi Malaysia bagi pusingan hujah lisan kes Ligitan dan Sipadan pada tahun 2002. Barisan peguam antarabangsa ketika itu terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht, Profesor John Crawford dan Profesor Nicolas Schrijver.

Kini mereka juga terlibat dalam kes Pulau Batu Putih dengan sokongan dua lagi pakar undang-undang antarabangsa yang muda, iaitu Kohen dan Penolope Nevill.

Harapan Malaysia, gandingan kepakaran tempatan dan antarabangsa ini, kedaulatan ke atas ketiga-tiga bentuk maritim itu akan dapat dikekalkan selama-lamanya - Mingguan Malaysia

Malaysia Put Up Convincing Case, Says Syed Hamid

THE HAGUE, Nov 24 - Malaysian Foreign Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said today the government is satisfied that the Malaysian team had worked hard to put up a convincing case on the country's sovereignty over Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge.

"We should congratulate the team leader, the agent, the attorney-general and other officers. We have confidence in the case presented," he told Malaysian reporters who covered the hearing before the International Court of Justice (ICJ), here.

He said however that at the end of the day, it would be the court which would make a decision.

"We understand that but in terms of presentation of the case, it was most effective and convincing," he said.

Syed Hamid said it was important for Malaysians -- from the rakyat (people), members of parliament, to the leaders -- to know that the Malaysian team was not inferior to any other team.

"Not only have they proven their dedication, they are a very good team, not only the international lawyers but also our own team. They have made an effective contribution," he said.

He said every one of the individuals in their own fields of specialisation regarded the case "as their own" and brought out an extraordinary spirit of patriotism and love for the country.

Syed Hamid made mention of Malaysia's first navy chief Tan Sri K.Thanabalasingam who "came back from retirement" to be part of the team.

He said the country should also be proud of Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Datuk Noor Farida Ariffin and Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail who appeared before the 16 international jurists.

Abdul Kadir, who led the Malaysian team, was the Malaysian agent in the case while Noor Farida, Malaysia's Ambassador to the Netherlands, was the co-agent. Abdul Kadir is the Ambassador-at-Large and also the Prime Minister's Adviser on Foreign Affairs.

Touching on the Malaysian international legal team, he said the accomplished team had enjoyed working with the Malaysian team.

"They have got a very high opinion of us. This is something to proud of," he said.

Syed Hamid said that when the case was brought before the ICJ it was important that Malaysians gave their support, prayed for the country's victory and, most importantly, "appreciate that these are our people ... and even our international legal team has worked and presented the case well."

He said that it was not easy to defend the country's sovereignty and international integrity.

"However, I feel that if we have the working spirit and dedication and work as a team, the outcome will be that which we have seen in this case," he said - Bernama

Malaysia Bentang Kes Berkesan Dan Menyakinkan, Kata Syed Hamid

THE HAGUE, 24 Nov - Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kerajaan berpuas hati dengan usaha keras yang dilakukan oleh pasukan Malaysia dalam membentangkan kes yang menyakinkan mengenai hak kedaulatan Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge).

"Kita mengucapkan tahniah kepada ketua pasukan, ejen, Peguam Negara dan pegawai-pegawai lain," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan kes tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini.

Bagaimanapun, Syed Hamid berkata ICJ akan membuat keputusan muktamad.

Katanya adalah penting bagi semua rakyat Malaysia untuk mengetahui bahawa pasukan Malaysia di ICJ bukan bertaraf lebih rendah berbanding mana-mana pasukan lain.

"Bukan sahaja mereka berdedikasi dan bagus termasuk peguam antarabangsa tetapi juga pasukan kita sama handal. Masing-masing telah menyumbangkan secara berkesan," katanya.

Beliau menyebut bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pertama negara Laksamana Muda (B) K. Thanabalasingam turut menjadi sebahagian daripada anggota pasukan Malaysia di ICJ.

Katanya negara harus bangga dengan Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Datuk Noor Farida Ariffin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang berdepan dengan 16 juri antarabangsa di ICJ.

Abdul Kadir yang mengetuai pasukan Malaysia bertindak sebagai ejen Malaysia dalam kes itu sementara Datuk Noor Farida Ariffin, Duta Malaysia ke Belanda, adalah ejen bersama.

Abdul Kadir ialah Duta Tugas-tugas Khas yang juga Penasihat Hal Ehwal Luar kepada Perdana Menteri.

Mengenai pasukan pegawai perundangan antarabangsa Malaysia, Syed Hamid berkata pasukan itu mempunyai pandangan tinggi terhadap barisan Malaysia - Bernama

Ties Unaffected By Island Dispute, Says Syed Hamid

THE HAGUE, Nov 24 - The dispute between Malaysia and Singapore over the sovereignty of Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge will not undermine bilateral relations, Malaysian Foreign Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said here.

He said Malaysia was a mature nation which managed its diplomacy in accordance with consistent, principled and pragmatic international principles.

"This case is to decide on sovereignty. Bilateral relations will be unaffected," he told Malaysian reporters who covered the hearing before the International Court of Justice (IDJ), here. Syed Hamid was here for the court proceedings.

After sitting for 12 days, the ICJ adjourned the case. Judge Awn Shawkat Al-Khasawneh, the ICJ vice-president who headed the 16-member panel, said the court would now retire for deliberations.

He said the court would inform the agents of the two countries in due course when the judgment was to be delivered. The court did not set a date for delivery of the judgement but usually it would take about six months to do so.

The 16 judges included two ad hoc judges appointed by Malaysia and Singapore. Malaysia appointed Christopher S.R. Dugard of South Africa and Singapore, Pemmaraju Sreenivasa Rao of India - Bernama

Hubungan Dua Hala Tidak Akan Terjejas

THE HAGUE, 24 Nov - Kes pertikaian antara Malaysia dan Singapura mengenai hak kedaulatan Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara kedua negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Katanya Malaysia adalah sebuah negara yang matang dan menguruskan diplomasinya mengikut prinsip antarabangsa yang konsisten, berprinsip dan pragmatik.

"Kes ini hendak menentukan mengenai kedaulatan. Hubungan dua hala kita tidak akan terjejas," katanya kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan kes tersebut di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini.

Syed Hamid berada di sini untuk mengikuti prosiding mahkamah.

Selepas 12 hari bersidang, ICJ menangguhkan kes pertikaian antara Malaysia dan Singapura itu.

Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, naib presiden ICJ, yang mengetuai panel 16 anggota berkata prosiding mahkamah akan ditangguh untuk rumusan kes itu.

Beliau berkata mahkamah akan memaklumkan ejen daripada kedua-dua negara bila keputusan akan diberikan.

Panel 16 hakim itu termasuk dua hakim yang dilantik secara ad hoc oleh Malaysia dan Singapura. Malaysia melantik Christopher S.R. Dugard dari Afrika Selatan manakala Singapura, Pemmaraju Sreenivasa Rao dari India.

Mahkamah tidak menetapkan bila keputusan akan disampaikan tetapi secara amanya mahkamah pada kebiasaan akan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk mengisytiharkan keputusannya - Bernama

Syed Hamid puji pasukan negara

THE HAGUE, Belanda 24 Nov. – Kerajaan berpuas hati dengan kesungguhan pasukan Malaysia membentangkan kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, delegasi negara yang terdiri daripada pelbagai pihak serta peguam antarabangsa itu telah memberikan yang terbaik untuk memastikan ketiga-tiga bentuk maritim itu terus menjadi milik Malaysia.

Beliau yang berada di sini sejak Khamis lalu menegaskan, kes tersebut memerlukan penelitian serta persiapan amat rapi kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dipertahankan serta melibatkan integriti negara.

“Adalah sangat penting bagi setiap pihak yang terlibat bersikap dedikasi dan bekerja dalam satu pasukan, hasilnya kita dapat lihat hari ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam ini - Utusan Malaysia

Saturday, November 24, 2007

Singapura tidak yakin miliki pulau

Daripada: Noraini Abd. Razak (Belanda)

THE HAGUE, Belanda 23 Nov. – Singapura yang tidak yakin bahawa Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge adalah miliknya terpaksa beralih dari satu alasan ke satu alasan untuk mewajarkan tuntutannya ke atas ketiga-tiga pulau itu.

Barisan peguam antarabangsa yang mewakili Malaysia dalam kes tersebut memberitahu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini, ketidaktentuan pasukan Singapura itu menjadikan kes yang dibentangkannya ‘lemah dan berbelit-belit‘ sehingga kadangkala menimbulkan kekeliruan di pihak republik itu sendiri.


Mereka berhujah, di peringkat awal kes, Singapura menyandarkan tuntutan mereka kepada dakwaan bahawa British menduduki Pulau Batu Putih pada tahun 1847 secara sah (lawful taking of possession) kerana pulau itu terra nullius (tiada pemilik).

Kemudian, republik itu mengheret mahkamah untuk mendengar tentang British mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih semata-mata kerana kerja-kerja yang dijalankan untuk membina Rumah Api Horsburgh yang berlangsung antara tahun 1847 dan 1851.

Peguam-peguam Malaysia berhujah lagi, oleh kerana dua alasan berkenaan masih melemahkan kes Singapura, republik itu cuba menarik perhatian mahkamah mengenai tindak-tanduknya di pulau itu selepas tahun 1851 hingga sekarang untuk membuktikan bahawa ia mempunyai kedaulatan di Pulau Batu Putih.

“Kebenaran Johor (Sultan dan Temenggung) untuk (British) membina rumah api tersebut menjadikan kes Singapura yang sememangnya lemah dan berbelit-belit runtuh dan tidak boleh dipulihkan, baik bagi tujuan menduduki secara sah disebabkan pulau itu terra nullius mahupun kerana tindak-tanduk republik itu di Pulau Batu Putih.

“Kesemuanya itu langsung tidak mempunyai nilai untuk mengasaskan kedaulatan di wilayah yang berkenaan,”
hujah Profesor Marcelo G. Kohen di hadapan barisan 16 hakim yang diketuai oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn-Shawkat Al-Khasawneh.

Kohen berhujah, persoalan yang timbul dalam kes tuntutan tersebut amat mudah malah bukti-bukti yang menunjukkan Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih juga jelas, tetapi Singapura bekerja keras untuk menjadikannya rumit.

Katanya, kes tersebut adalah mengenai hasrat British untuk membina sebuah rumah api di Pulau Batu Putih sebagai penghormatan kepada James Horsburgh - pihak berkuasa di Johor memberi kebenaran membina rumah api - dan Syarikat Hindia Timur membina rumah api itu.

“Bukti-bukti amat jelas. Malah ia terlalu banyak, surat-surat Gabenor Butterworth sebelum dan selepas kebenaran dikeluarkan oleh Sultan dan Temenggung Johor; laporan penuh Butterworth bersekali dengan surat pemerintah Johor yang menunjukkan bahawa pemilihan lokasi asal iaitu Peak Rock juga terpakai kepada Pulau Batu Putih.

“Kesemua ini tidak dicabar oleh Singapura,” hujah Kohen lagi.

Profesor Sir Elihu Lauterpacht juga menarik perhatian mahkamah mengenai dakwaan Singapura bahawa Pulau Batu Putih adalah terra nullius yang dirumuskannya sebagai mempunyai kecacatan.

Malaysia, hujah beliau, telah membuktikan bahawa Pulau Batu Putih bukan terra nullius sebaliknya ia adalah milik Johor, justeru adalah amat tidak berasas kepada British ketika itu atau pada bila-bila masa mendapat hak milik ke atas sebuah pulau yang hanya boleh diperoleh menerusi keizinan pemiliknya.

“Dan keizinan yang diberi terhad kepada membina dan mengendalikan sebuah rumah api,” hujah Lauterpacht.

Beliau turut menyanggah kritikan Singapura kononnya Malaysia membisu terhadap a titre de souverain (tindak-tanduk British yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) di Pulau Batu Putih.

Hujah beliau, tindak-tanduk British dari tahun 1847 hingga 1851 tidak boleh diklasifikasikan sebagai mempunyai kedaulatan di pulau tersebut kerana ia hanyalah mengenai pembinaan rumah api dan tidak lebih daripada itu.

Malah, Lauterpacht berhujah, fakta bahawa pembinaan rumah api itu dibiayai oleh kumpulan saudagar seperti yang diperjelaskan dalam Laporan Thomson sangat melemahkan dakwaan Singapura bahawa ‘tanpa keputusan kerajaan British untuk membina dan membiayai pembinaan rumah api di Pedra Branca, rumah api itu tidak akan wujud’.

“Fakta sebenar ialah kerajaan British tidak membiayai pembinaan rumah api itu atau mengambil inisiatif untuk berbuat demikian.

“Malah Akta 1852 jelas menggambarkan peranan kerajaan British yang amat terhad iaitu hanya kepada membina rumah api,” hujah beliau.

Sementara itu, Profesor Nicout Schrijver berhujah mengenai kelewatan Singapura memasukkan hujahnya mengenai terra nullius iaitu hanya dalam dokumen balasannya.

Katanya, hujah-hujah bertulis Singapura dalam memorialnya tertumpu kepada British menduduki Pulau Batu Putih pada pertengahan abad ke-19 secara sah.

Bagaimanapun, hujah beliau, mahkamah pasti sedar semasa menyampaikan hujah-hujah lisannya, Singapura telah menyimpang daripada asas pertamanya dan berhujah pula mengenai teori terra nullius tetapi dalam keadaan ragu-ragu.

Schrijver berhujah, berbanding dakwaan Peguam Singapura, Alain Pellet mengenai teori terra nulliusnya, ejen republik itu, Tommy Koh pula mendakwa: “... jika mahkamah mendapati hak milik Pedra Branca (Pulau Batu Putih) sebagai tidak dapat dipastikan (bagi tahun 1847 hingga 1851), Singapura jelas telah menunjukkan kedaulatannya’'.

Beliau secara sinikal berhujah, ketidakyakinan Singapura terhadap kesemua asas-asas dakwaannya bahawa Pulau Batu Putih miliknya menyebabkan mereka terpaksa ‘menggunakan dua ekor kuda dalam satu perlumbaan’.

Katanya, tindakan Singapura menggunakan terra nullius sebagai asas tuntutannya langsung tidak boleh dipertahankan.

Pada bila-bila masa, hujah Schrijver, Pulau Batu Putih bukan terra nullius dengan pulau tersebut dikenali menerusi namanya dan tertera dalam peta-peta awal, juga sebagai penanda laut dan titik bahaya.

Malah, penduduk tempatan (yang datang daripada kesultanan Johor), katanya, menggunakan pulau tersebut sejak seawal tahun 1552 seperti yang terkandung dalam buku-buku Portugis - Utusan Malaysia

Singapore's Claim On Pulau Batu Puteh Flawed

THE HAGUE, Nov 23 - Singapore's claim that Pulau Batu Puteh terra nullus (No Man's Land) when Britain took possession of it in 1847 is fundamentally flawed, the International Court of Justice (ICJ) here heard Thursday.

Malaysia's counsel, Sir Elihu Lauterpacht, said there was no basis on which Britain could, then or at any other time, acquire title to an island that could only be obtained with the consent of the local sovereign.

"And the consent given was restricted to the building and operation of a lighthouse (on the island)," he told the court hearing a dispute between Malaysia and Singapore over Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge.

He said that Malaysia was criticised for its "silence on the nature of acts a titre d souverain" (the exercise of sovereign powers) on the island but this was because during the period 1847-1851, Britain's conduct could not be classified as having exercised sovereign powers.

"It was conduct in every respect related to the construction of a lighthouse and nothing more," Lauterpacht said in the second and final round of Malaysia's oral arguments.

He said that the placing of experimental bricks, the cutting of rain channels and others on the island, as submitted by Singapore, could hardly be described as acts of the exercise of sovereign powers unless one assumed, as Singapore's counsel Ian Brownlie did, that there was scope for the performance of such acts.

"But once the basic foundation of his presentation is undermined, that is necessarily an end to the classification," counsel said.

He also said that calling the works (on the island) "public works" did not advance Singapore's case because beyond the fact that the works were done in public, which was certainly not what Brownlie had in mind in using the adjective, there was nothing that could not have been done by a private person.

Lauterpacht submitted that what mattered to Britain was not the sovereignty of Pulau Batu Puteh but the construction and operation of a lighthouse for the benefit of ships plying their trade between Britain and its Far Eastern commercial links.

"From an imperial, military or naval perspective, it simply did not matter whether the island was British or not. There was no room on it anyway for any British settlement unrelated to the operation of the light (house)," he said.

He also touched on Singapore's submission concerning his "arithmetic" methods.

During the first round of Malaysia's oral pleadings, Lauterpacht had said that like what was taught in school, the simple arithmetic that when zero is multiplied by any number whatsoever, the result is always zero and as such, a title that did not exist could not be confirmed or maintained by any amount of subsequent state action.

He said Singapore had contended that the "multiplication" should be discarded in favour of a process of addition like zero plus one makes one and so on.

"So what are we to add together between 1847 and 1851 to produce a title by 1851?

A decision to support the construction of a lighthouse, a decision regarding the site, advancing part of the funds on the basis that the excess over subscriptions will be repaid out of light dues, the provision of an architect, some visits to the island by the governor -- but never, never a statement of intention or even a gesture towards a declaration of title," he said.

Another of Malaysia's counsel, Marcelo Kohen, submitted that the permission of Johor to build the lighthouse made the "fragile and convoluted Singaporean case irreparably collapse" before the purported taking of possession of a terra nullius as well as after it.

Kohen said that despite all the efforts by Singapore to make it complicated, ultimately the question was simple.

There was a desire to build a lighthouse on the island to pay homage to James Horsburgh, the Johor authorities gave the permission to build the lighthouse and the East India Company built the lighthouse.

"The proof is not missing, It is rather over-abundant," he said.

Nicolaas Jan Schrijver submitted that Singapore advanced its terra nullius proposition at a very late stage, namely in its reply, as earlier it only argued its case on the basis of "the lawful taking of possession" of the island in the mid-19th century.

He said that during the oral pleadings this week, Singapore "betrayed" some uncertainty as to the validity of its terra nullius theory.

"This lack of conviction has apparently led Singapore to back two horses in the same race," he said.

He stressed that the terra nullius claim was untenable and that at all relevant times, Pulau Batu Puteh was not terra nullius as it was featured by name on the earliest maps, as a seamark as well as a point of danger.

He said that the native population used the island, as referred to in Portuguese books as early as 1552 and in 1822. Nearly 300 years later, John Crawfurd reported that the "men of the sea" living in that area were subjects of the Sultanate of Johor.

Crawfurd was the second British Resident of Singapore, holding office from 1823 to 1826.

On the argument that the ruler of Johor was "disinterested" in the small islands, counsel said that this was not correct, for example, in the Sejarah Melayu, the ruler of Melaka had stated that "he does not care if a territory is only the size of a coconut shell."

Counsel stressed that from time immemorial the Sultanate of Johor has had an original title to the three features and that the 1844 permission of the Sultan and Temenggong of Johor to the British to construct a lighthouse on the island did not involve the transfer of sovereignty over the island.

James Crawford, submitting on the period 1966 to the critical date and subsequently, said that Singapore never publicly claimed Pulau Batu Puteh in the period 1965-1978.

The events of 1978-1980 leading up to the crystallization of the dispute could not have changed that position, he added - Bernama

Tuntutan Singapura Ke Atas Pulau Batu Puteh Ada Kecacatan

Daripada Nor Faridah A. Rashid

THE HAGUE, 23 Nov - Tuntutan Singapura bahawa Pulau Batu Puteh ialah terra nullus (tanah yang tidak dimiliki sesiapa) semasa Britain mengambil alihnya pada 1847 ada kecacatan pada asasnya, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) diberitahu pada Khamis.

Peguam yang mewakili Malaysia, Sir Elihu Lauterpacht, berkata langsung tiada asas yang boleh digunakan oleh Britain, pada ketika itu atau pada bila-bila masa, memperoleh geran ke atas pulau itu yang hanya boleh diperoleh dengan kebenaran kedaulatan tempatan.

"Dan kebenaran yang diberikan hanya dihadkan kepada bangunan dan operasi rumah api (di pulau itu)," katanya pada pendengaran kes pertikaian terhadap kedaulatan Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) antara Malaysia dan Singapura.


(Dari kiri) Panel Penasihat Antarabangsa Malaysia Prof. Marcelo G. Kohen, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar, Duta Malaysia Ke Belanda Datuk Noor Farida Ariffin dan Ketua Delegasi Malaysia yang juga Penasihat Khas Hal Ehwal Luar Kepada Perdana Menteri Tan Sri Abdul Kadir Mohamad berdiri sebagai tanda hormat semasa ketibaan hakim-hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague. Foto: Abdullah Ibrahim

Katanya Malaysia telah dikritik bagi langkahnya yang "membisu bagi tindakan titre d souverain" (pelaksanaan kuasa kedaulatan) ke atas pulau itu tetapi itu berlaku pada era 1847-1851, tindakan Britain itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai mempunyai kuasa kedaulatan.

"Ia dilaksanakan daripada segi semua aspek yang bersangkut paut dengan pembinaan sebuah rumah api dan tidak lebih daripada itu," kata Lauterpacht dalam hujahan lisan pusingan kedua dan terakhir Malaysia.

Katanya peletakan batu bata, pembinaan saluran hujan, seperti yang dihujahkan oleh Singapura, tidak boleh dikatakan sebagai pelaksanaan kuasa kedaulatan kecuali sebagai andaian sahaja seperti yang dilakukan oleh peguam yang mewakili Singapura, Ian Brownlie bahawa wujud skop bagi tindakan seumpama itu.

"Tetapi sebaik sahaja asas bagi presentasinya dipersoalkan, dengan itu menamatkan klasifikasi berkenaan," hujah peguam itu.

Beliau juga berkata kegiatan pembinaan (di pulau itu) "kerja-kerja awam" tidak memberi kelebihan kepada kes Singapura atas hakikat kerja itu dilakukan secara terbuka, tidak seperti apa yang difikirkan oleh Brownlie, kerana tiada apa yang tidak boleh dilakukan oleh orang persendirian.

Lauterpacht berhujah apa yang penting kepada Britain bukan kedaulatan Pulau Batu Puteh tetapi pembinaan dan operasi rumah api berkenaan bagi manfaat kapal perdagangan Britain dan Timur Jauh yang menggunakan laluan itu.

"Daripada perspektif empayar, ketenteraan atau tentera laut, ia tidak penting sama ada pulau itu ditadbir British atau tidak. Lagipun tiada ruang bagi sebarang penempatan lain British selain rumah api itu," katanya.

Beliau turut menyentuh hujahan Singapura berhubung kaedah "aritmetik" beliau.

Dalam pusingan pertama hujahan lisan Malaysia, Lauterpacht berkata seperti apa yang diajar di sekolah, aritmetik mudah ialah sifar didarab dengan mana-mana nombor, jawapannya tetap sifar dan dengan itu, geran yang tidak wujud tidak boleh disahkan atau dipertahankan oleh sebanyak manapun kegiatan yang dilakukan sesebuah negara itu.

Katanya Singapura telah berhujah bahawa kaedah "darab" tidak sepatutnya digunakan sepertimana proses campur seperti sifar campur satu maka jumlahnya jadi satu dan seterusnya.

"Jadi apa yang kita nak campur antara 1847 dan 1851 untuk mengeluarkan geran pada 1851?

Keputusan untuk menyokong pembinaan rumah api itu, keputusan berhubung tapak, pendahuluan sebahagian daripada dana atas asas bahawa lebihan langganan akan dibayar balik daripada apa yang perlu dibayar rumah api itu, penyediaan arkitek, beberapa lawatan ke pulau itu oleh gabenor -- tetapi tidak sesekali mengenai surat hasrat atau malahan isyarat ke arah pengisytiharan geran itu," katanya.

Seorang lagi peguam Malaysia, Marcelo Kohen, berhujah kebenaran yang diberikan oleh Johor untuk membina rumah api itu telah menjadikan "kes Singapura lemah dan berbelit-belit" malah sebelum mengambil alih terra nullius dan selepasnya.

Kohen berkata disebalik semua usaha Singapura untuk menjadikannya rumit, sebenarnya persoalannya amat mudah.

Berikutan hasrat untuk membina sebuah rumah api di pulau itu sebagai tanda penghormatan kepada James Horsburgh, pihak berkuasa Johor telah memberikan kebenaran untuk membina rumah api itu dan Syarikat Hindia Timur telah membina rumah api itu.

"Bukti itu tidak hilang, ia terlalu banyak," katanya.

Nicolaas Jan Schrijver berhujah bahawa tuntutan Singapura ke atas terra nullius juga agak lewat, iaitu paling awal mengikut hujahnya bagi asas "pengambilalihan mengikut undang-undang" ke atas pulau itu ialah pada pertengahan abad ke-19.

Katanya sepanjang hujahan lisan minggu ini, Singapura "telah mengkhianati" beberapa ketidaktentuan seperti kesahihan teorinya mengenai terra nullius.

"Kekurangan sabitan ini jelas telah mendorong Singapura terpaksa menggunakan dua ekor kuda dalam satu perlumbaan," katanya.

Beliau menegaskan tuntutan terra nullius tidak dapat dipertahankan dan pada setiap masa yang relevan, Pulau Batu Puteh bukannya terra nullius sepertimana tercatat dalam peta dahulu, sebagai penanda laut serta titik bahaya.

Katanya penduduk pribumi telah menggunakan pulau itu, seperti tercatat dalam buku Portugis seawal 1552 dan pada 1822. Hampir 300 tahun kemudian, John Crawfurd melaporkan "pelaut" yang hidup di kawasan itu adalah rakyat Kesultanan Johor.

Crawfurd ialah Residen British yang kedua di Singapura, berkhidmat dari 1823 hingga 1826.

Mengenai hujahan bahawa pemerintah Johor "tidak berminat" dengan pulau-pulau kecil, peguam itu berkata perkara itu tidak betul, contohnya, dalam Sejarah Melayu, pemerintah Melaka menyatakan bahawa "baginda tidak kisah jika kawasan itu sebesar biji kelapa."

Peguam itu menegaskan sejak zaman berzaman Kesultanan Johor telah mempunyai geran asal ketiga-tiga pulau itu dan kebenaran yang diberikan oleh Sultan dan Temenggong Johor pada 1844 kepada British untuk membina rumah api di pulau itu tidak membabitkan pemindahan kedaulatan ke atas pulau itu.

James Crawford berhujah pada tahun 1966 hingga ke tarikh kritikal itu dan seterusnya, berkata Singapura tidak pernah secara terbuka menuntut Pulau Batu Puteh pada sekitar 1965-1978.

Peristiwa sepanjang 1978-1980 yang membawa kepada pertikaian itu tidak dapat mengubah kedudukan itu, katanya - Bernama