Saturday, May 24, 2008

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - POST ICJ RULING

Pertikaian selama 28 tahun antara Malaysia dan Singapura terhadap isu tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih berakhir semalam selepas diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Singapura diberikan hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih manakala Malaysia mempunyai hak ke atas Middle Rocks.

Awang menerima keputusan tersebut dengan hati yang lapang. Kedua- dua negara telah bersetuju membawa kes itu ke ICJ dan bersedia menerima apa sahaja keputusan.

Maka kita harus bersikap terbuka. La- gipun, Malaysia bukan kalah semuanya walaupun tumpuan adalah lebih kepada hak kedaulatan Pulau Batu Putih.

Memetik kata-kata Menteri Luar, Dr. Rais Yatim bahawa keputusan itu sebagai kemenangan bersama kerana penting juga dilihat Middle Rocks diberi hak kepada Malaysia.

Harapan Awang kepada rakyat – analisis dan tafsirlah keputusan ICJ itu dalam semangat yang betul dan pemahaman yang baik terhadap kes tersebut.

Marilah kita melihat ke hadapan sambil mengambil iktibar terutamanya menjamin dari awal status kedaulatan pulau-pulau kecil di sempadan perairan negara.

Awang – Sentiasa terima realiti.

No comments: