KUANTAN 23 Dis. - Tindakan Singapura menjalankan aktiviti di Pulau Batu Putih yang kini dalam proses untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) merupakan satu provokasi terhadap kesabaran Malaysia.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob berkata, Singapura bukan sahaja bersikap degil tetapi juga cuba membangkitkan kemarahan Malaysia dengan tindakan itu.
``Sepatutnya mereka menghentikan segala aktiviti di pulau berkenaan sehingga proses timbang tara selesai dilakukan oleh ICJ,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui pada majlis perjumpaan dengan kakitangan Jabatan Penerangan Pahang dan pemimpin masyarakat serta majlis sambutan Aidilfitri.
Khalil mengulas mengenai bantahan yang akan dikemukakan oleh kerajaan kepada Singapura kerana masih meneruskan kerja-kerja pembinaan di Pulau Batu Putih.
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam berkata, tindakan republik itu tidak menghormati amalan biasa yang perlu dipatuhi oleh pihak yang menuntut wilayah yang dipertikaikan.
Khalil berkata, tindakan Singapura itu juga sesuatu yang melanggar etika dan merupakan satu perkembangan yang tidak sihat.
Justeru, beliau berkata, sewajarnya bantahan itu dibuat kepada Singapura dan seterusnya menghalang sebarang aktiviti dijalankan di pulau berkenaan.
``Memang kita sudah banyak kali mengemukakan bantahan dan nampaknya Singapura kurang memberi perhatian dan tidak mengendahkan pandangan Malaysia,'' katanya.
Menurut Khalil, Malaysia sudah membuat pelbagai usaha menggunakan saluran diplomasi, namun Singapura tetap meneruskan aktiviti di pulau itu - Utusan Malaysia
Tuesday, December 24, 2002
Aktiviti Singapura di Pulau Batu Putih dianggap provokasi
Posted by 9T9 at 4:57 PM
Labels: Bantahan, Ulasan, Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment