KOTA TINGGI: Kira-kira 1,500 nelayan di Pengerang masih tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendekati Terumbu Karang Tengah yang kini disahkan menjadi milik Malaysia, untuk turun menangkap ikan di situ.
"Kita harap pihak berkuasa menyediakan panduan dari segi sempadan maritim atau garisan grid bagi memastikan nelayan kita tidak tersasar memasuki kawasan yang baru diputuskan itu,” kata Pengerusi Persatuan Nelayan Pengerang, Abu Bakar Mohamad.
“Pada ketika ini keadaan masih kabur dengan nelayan masih belum bersedia untuk menangkap ikan di Terumbu Karang Tengah kerana mereka bimbang ditahan oleh kapal peronda Singapura,” katanya kepada Bernama.
Abu Bakar berkata, bagi nelayan di Pengerang yang mahu ke Terumbu Karang Tengah, mereka akan melalui perairan Pulau Batu Puteh terlebih dulu dan kedudukan ini sudah tentu bakal memberi masalah kepada mereka.
Katanya, pihak Singapura sudah tentu tidak akan membenarkan sesiapa pun menghampiri perairan Pulau Batu Puteh yang kini diisytiharkan sebagai milik mereka - Bernama
Sunday, May 25, 2008
Nelayan mahu kepastian untuk hampiri Terumbu Karang Tengah
Posted by 9T9 at 9:43 AM
Labels: Batu Putih, Bernama, Post ICJ Ruling, Ulasan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment