Oleh Magendran Rajagopal dan Srihanasham Noordin
KUALA LUMPUR: Semua agensi kerajaan perlu menjadikan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi Singapura hak kedaulatan ke atas Batu Puteh minggu lalu sebagai pengajaran dan memastikan Malaysia tidak lagi kehilangan mana-mana kawasan miliknya pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak bertanggungjawab harus mengambil iktibar daripada kehilangan Batu Puteh dan bertindak proaktif bagi memastikan kedaulatan negara tidak lagi terhakis dengan apa cara sekalipun pada masa depan.
"Apa yang berlaku di Batu Puteh adalah kerana kealpaan dan apa yang tidak kita lakukan bagi mempertahankannya selama ini.
"Kini menjadi tanggungjawab semua agensi kerajaan memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang dan kedaulatan kita tidak dicabar," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan kem komandan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), di sini semalam.
Penghakiman ICJ Jumaat lalu memberikan Singapura hak kedaulatan terhadap Batu Puteh dan Malaysia sebagai pemilik Batuan Tengah manakala kedudukan terumbu karang ketiga yang dikenali Tubir Selatan tidak ditentukan oleh ICJ.
Sehubungan itu, orang ramai yang menyuarakan kebimbangan akan ada pulau lain yang selama ini dianggap milik negara akan menerima nasib sama seperti Batu Puteh, umpamanya Pulau Pisang dan Pulau Merambong di Johor.
Penyelidik kanan Institut Maritim Malaysia (MIMA), Kapten Rakish Suppiah, berkata negara mungkin kehilangan kira-kira 100 pulau, batuan serta struktur-struktur maritim yang lain jika tiada tindakan diambil untuk mengesahkan kedaulatannya.
"Kita perlu sentiasa memantau dan melakukan rondaan di kawasan ini bagi memastikan tiada negara lain cuba mendirikan apa-apa struktur atau menjalankan sebarang kegiatan dan menjadikannya asas untuk menuntut hak di masa depan," katanya ketika dihubungi semalam.
Setakat ini, negara mempunyai lima pulau dengan keluasan melebihi 200 kilometer (km) persegi, 68 pulau di bawah 200 km persegi yang mempunyai penempatan manusia, empat pulau yang ditakrif taman laut atau kawasan perlindungan marin.
Selain itu, ratusan lagi terumbu karang atau pulau kecil yang tidak berpenghuni belum ditentukan milik siapa kerana sempadan perairan tidak jelas atau terletak dalam kawasan perairan antarabangsa - Berita Harian
Tuesday, May 27, 2008
Ambil iktibar keputusan kes Batu Puteh: TPM
Posted by
9T9
at
11:49 AM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Post ICJ Ruling, Ulasan
Monday, May 26, 2008
Keputusan ICJ kurang jelas: MIMA
Oleh Magendran Rajagopal
Sempadan kawasan perairan perlu dilakar semula, ambil kira pertindihan sempadan
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan hak Batu Puteh kepada Singapura turut merangkumi hak meneroka hasil galian dan sumber mineral asli dalam perairan republik itu.
Ketua Pengarah Institut Maritim Malaysia (MIMA), Datuk Cheah Kong Wai, berkata Undang-Undang Laut menetapkan sempadan perairan membabitkan kawasan sehingga 12 batu nautika atau 22.2 kilometer dari pesisiran pantai atau mana-mana bidang hartanah milik sesebuah negara.
"Berdasarkan perundangan itu, saya secara peribadi amat kecewa dengan keputusan ICJ yang jelas memihak kepada Singapura kerana Malaysia kini seolah-olah tidak mempunyai kedaulatan di perairan berkenaan.
"Keputusan ini seharusnya memberikan penjelasan terperinci mengenai maksud penghakiman itu dari segi hak, kuasa dan sempadan perairan membabitkan kedua-dua negara serta kesannya terhadap pihak yang berkepentingan seperti nelayan selain pengendali pelabuhan.
"Namun, saya menganggap penghakiman memihak kepada Malaysia berhubung kedaulatan Batuan Tengah sebagai keputusan yang saksama kepada kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi semalam.
Cheah berkata Tubir Selatan terletak berhampiran Batuan Tengah milik Malaysia dan Batu Puteh milik Singapura, sekali gus mewujudkan pertindihan tuntutan sempadan perairan.
Sehubungan itu, sempadan kawasan perairan perlu dilakar semula dengan mengambil kira pertindihan sempadan.
Pada masa sama, beliau berkata Batu Puteh serta Batuan Tengah turut menghadapi dilema kerana kedudukannya yang berdekatan dan memerlukan sempadan sedia ada dilakar semula dengan memperincikan benteng sempadan masing-masing.
Beliau menganggap keputusan ICJ agak kabur dalam isu terbabit kerana Tubir Selatan hanya kelihatan ketika air surut dan sewajarnya tidak dianggap sebagai sekeping tanah.
Rabu lalu, ejen Singapura, Prof Tommy Koh dipetik sebagai berkata republik itu akan menekankan kebebasan dan keselamatan laluan kapal menjadi kepentingan utama republik itu.
Pada masa sekarang, selain memiliki dan mengendalikan Rumah Api Horsburgh, Singapura memasang Sistem Maklumat Trafik Perkapalan (VTIS) pada menara di Batu Puteh yang menjadi elemen penting bagi menguruskan laluan kapal di perairan berkenaan.
Di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) yang diiktiraf dan diterima pakai Singapura serta Malaysia, sesebuah negara boleh menuntut hak sempadan sehingga 12 batu nautika daripada pesisiran pantai masing-masing.
Dalam sempadan perairan sendiri, sesebuah negara bebas menentukan undang-undang menetapkan penggunaan dan meneroka atau melombong apa-apa sumber asli.
Bagaimanapun, dari segi trafik perairan pula, kapal bebas menggunakan laluan terbabit dengan percuma tanpa berhenti di mana-mana atau melakukan sebarang tindakan yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara yang berkuasa di perairan berkenaan.
Namun, UNCLOS tidak memberi penakrifan mengenai hak nelayan bagi menggunakan atau memasuki sempadan perairan negara lain, terutama di sekitar Batu Puteh dan Batuan Tengah.
Berikutan itu, Malaysia dan Singapura masih perlu berunding mengenai isu sempadan, tidak kira apa penghakiman ICJ, kerana kedudukan kedua-dua negara yang begitu hampir menyebabkan banyak pertindihan sempadan - Berita Harian
Posted by
9T9
at
10:15 AM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Post ICJ Ruling, Ulasan
Malaysia pecah monopoli Singapura
Oleh Khirul Bahri Basaruddin
Keputusan ICJ beri hak kedaulatan Batuan Tengah jejas perancangan Kota Singa
RAMAI kecewa dan sedih apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Batu Puteh menjadi milik Singapura. Kita hanya berasa sedikit kelegaan apabila kedaulatan Batuan Tengah diberikan kepada Malaysia serta Tubir Selatan akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Dilaporkan, lebih 2,000 nelayan terutama berpusat di Pengerang kecewa dengan keputusan itu apabila mereka didakwa tidak boleh lagi menangkap ikan di kawasan perairan itu yang difahamkan mempunyai banyak khazanah laut yang belum diterokai.
Kekecewaan mereka itu tidak boleh dinafikan kerana selama ini tumpuan kes tuntutan itu lebih kepada hak kedaulatan Batu Puteh yang menempatkan Rumah Api Horsburgh sejak 1850 dan amat sedikit disentuh mengenai Batuan Tengah serta Tubir Selatan.
Batuan Tengah dan Tubir Selatan, iaitu bentuk bumi maritim secara geologi tidak bersambung dengan Batu Puteh. Batuan Tengah dipisahkan dari Batu Puteh oleh saluran kira-kira 0.6 batu nautikal, manakala Tubir Selatan kira-kira 2.2 batu nautikal daripada pulau berkenaan serta masing-masing kira-kira 8 serta 7.9 batu nautikal dari tanah besar Malaysia.
Kawasan Batuan Tengah mengandungi batu yang secara tetap berada di atas paras air laut serta mempunyai ketinggian kira-kira 0.6 hingga 1.2 meter, manakala Tubir Selatan dapat dilihat melalui proses air pasang surut.
Bagaimanapun, penghakiman setebal 81 halaman itu memberi kesan positif kepada Malaysia yang sebenarnya mendapat manfaat lebih dari Singapura yang kehilangan status qou, terutama membabitkan Batuan Tengah.
Selain itu, jika kita berpegang kepada Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS), Tubir Selatan berada dalam genggaman Malaysia berpandukan persempadanan maritim kira-kira 12 batu nautikal, di mana jarak bentuk muka bumi maritim itu kira-kira 0.6 batu nautikal dari Batuan Tengah.
Keputusan memberi hak kedaulatan Batuan Tengah kepada Malaysia dapat dilihat memecah monopoli Singapura di kawasan perairan berkenaan kerana kini republik itu mempunyai jiran yang dipisahkan kira-kira 0.6 batu nautikal saja.
Malah, jika dilihat reaksi delegasi Singapura diketuai Ejen Prof Tommy Koh ketika keputusan diumumkan negara itu tidak mendapat semua tuntutan dapat menggambarkan mereka tidak gembira kehilangan dua bentuk muka bumi maritim itu.
Singapura mungkin boleh mendabik dada kini mereka memiliki sepenuhnya Batu Puteh, tetapi pada masa sama terpaksa menelan kepahitan kerana segala perancangan untuk menjadi jaguh di kawasan perairan itu terbantut serta perlu berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu ke atas kawasan perairan bersempadan Batuan Tengah.
Malaysia menerusi ejennya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad pernah menyuarakan kebimbangan berhubung tindak-tanduk Singapura di kawasan Batu Puteh serta rancangan negara itu untuk menjadi sebuah wilayah maritim yang berpengaruh berdasarkan kepada kehadirannya di Batu Puteh sebagai pengendali rumah api.
Kehadiran republik itu di Batu Puteh hanya sebagai pengendali rumah api dan tidak pernah timbul isu berhubung wilayah perairan atau pelantar laut di sekeliling pulau itu. Bagaimanapun, republik berkenaan mempunyai dasar aktif berhubung penambakan laut dan dalam tuntutan bertulis ada dinyatakan cadangan menambak laut sekeliling pulau berkenaan. Melalui dokumen dalaman iaitu Laporan Penilaian Tender 1978 ditunjukkan cadangan pulau buatan manusia seluas 5,000 meter padu hampir dengan Batuan Tengah.
Kita tahu Singapura tidak memerlukan pulau besar untuk mengendalikan rumah api, tetapi kenapa negara mempunyai rancangan untuk membesarkan kawasan itu melalui proses penambakan. Jika diteruskan, ia mungkin merosakkan keadaan alam semula jadi serta sistem pelayaran di situ. Lebih menakutkan tindakan itu boleh menjejaskan persetujuan keselamatan yang di kawasan perairan pintu masuk di timur Selat Singapura.
Malaysia pernah membawa kes penambakan laut dengan Singapura di Tribunal Antarabangsa Mengenai Undang-Undang Laut (ITLOS) dan perkara itu dalam pengetahuan ICJ.
Dalam pada itu, untuk menguatkan cengkaman ke atas Batu Puteh, Singapura secara agresif menunjukkan penguasaan negara itu menerusi beberapa tindakan antaranya, pada 1986, iaitu tarikh pertikaian berhubung tuntutan Batu Puteh, Singapura menghantar kapal perang di kawasan itu untuk membuat rondaan 24 jam sehingga hari ini.
Tindakan itu menimbul kegelisahan dan berbahaya, nelayan dari Malaysia yang sudah beratus-ratus tahun menangkap ikan serta berteduh di situ dihalau pasukan keselamatan negara itu.
Tentera Malaysia dan kapal perangnya tidak boleh lagi pergi ke kawasan berdekatan perairan itu kerana pasukan tentera negara itu akan bertindak menghalang. Pada 1977, republik berkenaan memasang peralatan komunikasi tentera di pulau itu, sekali gus melanggar persetujuan awal berhubung pembinaan dan operasi rumah api.
Kini, kebimbangan Malaysia itu seolah-olah difahami panel hakim ICJ yang membuat penghakiman secara adil membahagikan kawasan perairan kepada dua negara jiran Asean itu. Jika mahkamah memutuskan memberi semua tuntutan Singapura, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kawasan perairan itu, kita tidak hairan akan wujud gugusan pulau baru di situ.
Difahamkan, Singapura mempunyai rancangan menjadikan kawasan berkenaan sebagai markas tentera yang boleh menempatkan kapal selamnya.
Semua rancangan yang diatur di kawasan pulau itu kini tidak boleh dilaksanakan tanpa mengambil kira kepentingan Malaysia sebagai jiran baru berdaulat. Kehadiran Malaysia di situ diiktiraf ICJ sebagai pewaris Kesultanan Johor sejak lebih 150 tahun lalu. Jika Singapura mendakwa ia menggunakan haknya untuk melaksanakan pelbagai rancangan di kawasan pulau itu, Malaysia juga boleh berbuat demikian.
Jika negara itu bercadang menambak kawasan laut, kita juga boleh berbuat demikian, bila mereka membina menara, kita juga boleh bina menara dan pelbagai kemudahan lain.
Bagaimanapun, Malaysia sejak dulu lagi dan Abdul Kadir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka di depan hakim ICJ bahawa negara ini mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran dalam menyelesaikan pelbagai isu.
Kita mahu republik itu menggunakan pendekatan sama dan menjadikan kawasan itu bebas daripada kegiatan ketenteraan. Kita mahu kawasan itu dijadikan kawasan penyelidikan kedua-dua negara dan tidak salah membina menara kaji cuaca atau sistem tsunami, selain menara untuk kegiatan ketenteraan.
Keputusan mahkamah itu banyak menyedarkan Singapura bahawa kini negara itu tidak boleh lagi bertindak sesuka hati ke atas kawasan terbabit, malah republik itu perlu berhati-hati dengan setiap tindak tanduknya kerana mereka sebelum ini pernah memberitahu mahkamah bahawa negara itu menghormati undang-undang antarabangsa.
Sehubungan itu, apabila mahkamah memberi keputusan undi 15-1 Malaysia mempunyai hak kedaulatan ke atas Batuan Tengah, manakala undi 12-4, Singapura memiliki Batu Puteh, kita sebenarnya bukan berada di tempat orang yang kalah.
Jika dulu lebih 150 tahun, kita tidak boleh menjejak kaki di kawasan pertikaian itu, kini kita boleh menegakkan dengan megah tiang serta mengibarkan Jalur Gemilang. Nelayan Pengerang tidak perlu kecewa lagi kerana kini mereka boleh melebarkan jaring untuk menangkap ikan di kawasan perairan itu.
Kita tidak kalah kerana apabila kita membawa kes mahkamah secara moralnya kita sudah menang 50 peratus dan hasilnya sudah diketahui ramai. Kita perlu memberi tumpuan kepada Batuan Tengah dan Tubir Selatan, pada masa sama melupakan Batu Puteh kerana ia sah bergelar Pedra Branca - Berita Harian
Posted by
9T9
at
10:00 AM
0
comments
Labels: Berita Harian, Post ICJ Ruling, Ulasan
Diplomat aka spy Singapura peka cari maklumat
MALAYSIA dan Singapura mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa kerana menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai isu tuntutan bertindih Batu Puteh pada 23 Mei 2008.
Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di antara rakyat kedua-dua negara.
Namun, kita berasa kecewa dan kesal ICJ memutuskan Batu Puteh adalah hak Singapura. Sikap 'tidak apa' dan berbaik hati negara diambil kesempatan Singapura untuk memiliki Batu Puteh.
Pengalaman saya yang singkat di Kementerian Luar berurusan dengan Singapura menunjukkan bahawa kita tidak boleh terlalu berlembut dengan negara jiran itu. Hal ini kerana:
- Wujud mentaliti kepungan - mereka hidup dalam keadaan tertekan di kelilingi negara Melayu.
- Sebagai republik pulau, mereka akan sentiasa mencari kawasan, pulau dan terumbu yang tiada penghuni untuk disewa atau dimiliki.
- Pemimpin mereka tegas dan berpandangan jauh menentukan 'survival' negara.
- Diplomat yang bertugas adalah terbaik dan terlatih.
- Tidak teragak-agak menggunakan kekerasan.
Saya masih ingat bagaimana pada satu majlis beberapa diplomat Singapura secara bersahaja bertanya: "Bagaimana kedudukan Pedra Branca? Lantas saya menjawab secara berseloroh: "...maksud kamu Pedra Branca itu ialah wanita Portugis ke? Dan kami semua ketawa.
Moral cerita ini menunjukkan diplomat Singapura tidak membuang masa dalam apa keadaan pun. Mereka dilatih untuk mencari maklumat demi kepentingan negara mereka.
Semoga peristiwa ini membuka mata kepada pemimpin kita dan agensi kerajaan yang berkenaan agar lebih peka dan serius dalam menjaga kedaulatan dan maruah negara dalam hubungan dengan negara jiran, khususnya Singapura.
HASSAN TALIB,
Gombak, Selangor.
Posted by
9T9
at
9:55 AM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Post ICJ Ruling, Ulasan
Wisma Putra kena sedia terima penyelidik
SELEPAS Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan mengenai status Batu Puteh/Pedra Branca yang menjadi rebutan Malaysia-Singapura sejak 29 tahun lalu, kita harus memandang ke hadapan untuk melihat isu Pulau Pisang dan Kepulauan Spratly pula.
Selain Batu Puteh menjadi hak Singapura, ICJ Jumaat lalu juga memutuskan Middle Rock (Batuan Tengah) diberikan kedaulatan kepada Malaysia, manakala status South Ledge belum diputuskan.
Keputusan berkait isu Batu Puteh ini yang memihak kepada Singapura memberikan banyak iktibar kepada Malaysia, terutama apabila memperkatakan mengenai soal kedaulatan.
Keadaan ini dilihat lebih kritikal kerana Malaysia mempunyai sempadan daratan dan maritim dengan beberapa negara lain yang dilihat mampu membawa kepada masalah jika tidak diselesaikan dengan berhemah dan memerlukan tindakan segera.
Kejayaan Malaysia mendapatkan Pulau Sipadan dan Ligitan beberapa tahun lalu seolah-olah menjadikan kita leka dengan isu yang bersabit dengan pertindihan wilayah yang menghantui negara kita selama ini.
Malah, selepas mendapatkan kedua-dua pulau itu, negara dikejutkan lagi dengan isu pertindihan wilayah yang berlaku di Ambalat antara Malaysia dan Indonesia sekitar 2005.
Di samping itu, kita juga tidak seharusnya terlepas pandang dengan isu pertindihan wilayah yang masih berlaku sehingga hari ini.
Malah, dalam beberapa keadaan didapati bahawa isu ini jika tidak ditangani segera akan memberikan kerugian besar kepada negara, lebih-lebih lagi apabila memperkatakan soal kedaulatan, keuntungan ekonomi terutama sumber dan sebagainya.
Satu daripada isu utama pertindihan wilayah ini yang sudah berlarutan adalah isu di Kepulauan Spratly yang membabitkan beberapa negara lain termasuk China, Vietnam dan Filipina.
Di samping itu, isu berkait Pulau Pisang turut perlu diketengahkan kerana jika silap percaturan dan tidak ada sebarang langkah awal diambil, ia juga mungkin boleh jatuh kepada Singapura.
Bukan setakat itu saja, malah banyak lagi isu yang perlu dilihat dengan serius oleh kerajaan berkaitan dengan pertindihan wilayah ini, misalnya isu Limbang yang turut dituntut kerajaan Brunei Darussalam.
Beberapa pendekatan perlu diambil kerajaan. Antaranya usaha mengumpulkan semua maklumat berkait dengan pulau atau wilayah yang dilihat 'bermasalah' ini. Penumpuan harus difokuskan kepada data dan sumber, sama ada yang berada di Malaysia atau di luar negara, terutama di London, Belanda dan India.
Bukan setakat itu, beberapa kajian perlu dibuat penyelidik, ahli akademik dan pelajar di negara ini perlu diberikan perhatian segera. Hal ini kerana tesis yang dikaji dan ditulis mengenai pulau dan wilayah ini boleh diperoleh di perpustakaan di negara ini .
Di samping itu, Wisma Putra patut mengubah sikap terhadap ahli akademik, penyelidik dan pelajar yang seolah-olah dilihat sebagai cabaran selama ini.
Hal ini cukup bertentangan dengan kaedah yang dilaksanakan White House di Amerika Syarikat yang memberikan layanan kepada ahli akademik, khususnya dalam bidang hubungan antarabangsa dan bidang berkaitan dalam menasihati pemimpin Amerika Syarikat berhubung sebarang isu antarabangsa, apatah lagi yang ada kaitan dengan kepentingan nasional.
Sebaliknya sikap Wisma Putra misalnya yang tidak memberikan kerjasama penuh jika ada ahli akademik, penyelidik atau pelajar yang mahu membuat kajian mengenai isu seperti ini atau sebarang isu yang berkait dengan dasar luar.
Hal ini sudah tentu sangat dikesali kerana Wisma Putra patut memberikan galakan kepada mereka untuk membuat kajian mengenai dasar luar Malaysia kerana dengan adanya kajian yang dilakukan akan membolehkan input mengenai sesuatu isu yang diperlukan terutama yang berkaitan dengan kepentingan nasional kita.
WAN SHAWALUDDIN WAN HASSAN dan RAMLI DOLLAH,
Jabatan Hubungan Antarabangsa, UMS, Kota Kinabalu.
Posted by
9T9
at
9:48 AM
3
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Ulasan
Jauhi sementara Batuan Tengah
PUTRAJAYA 25 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan nelayan-nelayan di Johor supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti tangkapan ikan di perairan Batuan Tengah (Middle Rocks) dalam tempoh dua minggu ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka perlu menunggu keputusan yang bakal dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Malaysia-Singapura bagi memperincikan kawasan perairan antara Batu Putih dengan Batuan Tengah serta Tubir Selatan (South Ledge).
Beliau berkata, semua pihak perlu menunggu keputusan jawatankuasa kerana ia amat penting bagi mengelakkan keraguan antara Kerajaan Malaysia dan Singapura.
"Langkah yang terbaik, tunggu Jawatankuasa Teknikal memberikan cadangan dan kita akan mengumumkannya nanti. Proses ini tidak akan mengambil masa panjang.
"Menurut Datuk Seri Dr. Rais Yatim (Menteri Luar) ia mengambil masa dalam dua minggu, bila sudah siap Wisma Putra akan buat pengumuman pertengahan Jun nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan majlis sambutan Bulan Perpaduan Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta para nelayan supaya menunggu sehingga pengumuman rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
ICJ dalam keputusannya kelmarin, menetapkan kedudukan Tubir Selatan ditentukan menerusi rundingan antara Malaysia dan Singapura bagi menentukan perairan negara mana ia terletak.
Sejak 1986 selepas timbulnya pertikaian ke atas Batu Putih, Singapura telah menghantar kapal tentera lautnya ke situ dan menjalankan rondaan tetap 24 jam di perairan ketiga-tiga bentuk maritim tersebut.
Situasi itu telah mencetuskan ketegangan dan bahaya apabila nelayan-nelayan Johor telah dihalau oleh pasukan peronda laut Singapura daripada perairan tradisional serta tempat pelindungan mereka di sekitar Batu Putih.
Kapal peronda Malaysia serta para pegawai-pegawainya juga tidak boleh mendekati bukan sahaja Batu Putih malah Batuan Tengah dan Tubir Selatan kerana dihalang oleh kapal peronda Singapura.
Semalam, Ejen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin dipetik sebagai berkata, nelayan-nelayan di Johor terutamanya kawasan Pengerang yang dihalang selama 22 tahun daripada mendekati perairan Batuan Tengah, kini bebas menangkap ikan di kawasan terbabit berikutan keputusan ICJ mengekalkan kedaulatan bentuk maritim itu kepada Malaysia.
Menurutnya, Singapura yang sebelum ini bertindak mengawal perairan di Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sejak tahun 1986, tidak lagi mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian kerana bidang kuasa mereka kini terhad kepada Batu Putih semata-mata - Utusan Malaysia
Nelayan boleh ke Batuan Tengah mulai Jun: Najib
Oleh Azrina Ahzan dan Johan Afandi
PUTRAJAYA: Nelayan tempatan dijangka boleh mula menangkap ikan di perairan Batuan Tengah yang dipercayai kaya dengan hasil maritim, selepas Jawatankuasa Teknikal Malaysia-Singapura mengeluarkan garis panduan rasmi mengenai kegiatan itu, pertengahan bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu penting untuk mengelak timbul masalah dengan Singapura jika nelayan tempatan menangkap ikan di perairan itu selepas ia disahkan menjadi milik Malaysia oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Jumaat lalu.
Katanya, walaupun ICJ sudah mengesahkan perairan Batuan Tengah adalah milik Malaysia, nelayan tempatan dinasihatkan menunggu keputusan dan cadangan jawatankuasa teknikal itu bagi mengelak timbul sebarang salah faham.
"Ia tidak akan mengambil masa lama kerana saya difahamkan mereka memerlukan hanya dua minggu lagi dan Kementerian Luar dijangka membuat pengumuman mengenainya pertengahan bulan depan," katanya selepas melancarkan majlis sambutan Bulan Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2008, di sini, semalam.
Najib mengulas kenyataan beberapa pihak berhubung keputusan ICJ menyerahkan hak kedaulatan Batuan Tengah kepada Malaysia, sekali gus membolehkan nelayan Malaysia menangkap ikan di perairan itu tanpa bimbang diganggu pihak berkuasa Singapura.
Ejen Bersama Malaysia dalam isu tuntutan Batu Puteh, Datuk Noor Farida Ariffin, berkata kini tidak timbul halangan untuk rakyat Malaysia pergi ke kawasan perairan Batuan Tengah yang tidak sampai satu kilometer dari Batu Puteh untuk mencari rezeki atau membuat penyelidikan.
Noor Farida yang juga bekas Duta Malaysia ke Belanda berkata, kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi penguat kuasa maritim lain juga boleh meronda di perairan berkenaan yang dipercayai kaya dengan khazanah laut.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata kerajaan belum bercadang menghantar agensi penguat kuasa mengawasi perairan Batuan Tengah walaupun ia sudah sah milik negara kerana tidak mahu disifatkan cuba bertindak agresif di kawasan berkenaan.
Kementerian itu berpendapat adalah lebih baik untuk kerajaan kedua-dua negara menunggu keputusan jawatankuasa teknikal bagi menyelesaikan perkara berbangkit seperti sempadan maritim Malaysia dan Singapura di perairan itu.
"Tidak elok untuk kita menimbulkan sebarang tindakan yang boleh disifatkan agresif dengan menghantar kapal agensi penguat kuasa meronda walaupun jelas Batuan Tengah milik kita kerana Malaysia serta Singapura perlu bekerjasama," katanya di Kota Tinggi, semalam.
Syed Hamid berkata, rakyat tempatan terutama nelayan dinasihatkan menunggu garis panduan jawatankuasa teknikal mengenai isu itu sebelum pergi ke sana walaupun ICJ sudah memutuskan Malaysia berhak ke atas Batuan Tengah.
"Jawatankuasa berkenaan perlu berbincang dan menterjemahkan keputusan ICJ itu dengan mendalam bagi mengelak sebarang perselisihan faham dan tiada keputusan unilateral boleh diambil kedua-dua negara tanpa perbincangan.
"Adalah lebih baik jawatankuasa berkenaan memulakan perbincangan untuk memastikan keselamatan maritim di kawasan Batuan Tengah dan Batu Puteh dengan mengambil kira konsep 'Eye in the Sky', yang digunakan bagi mengawasi Selat Melaka," katanya.
Beliau berkata, walaupun Batuan Tengah dan Batu Puteh berkait rapat dengan keselamatan dua negara di perairan berkenaan, faktor jarak yang terlalu hampir antara kedua-duanya menyebabkan kerajaan Malaysia dan Singapura tidak boleh bertindak sendirian.
Selain itu, kedua-dua negara juga perlu menyelesaikan segera isu berhubung kedudukan Tubir Selatan kerana terumbu itu akan tenggelam apabila air pasang dan hanya kelihatan ketika air surut.
"Singapura mahu ketiga-tiga kawasan itu tetapi ICJ menolaknya. Kesannya, Singapura kini tidak lagi sendirian di perairan itu selepas hampir tiga dekad tidak membenarkan Malaysia menghampirinya kerana kita juga sudah diberikan hak berkenaan," katanya.
Sementara itu, polis marin meminta nelayan Malaysia supaya tidak mengunjungi perairan Batuan Tengah sehingga keputusan rasmi mengenainya diumumkan kerajaan, bagi mengelakkan salah faham dengan pihak berkuasa Singapura - Berita Harian
Posted by
9T9
at
9:29 AM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Post ICJ, Utusan Malaysia
Sunday, May 25, 2008
Soal Jawab: Kita terlepas Batu Puteh kerana cuai
PELBAGAI reaksi diberikan banyak pihak selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), manakala Malaysia berhak terhadap Batuan Tengah (Middle Rocks). Kedudukan Tubir Selatan (South Ledge) pula bergantung kepada persempadanan perairan negara yang menguasainya. Ada pihak melihat keputusan ICJ lebih menyebelahi Singapura dan merugikan Malaysia. Bagaimanapun, ada yang berpendapat negara tidak tewas sepenuhnya. Bagi menilai keputusan di ICJ secara menyeluruh, wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin dan Rohaniza Idris, mendapatkan penjelasan pakar sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud, yang menganggotai pasukan Malaysia di The Hague dan penganalisis politik, Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, juga dari UKM.
Adakah keputusan ICJ berhubung hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang memihak kepada Singapura sudah dijangka berdasarkan bukti dan penghujahan?
Dalam kes Pulau Batu Puteh, saya sudah menjangka kita akan menghadapi masalah untuk mempertahankannya sejak awal lagi.
Pertama sekali kerana ialah kelemahan kita dari segi pentadbiran dan surat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1953. Dari segi sejarah, pulau itu dan pulau lain sebenarnya adalah milik Johor. Mahkamah memperakui hak itu bersandarkan Perjanjian 1819, Mac 1824, Perjanjian Ogos 1824, Perjanjian 1927 dan sebagainya.
Bagaimanapun pada 1953, kerajaan Johor apabila ditanya oleh pihak Singapura mengenai status pulau itu menjawab bahawa pulau itu bukan milik negeri itu. Ini yang menyebabkan mahkamah menjadikan surat itu sebagai hujah untuk mengesahkan bahawa Johor sudah menyerahkan hak kedaulatan pulau itu kepada Singapura.
Adakah penghakiman ini adalah keputusan sama menang atau hanya menguntungkan sebelah pihak?
Keputusan itu adalah sesuatu yang tidak dijangka. Boleh saya katakan bahawa keputusan itu sebagai 'Blessing in Disguise' (perkara baik yang pada awalnya tidak diketahui). Kita kehilangan Pulau Batu Puteh, tetapi menang di Batuan Tengah.
Ia membolehkan nelayan Johor menangkap ikan di kawasan sekitar pulau itu yang sebelum ini adalah kawasan non grata (tidak diterima atau dialu-alukan) kepada nelayan kita.
Apakah faktor penting dalam penghakiman ICJ?
Mahkamah mengiktiraf Pulau Batu Puteh dan semua pulau di sini sebagai milik Johor. Dalam kes Pulau Batu Puteh, kita kalah kerana kecuaian kerajaan Johor dulu yang membiarkan Singapura mengurus rumah api dan pulau itu.
Kemudian pada 1953, tanpa berfikir panjang, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor mengesahkan kepada Singapura bahawa Pulau Batu Puteh bukan milik Johor. Pengesahan itu dibuat secara hitam putih.
Kecuaian ini menyebabkan kita kehilangan pulau itu. Pengajaran penting daripada penghakiman ini kepada setiap pihak ialah belajarlah daripada sejarah. Kita perlu berhati-hati apabila membuat keputusan agar generasi akan datang tidak menanggung kerugian penderitaan.
Siasat betul-betul asal-usul sesuatu perkara dan tidak membuat keputusan dalam keadaan tergesa-gesa.
Prof sebagai sebahagian anggota pasukan Malaysia. Bagaimana situasi di kalangan anggota pasukan selepas ICJ membuat keputusan?
Saya nampak semua anggota delegasi Malaysia gembira dengan keputusan itu. Sebab itu, saya katakan keputusan mahkamah adalah `Blessing in Disguise'.
Apakah kesan penghakiman kes ini terhadap pelbagai aspek membabitkan kedua-dua negara seperti persempadanan?
Seperti saya katakan, keputusan ini adalah kejayaan yang besar ertinya kepada kita. Singapura terpaksa mengakui bahawa kawasan yang dipertikaikan itu juga hak Malaysia. Nelayan kita bebas untuk menangkap ikan di kawasan itu. Dulu nelayan dihalang dan diugut, malah ditangkap.
Sekarang mahkamah membebaskan kepungan itu. Sudah tentu isu sempadan antara Malaysia dan Singapura berikutan keputusan itu akan dikaji oleh Jawatankuasa Teknikal kedua-dua kerajaan.
Adakah sebarang pulau atau wilayah lain yang berpotensi menimbulkan pertikaian hak kedaulatan antara Malaysia dan negara jiran pada masa depan?
Pertikaian di Kepulauan Spratly masih belum selesai. Saya percaya negara yang terbabit dalam pertikaian gugusan pulau ini akan menyelesaikannya secara damai melalui proses undang-undang dan tolak ansur demi kestabilan serantau dan kesejahteraan penduduk di rantau ini.
Apakah merujuk pertikaian membabitkan wilayah atau sempadan ke ICJ adalah suatu perkembangan yang positif atau sebaliknya dalam soal perhubungan antara Malaysia dan negara jiran?
Ini adalah suatu tindakan bijak oleh pemimpin kedua-dua negara untuk mengelakkan berlaku konfrontasi bersenjata yang boleh menjejaskan keselamatan serantau.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada pasukan Malaysia atas kejayaan di ICJ. Kita terlepas Pulau Batu Puteh, tetapi mendapat Batuan Tengah (Middle Rocks). Sesungguhnya keputusan itu suatu 'Blessing in Disguise'.
Apakah kesan penghakiman ICJ yang memberikan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan Batuan Tengah kepada Malaysia, manakala Tubir Selatan kepada negara yang memiliki perairannya kepada hubungan antara Malaysia dan Singapura?
Kesan hubungan antara dua negara adalah tidak ketara. Hubungan Malaysia dan Singapura selama ini pun selalu pasang surut. Ada masa panas dan ada masa sangat harmoni. Isu ini akan termasuk dalam pelbagai isu yang membuatkan hubungan pasang surut itu seperti isu bekalan air, Tabung Simpanan Pekerja (CPF), Jambatan Indah dan Tanjung Pagar.
Bagaimanapun, jika dilihat dari aspek persempadanan negara dan hak perairan, ia sudah tentu sedikit sebanyak kesan yang tidak memihak kepada Malaysia atau kita tidak begitu senang. Pulau Batu Puteh kini menjadi milik Singapura sepenuhnya.
Sempadan perairan keliling pulau itu juga menjadi milik republik itu. Jika membuat penambakan tanah, pulau sebesar dua padang bola boleh menjadi 20 padang bola dan sudah tentu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pangkalan polis marin atau tentera dan sebagainya mengikut kehendak dan kepentingan mereka.
Benarkah keputusan itu adalah sama menang, sedangkan tumpuan utama dalam kes ini ialah Pulau Batu Puteh dan bukan dua pulau lain yang lebih kecil?
Pandangan sama menang dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Saya fikir kenyataan diplomatik ini mudah difahami kerana beliau mengucapkannya sebagai Menteri Luar dan bukan sebagai Dr Rais Yatim.
Beliau memiliki tanggungjawab moral dan diplomatik serta mewakili rasmi negara ini vis a vis (berdepan secara langsung) rakan sejawat dari Singapura. Bagaimanapun, sudah tentu pandangan ini tidak dapat dikongsi sepenuhnya rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya dari sudut sentimennya.
Pada saya sama menang hanya berlaku jika Malaysia dan Singapura berebut pulau yang tidak menjadi milik mana-mana pihak. Apabila ada dua dan diagih, setiap pihak dapat satu, barulah dianggap sebagai sama menang, tetapi semua tahu bahawa pulau itu milik Malaysia (dulu Johor) dan semua dokumen lengkap, sejarah juga membuktikannya.
Malaysia tidak membuat tuntutan, tetapi berusaha mengekalkan haknya. Singapura kemudian membuat 'tuntutan’ hasil usaha, perbelanjaan, komitmen dan sebagainya yang diberikan terhadap pulau itu selama ini.
Tiba-tiba keputusan memihak kepada Singapura dengan kelebihan ia menguruskan dan mengendalikan pelbagai alat yang ada di pulau itu dan dibenarkan oleh Malaysia. Tuntutannya berjaya. Ini yang menyebabkan saya berpandangan ia bukan keadaan sama menang, tetapi terlepas sebuah pulau milik kita akibat kealpaan sendiri.
Kita lihat juga analogi ini, umpama seorang ibu bapa yang ada banyak anak. Seorang anaknya diberi kepada seorang lain untuk dipelihara walaupun dia menyatakan bukan untuk selama-lama. Apabila sudah sampai satu peringkat umur, penjaga itu membawa ke mahkamah menuntut hak penjagaan kekal terhadap anak itu.
Sudah tentu ia menjadi satu kes yang panas. Ibu bapa asal akan kecewa dan berusaha untuk mengekalkan haknya. Ia memberi semua dokumen bahawa itu adalah anaknya seperti surat kelahiran, laporan hospital, bukti DNA, saksi bidan yang menyambut anaknya dulu dan sebagainya.
Penjaga pula akan memberi bukti seperti dia yang membesarkan anak itu. Surat tadika dan sekolah, kos penjagaan, semua bil yang sudah dijelaskan bagi pemeliharaan, kesihatan dan sebagainya. Mahkamah sudah tentu membuat keputusan demi kepentingan kanak-kanak.
Apa lagi kalau dokumen bapa asal memberi hak penjagaan itu wujud dan dapat ditunjuk di mahkamah. Dalam kes seperti ini, saya berpendapat penjaga itu yang boleh menang. Apa lagi kalau ibu bapa asal ada ramai anak dan tidak terpelihara dengan baik.
Demikianlah kes Pulau Batu Puteh itu, kita ada 10 peta bersejarah pun, ia hanya menjelaskan keadaannya dulu. Sekarang tidak lagi. Ia dipelihara oleh siapa dan komitmen yang ditunjukkan itu nyata dan tidak dapat dipersoalkan.
Malaysia sebagai sebuah negara maritim mempunyai beberapa isu pertindihan tuntutan dengan negara jiran seperti kepulauan Spratly di Laut China Selatan dan perairan Ambalat di Laut Sulawesi. Bagaimana Dr melihat setiap kes tuntutan berkenaan?
Persaingan merebut sumber ekonomi, terutama minyak dan menguasai jalan laut serta ketenteraan.
Dalam kes Spratly, Malaysia memang membuat tuntutan. Saya tidak fikir (pendapat peribadi) kita pernah mendudukinya atau ada kampung lama milik rakyat Malaysia di situ. Cuma kita berasakan kepulauan itu berada dalam zon kita dan berhak membuat tuntutan.
Perairan Ambalat memang seperti berada antara Malaysia dan Indonesia. Ia juga perlu dibawa ke pengadilan. Sudah tentu semua pulau ini penting bagi kita, sekurang-kurangnya dari sudut kedaulatan, maruah dan sempadan kita. Selain itu, dari sudut keluasan sempadan, sumber alam, perikanan dan sebagainya.
Ia menyulitkan apabila kita berdepan jiran tetangga, bukan pihak lain yang asing. Apabila ia juga menjadi tuntutan dengan jiran ini, kita terpaksa menghadapinya. Seharusnya Batu Puteh menjadi pengajaran untuk tuntutan ini. Tidak semestinya bertindak agresif seperti negara lain.
Apakah keputusan penghakiman kes ini akan mendorong Malaysia atau negara lain terus menggunakan pendekatan undang-undang untuk menyelesaikan isu persempadanan?
Malaysia bukan negara yang mengamalkan dasar konfrontasi atau kekerasan. Sejak zaman konfrontasi dengan Indonesia dulu, masalah pengganas komunis di sempadan Thailand, isu Sabah dengan Filipina, Pulau Batu Puteh dan lain-lain, semuanya dilalui dengan cara diplomatik dan perundangan.
Saya percaya Malaysia akan menggunakan cara ini seterusnya kelak. Berdasarkan pengalaman kes Batu Puteh dan Sipadan-Ligitan, saya percaya negara jiran juga akan menggunakan kaedah ini. Cuma cara mendekatinya berbeza.
Ada negara yang bertindak agresif dulu, meletakkan tentera, menghalau rakyat lain mendekatinya dan kemudian baru bersetuju pergi ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pendekatan Machiavellian seperti ini nampaknya membuahkan hasil kepadanya dengan penggunaan tenteranya.
Apakah yang mungkin berlaku jika negara yang terbabit dalam tuntutan bertindih tidak memilih pergi ke ICJ?
Jika sesebuah negara kuat dari segi ketenteraan dan mendapat sokongan kuasa besar, negara begini akan mempunyai kelebihan. Negara ini akan mengekalkan dan sanggup bertindak secara ketenteraan sekali gus merugikan negara yang lebih lemah dan enggan bertindak cara ini.
Negara lain akan terus mengecam, menggesa dan mendesak, tetapi sudah tentu ia tidak menyelesaikan masalah. Banyak negara besar yang menguasai pulau kecil menggunakan kekuatan tentera untuk mengekalkan pulau seperti Pulau Falklands.
Di kawasan tuntutan bertindih yang berpotensi memiliki banyak sumber minyak, bolehkah negara yang bersaing bekerjasama?
Idealnya begitulah. Berkongsi usaha dan hasil, tetapi kita tidak hidup dalam dunia yang ideal seperti itu. Apabila berada dalam kedudukan bertindih dan mengetahui sumbernya lumayan, sudah tentu ia direbut oleh pihak yang mendekatinya.
Cuma kerjasama yang diharapkan ialah untuk bersetuju menyelesaikan secara rundingan atau membawa ke pengadilan antarabangsa. Kalau dapat berunding secara aman dan mengambil keputusan secara sama menang, ini adalah lebih baik berbanding ke mahkamah. Belanja pun banyak dapat dijimatkan dan hubungan dua hala dengan negara berkenaan juga terus harmoni - Berita Harian
Posted by
9T9
at
10:04 AM
0
comments
Labels: Berita Harian, Post ICJ Ruling, Ulasan
Saturday, May 24, 2008
Batu Puteh hak S'pura
Daripada Khirul Bahri Basaruddin di The Haque, Belanda
Penghakiman setebal 81 halaman putuskan Batuan Tengah milik Malaysia

THE HAQUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam memutuskan Singapura mempunyai hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.
Bagaimanapun, ICJ memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Penghakiman setebal 81 halaman itu yang dibacakan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, selama kira-kira sejam 45 minit mulai 10 pagi itu, (4 petang waktu Malaysia), menamatkan pertikaian lebih 28 tahun oleh kedua-dua negara ke atas muka bumi itu.
Dalam keputusan berhubung Pulau Batu Puteh yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, 12 hakim memihak kepada Singapura manakala empat Malaysia, Batuan Tengah (15-1). Bagi Tubir Selatan ICJ mengundi 15-1, ia hak negara yang memiliki perairannya.
Mereka mengiktiraf tuntutan Kesultanan Johor terhadap hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh serta dua lagi, tetapi mengambil kira bahawa lebih 100 tahun Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu.

Hakim, Awn Shawkat Al-Khasawneh
Selain itu, surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh, dianggap mahkamah sebagai pengakuan penyerahan kedaulatan pulau berkenaan kepada republik itu.
Keputusan ICJ yang juga badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, adalah muktamad dan mengikat kedua-dua negara serta tidak boleh dirayu lagi. Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu, menyifatkan keputusan berkenaan sebagai menang-menang kerana Singapura tidak memperoleh semua yang dituntut, sebaliknya Malaysia diberi hak kedaulatan ke atas Batuan Tengah.
Sehubungan itu, katanya, Jawatankuasa Teknikal yang dibentuk kedua-dua negara bagi mengkaji hasil keputusan itu akan memulakan segera mesyuarat untuk mencari kaedah penyelesaian kedudukan Tubir Selatan, yang tidak diputuskan pemiliknya dalam penghakiman berkenaan.

BEBERAPA pelanggan di sebuah kedai makan di Chow Kit tidak ketinggalan mengikuti siaran langsung keputusan penghakiman Pulau Batu Putih yang dibawakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Siaran langsung ini disiarkan mulai pukul 4 petang, semalam.
ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh pada 6 November 2007. Dokumen ratifikasi perjanjian khas untuk memeterai persetujuan kedua-dua negara membawa dan menerima sebarang keputusan ICJ berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu ditandatangani Malaysia dan Singapura pada 6 Februari 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Ini kali kedua ICJ membuat keputusan berhubung tuntutan wilayah bertindih membabitkan Malaysia. Pada Disember 2002, ICJ memutuskan Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di pantai Sabah, yang turut dituntut Indonesia.
Dalam menolak tuntutan Singapura ke atas Batuan Tengah, Awn Shawkat berkata, 15 hakim mendapati hak milik asal Batuan Tengah perlu dikekal kepada Malaysia sebagai pengganti Kesultanan Johor.
Beliau berkata, mahkamah tidak menerima tuntutan Singapura berhubung negara yang memiliki kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, sekali gus mempunyai hak yang sama ke atas Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Berhubung Pulau Batu Puteh, mahkamah menerima hujah Malaysia bahawa Kesultanan Johor mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan bermula sebelum 1800 hingga 1840 dan melalui surat pegawai kanan kerajaan Johor hak itu diserahkan kepada kerajaan British Singapura pada 1953.
"Mahkamah memutuskan Kesultanan Johor mempunyai hak milik asal ke atas Pulau Batu Puteh dan hak itu disokong serta disahkan melalui tindakan Sultan Johor mengambil tindakan ke atas Orang Laut yang tinggal di kepulauan di Selat Singapura termasuk Pulau Batu Puteh serta menjadi kawasan marin itu tempat penginapan mereka," katanya.
Katanya, hak kedaulatan pulau berkenaan terus berada di bawah Kesultanan Johor melalui perjanjian British-Belanda 1824, Triti Crawfurd 1824 dan apabila Sultan Johor bersetuju menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur (EIC).
Mengenai kedudukan perundangan ke atas pulau itu selepas 1840, Awn Shawkat berkata, mahkamah menimbang fakta yang berkaitan, terutama mengenai kegiatan atau tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam tempoh itu.
"Kami meneliti kejadian yang berlaku dalam tempoh itu seperti proses pembinaan rumah api dan kegiatan yang berlaku pada 1852-1952, iaitu pengenalan peraturan mengenai rumah api serta sistem lampu selat, perkembangan perlembagaan Malaysia dan Singapura serta peraturan perikanan Johor pada 1860 tetapi semuanya tidak dapat membantu memuktamadkan kes di depan mahkamah ini.
"Bagaimanapun, mahkamah mengambil kira surat Penolong Setiausaha Kerajaan Johor dan mentafsirkan sebagai satu yang amat penting untuk menentukan persefahaman perkembangan kedua-dua pihak berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh.
"Justeru mahkamah mendapati surat jawapan Johor itu menunjukkan sejak 1953 lagi negeri itu sedar ia tidak lagi mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan," katanya.
Awn Shawkat berkata, mahkamah akhirnya meneliti tindakan atau kegiatan yang dilakukan kedua-dua pihak selepas 1953 dan membuat kesimpulan tindakan tertentu seperti penyiasatan Singapura berhubung kapal karam dalam perairannya, permohonan kebenaran pegawai Malaysia membuat kerja ukur di perairan pulau itu, sebagai tindak-tanduk melaksanakan hak kedaulatan.
Selain itu, katanya, mahkamah menimbang tindakan pihak lain yang menyokong tuntutan Singapura seperti tindakan Malaysia mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan bendera di Pulau Batu Puteh, pemasangan alat komunikasi tentera pada 1977, cadangan kerja penambakan laut, penerbitan tertentu serta peta.
Berdasarkan fakta itu, katanya, mahkamah memutuskan bahawa Singapura sudah mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sejak 1980, iaitu tarikh pertikaian kes itu bermula.
INFO: Pulau Batu Puteh
- Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak itu terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke timur Singapura.
- Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh.
- Jarak di antara Batuan Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 kilometer manakala Tubir Selatan dengan Pulau Batu Puteh kira-kira empat kilometer.
- Malaysia dan Singapura bersetuju membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
- ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap pulau itu pada 6 November 2007.
- Delegasi Malaysia terdiri daripada ejen, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa dan wakil kerajaan Johor, Datuk Hamsan Saringat.
- Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menterinya, S Jayakumar; Ketua Hakim Negara, Chan Sek Keong; Peguam Negara, Chao Hick Tin dan ejennya, Prof Tommy Koh - Berita Harian
Posted by
9T9
at
1:11 PM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Post ICJ Ruling
'Keputusan ICJ cetus pertindihan hak'
JOHOR BAHRU: Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda semalam yang memberikan Singapura hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah menjadi milik Malaysia, mungkin boleh mencetuskan isu pertindihan hak kawasan antara kedua-dua negara.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata isu pertindihan hak kawasan antara Malaysia dan Singapura itu timbul berikutan kedudukan Pulau Batu Puteh dan Pulau Batuan Tengah yang terlalu hampir antara satu sama lain.
"Agak menarik keputusan ICJ kerana kedua-dua pulau ini berdekatan tetapi kedaulatan berlainan," katanya pada sidang media selepas merasmikan kedai rekaan landskap Massif Design di Taman Universiti, Skudai, di sini, semalam.
ICJ melalui pengundian 12-4 yang berpihak kepada Singapura terhadap hak kedaulatan Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia pula melalui pengundian 15-1 diberikan hak kedaulatan Pulau Batuan Tengah.
Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke Timur Singapura. Jarak antara Batuan Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 km, manakala Terumbu Karang Selatan dengan Pulau Batu Puteh kira-kira 4 km.
Berikutan itu, kata Ghani, Johor menyerahkan kepada Kerajaan Pusat untuk membuat keputusan seterusnya terhadap pulau Batuan Tengah selepas sah ia menjadi hak Malaysia.
Katanya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan apa juga bentuk pembangunan yang mungkin boleh dijalankan di pulau berhampiran Teluk Ramunia, Pengerang itu.
Ghani berkata, Johor berpendapat Malaysia dan Singapura perlu menunggu rumusan terperinci daripada Jawatankuasa Teknikal sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap kedua-dua pulau yang sah menjadi hak masing-masing itu bagi mengelak pertindihan hak kewilayahan.
"Saya percaya jawatankuasa itu akan membuat pertimbangan terbaik dan mengambil kira semua aspek, terutama berkaitan hak dan kawasan perairan serta kesannya terhadap subjek lain termasuk kegiatan nelayan di Pengerang.
"Johor menerima keputusan ICJ dengan hati terbuka dan yang jelas ialah kedaulatan Johor khususnya daripada segi sejarah adalah tepat dan benar terhadap semua pulau yang ada di situ dan Singapura sendiri. Daripada aspek sejarah, kedaulatan Johor diterima ICJ," katanya.
Selain Batu Puteh, beliau berkata setakat ini tidak ada lagi pulau di negeri ini yang mempunyai masalah berbangkit, terutama berkaitan tuntutan hak milik dan kedaulatan membabitkan Johor dengan negara lain.
Katanya, Pulau Pisang di Pontian tidak menghadapi masalah tuntutan hak dari negara lain kerana jelas pulau itu adalah hak milik Johor berdasarkan kepada pendaftaran tanah yang dilakukan di negeri ini.
"Kita tidak menghadapi masalah pertikaian hak dan kedaulatan berhubung Pulau Pisang kerana ia adalah sah milik Johor dan tidak boleh dituntut negara lain," katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia berkata, proses menentukan garis sempadan baru antara kedua-dua negara mungkin mengambil sedikit masa.
"Sebelum ini Pulau Batu Puteh adalah garis sempadan yang memisahkan negara kita dengan negara jiran itu dan kini ia sudah pasti berubah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bagaimanapun, jurucakap itu mengakui tindakan segera perlu diambil bagi menentukan sempadan baru maritim negara.
"Saya percaya, ketika ini sudah pasti ramai nelayan yang tidak akan pergi ke kawasan sana (Pulau Batu Puteh dan Batuan Tengah) kerana bimbang kemungkinan tersilap masuk ke perairan negara jiran itu," katanya - Berita Harian
Keluasan Batu Puteh hanya separuh padang bola sepak
KUALA LUMPUR: Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura hampir 30 tahun adalah sebesar separuh padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor.
Pulau seluas 2,000 meter persegi terletak di pertemuan Selat Johor dan Laut China Selatan itu menempatkan Rumah Api Horsburgh, menjadi rebutan antara kedua-dua negara sejak 1979.
Pulau Batu Puteh terletak kira-kira 12.8 kilometer dari Pengerang, Johor dan 64 kilometer ke timur Singapura. Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh.
Jarak antara Pulau Batu Puteh dengan Batuan Tengah ialah 0.96 kilometer manakala jarak Pulau Batu Puteh dengan Tubir Selatan kira-kira empat kilometer. Jarak antara Batuan Tengah dengan Tubir Selatan ialah tiga kilometer.
Pada 1979, Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim meliputi Pulau Batu Puteh sebagai wilayahnya kerana mendakwa Kesultanan Johor tidak pernah menyerahkan pulau itu ketika menyerahkan Singapura kepada British pada 1824.
Pulau itu diserahkan kepada British untuk tujuan pembinaan Rumah Api bagi memudahkan laluan kapal melalui perairan berkenaan.
Berikutan itu, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2003. ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap pulau itu pada 6 November 2007.
Singapura diberikan empat hari antara 6 dan 9 November 2007 untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama, sementara Malaysia diberikan giliran pada 13 hingga 16 November 2007.
Pusingan kedua oleh Singapura pada 19 dan 20 November dan Malaysia pada 22 dan 23 November 2007.
Delegasi Malaysia terdiri daripada ejen Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa serta wakil kerajaan Johor, Datuk Hamsan Saringat.
Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menterinya, S Jayakumar; Peguam Negara, Chao Hick Tin dan ejen Singapura, Prof Tommy Koh.
Berikut adalah antara hujah Singapura kepada ICJ iaitu negara itu menduduki Pulau Batu Puteh atau yang dipanggil Pedra Branca lebih 130 tahun sejak 1840 tanpa sebarang bantahan dari Malaysia.
Sepanjang tempoh itu, negara itu menyelenggara Rumah Api Horsburgh dan kemudahan lain di pulau berkenaan, selain membantu kapal yang belayar di kawasan itu dengan selamat.
Dalam tempoh 130 tahun itu juga Malaysia tidak pernah menuntut hak ke atas Pulau Batu Puteh, terutama pada 1965 ketika Singapura menjadi sebuah negara merdeka serta mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau di dalam wilayahnya.
Singapura mendakwa memorandum pemangku Setiausaha Kerajaan Johor pada 1953 yang menyatakan negeri itu tidak membuat sebarang tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh yang ditadbir Singapura. Malah, dalam peta Malaysia sebelum 1974, menunjukkan pulau itu milik Singapura.
Malaysia mengemukakan hujah yang antaranya faktor sejarah dengan keterangan kukuh membuktikan perjanjian Johor-British dan British-Belanda pada 1824, mengesahkan Sultan Johor mempunyai hak milik asal terhadap Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Malaysia menafikan Pulau Batu Puteh adalah ‘Terra Nullius’ iaitu tidak bertuan seperti yang didakwa Singapura kerana pulau itu adalah tempat nelayan untuk berlindung apabila berhadapan dengan ribut kencang dan ancaman lanun.
Malah, perairannya menjadi kawasan penangkapan ikan yang strategi bagi Orang Laut di Pengerang dan Teluk Ramunia, Johor. Malaysia turut mengemukakan tujuh dokumen bertulis untuk mengukuhkan hujah mereka - Berita Harian
Posted by
9T9
at
1:02 PM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Post ICJ Ruling
Singapura tidak boleh bertindak unilateral
JOHOR BAHRU 23 Mei - Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura dan pada masa yang sama, memberikan Malaysia hak ke atas Middle Rocks membuktikan bahawa republik itu tidak boleh bertindak secara unilateral di kawasan terbabit.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan ICJ yang menyebelahi Malaysia berhubung Middle Rocks adalah sesuatu yang amat penting kerana terumbu karang itu memperjelaskan kawasan maritim di antara kedua-dua negara.
''Walaupun Singapura memenangi Pulau Batu Putih, tetapi ini tidak bererti ia boleh mengambil tindakan unilateral seperti melakukan penambakan dan sebagainya,'' katanya kepada pemberita setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini petang ini, sebelum menghadiri Majlis Mesra Rakyat dan Mesyuarat Agung Mubarak Negeri Johor Kelima di Persada di sini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun Malaysia tidak mencapai semua tuntutannya, ia telah berjaya memenangi sebahagian daripada tuntutan berkenaan.
Disebabkan itu, tambahnya, Malaysia dan Singapura telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal untuk bersama-sama mentafsir dan mengkaji kesan keseluruhan keputusan ICJ berkenaan.
"Jawatankuasa itu akan mengkaji kesan keseluruhan keputusan tersebut. Saya tidak boleh buat komen spontan sekarang ini kerana banyak perkara yang perlu diperhalusi sebelum sesuatu keputusan dibuat," katanya.
Mengenai perasaan rakyat ekoran keputusan itu, Najib mengakui ada yang kecewa kerana Malaysia gagal mencapai kejayaan yang diharapkan.
"Namun kita kena terima,'' katanyanya.
Bagaimanapun katanya, ada juga pihak melihat keputusan itu sebagai situasi menang-menang kerana di peringkat rakyat, ia tidak banyak berubah setelah Middle Rocks dan South Ledge jelas milik Malaysia.
"Ini kerana selama ini pun Pulau Batu Putih dikendalikan oleh Singapura dan kini jelas kita dapat Middle Rocks," katanya.
Beliau yakin keputusan ICJ itu tidak akan menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Singapura.Sementara itu ketika berucap pada majilis tersebut, Najib menyeru wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) berani melakukan perubahan terhadap cara dan pendekatan mereka mendekati semua lapisan masyarakat, terutamanya generasi muda. - Utusan Malaysia
Beliau berkata, perubahan itu perlu supaya pendekatan mereka boleh diterima dan menarik generasi terdahulu, pertengahan dan muda agar menyokong BN
ICJ Decision Shows Singapore Cannot Act Unilaterally
JOHOR BAHARU, May 23 (Bernama) -- The decision of the International Court of Justice (ICJ) in The Hague to give Malaysia sovereignty over Middle Rocks proves that Singapore cannot act unilaterally, including in activities involving land reclamation, says Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Basically, the ICJ's decision in giving Singapore sovereignty over Pulau Batu Puteh and Malaysia, sovereignty over Middle Rocks, is a balanced decision.
"Today's decision shows that we are partly successful in our territorial claims but failed in the other. Some people are viewing this as a win-win situation," he said when met by reporters at the Senai Airport here upon his arrival from Kuala Lumpur.
Najib said the ICJ's decision which favoured Malaysia in its claim over Middle Rocks was also important as the coral reefs defined the maritime area of the two countries. The ICJ's split decision delivered in The Hague on Friday brought to a close a 28-year-old territorial dispute between Malaysia and Singapore over Pulau Batu Puteh, which Singapore called Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge.
Najib said the decision had more impact on Malaysia as the ICJ had defined the status of Middle Rocks and Malaysia's sovereignty over the islands which previously were vague.
Pulau Batu Puteh, on the other hand, had for a long time been administered by Singapore, he said.
However, he added, the government understood how important, symbolically, was Pulau Batu Puteh to Malaysians, especially Johoreans, but the ICJ decision must be accepted in good faith by all.
"We are not entirely disappointed with the decision. When a country brings a dispute to an international court to be resolved, one party will succeed in its claim while the other will not.
"However, we had earlier stated that we would accept whatever decision made by the ICJ because Malaysia accepts international laws."
The deputy prime minister said the Technical Committees of both countries would study indepth the ICJ decision before making any move.
"Due to the legal implications, the government will take a few weeks to study the ICJ judgment," he said.
Also present at the news conference was Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman - Bernama
Singapura tak boleh tambak sesuka hati
Oleh Mohd Zin Ali, Johan Afandi, Srihanasham Noordin dan Nor Ain Bujang
JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata walaupun negara kehilangan Pulau Batu Puteh, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan Batuan Tengah kepada Malaysia adalah keadaan menang-menang dan seimbang kepada kedua-dua negara.
Katanya, berikutan keputusan itu, Singapura tidak boleh melakukan penambakan di kawasan berkenaan sewenang-wenangnya.
"Saya bercakap dengan Menteri Luar (Datuk Seri Rais Yatim) selepas keputusan berkenaan. Jawatankuasa teknikal Malaysia akan melihat dan meneliti secara mendalam serta terperinci keputusan ICJ, tetapi secara dasarnya ia bermakna Singapura tidak boleh membuat keputusan unilateral sesuka hati, termasuk penambakan di kawasan itu," katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini malam tadi.
Najib berkata, walaupun barisan peguam negara di ICJ tidak berjaya sepenuhnya, Malaysia tetap dapat mempertahankan sebahagian daripada tuntutan berkenaan dan akan menghormati serta menerima keputusan itu seperti dipersetujui sebelum ini.
Katanya, kerajaan hanya akan membuat penentuan berkaitan sempadan maritim dan geografi di kawasan itu, sebaik menerima syor jawatankuasa teknikal berkenaan yang dijangka diperoleh dalam tempoh beberapa minggu.
Ditanya mengenai perasaan rakyat terutama di Johor, Najib berkata, beliau percaya ada yang akan kecewa kerana mengharapkan negara memenangi tuntutan itu tetapi mereka perlu menerimanya kerana ia sudah ditentukan mahkamah.
"Saya memahami perasaan rakyat Johor dengan kehilangan Pulau Batu Puteh tetapi selama ini, ia ditadbir Singapura dan sebab itu saya tegaskan, kita gembira mendapat hak ke atas Batuan Tengah kerana ia juga amat penting kepada kita.
"Misalnya, kedudukan Batuan Tengah sebelum ini amat samar-samar tetapi dengan keputusan berkenaan, ia jelas milik Malaysia dan ia diputuskan ICJ," katanya.
Menjawab soalan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura selepas keputusan berkenaan, Najib berkata, beliau yakin ia tidak terjejas sama seperti ketika negara memenangi kes tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan dengan Indonesia - Berita Harian
Posted by
9T9
at
12:48 PM
0
comments
Labels: Berita Harian, Bernama, Post ICJ, Ulasan, Utusan Malaysia
Nelayan kita bebas ke Batuan Tengah
Keputusan mahkamah beri banyak faedah kepada Malaysia berbanding Singapura hilang status quo
RAI KEJAYAAN: Akhbar Singapura berbahasa Melayu dan Inggeris menyiarkan berita muka depan mengenai kemenangan republik itu ke atas tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh atau dikenali sebagai Pedra Branca di Singapura.
THE HAGUE: Nelayan Malaysia kini boleh menangkap ikan di kawasan perairan Batuan Tengah yang kaya dengan hasil marin, tanpa rasa bimbang dihalau pihak berkuasa Singapura seperti sering dilakukan sejak 1986.
Ia berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberi hak kedaulatan ke atas Batuan Tengah kepada Malaysia kelmarin. Keputusan 15-1 itu sekali gus memecahkan monopoli Singapura di kawasan perairan berkenaan serta memberi harapan baru kepada nelayan negara ini.
Ejen Bersama Malaysia, Datuk Noor Farida Ariffin, berkata keputusan mahkamah itu memberi banyak faedah kepada Malaysia berbanding Singapura yang kehilangan status quo untuk terus menguasai Batuan Tengah.
TUNJUK KEMENANGAN: Berita Harian Singapura menyiarkan berita kegembiraan Singapura kerana memenangi kes Pulau Batu Puteh seperti yang diputuskan ICJ di The Hague, Belanda, petang kelmarin.
"Bagaimanapun, kita menyerahkan kepada Jawatankuasa Teknikal yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa untuk mengemukakan hak Malaysia itu kepada rakan sejawat daripada Singapura," katanya kepada wartawan Malaysia, di sini ,semalam.
Panel hakim ICJ dalam keputusannya kelmarin memutuskan hak kedaulatan Tubir Selatan akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Noor Farida yang juga bekas Duta Malaysia di Belanda berkata, kini tidak timbul halangan untuk rakyat Malaysia untuk pergi ke kawasan perairan Batuan Tengah iaitu tidak sampai satu kilometer dari Pulau Batu Puteh untuk mencari rezeki atau membuat penyelidikan.
Selain itu, katanya, kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi penguat kuasa maritim lain boleh membuat rondaan di kawasan perairan berkenaan yang dipercayai kaya dengan khazanah laut.
Bagaimanapun, katanya, kesan daripada keputusan itu yang dianggap amat penting apabila Singapura sudah tidak boleh lagi untuk melaksanakan rancangan menambak kawasan perairan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menjadi gugusan pulau.
"Rancangan republik itu untuk mewujudkan sebuah kuasa maritim baru musnah berikutan tuntutan negara itu untuk mendapat hak kedaulatan ke atas Batuan Tengah dan Tubir Selatan ditolak mahkamah," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud, berkata rakyat Malaysia perlu meraikan kemenangan memperoleh kedaulatan Batuan Tengah kerana keputusan itu memberi banyak faedah kepada Malaysia.
Katanya, kemenangan ke atas Batuan Tengah mempunyai banyak kepentingan kepada Malaysia kerana sejak British dan Singapura menguasai kawasan itu kira-kira lebih 100 tahun dulu, bentuk bumi maritim itu kini menjadi hak Malaysia sekali gus menafikan dominasi republik itu ke atas kawasan perairan berkenaan.
"Keputusan mahkamah itu menunjukkan Singapura terperangkap dengan agendanya sendiri," katanya.
Malah, katanya, Tubir Selatan pada dasarnya milik Malaysia kerana bentuk bumi maritim itu berada kira-kira 1.7 kilometer daripada Batuan Tengah.
"Mengikut Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS), persempadanan maritim sesebuah negara diukur itu dalam lingkungan 12 batu nautika dan mengikut pengiraan kita Tubir Selatan berada dalam perairan Malaysia - Berita Harian
Posted by
9T9
at
12:25 PM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Post ICJ Ruling
Terima keputusan ICJ dengan hati terbuka
AKHIRNYA Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, sekali gus menamatkan pertikaian selama 28 tahun antara Malaysia dan republik itu. Pulau Batu Puteh yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca (bahasa Portugis untuk Batu Puteh), sebesar separuh padang bola, terletak kira-kira 7.7 batu nautika dari Tanjung Penyusoh, Johor dan 25 batu nautika dari Singapura. Mahkamah yang sama turut memberikan Malaysia hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah meskipun ia lebih berupa struktur batu atau terumbu karang di Laut China Selatan. Ia sekurang-kurangnya merawat sedikit kekecewaan rakyat dan negara ini atas kehilangan Pulau Batu Putih. ICJ, badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah. Kedudukan dua terumbu karang itu, secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh. Keputusan itu muktamad, tiada rayuan dan sebab itu kedua-dua negara sepakat untuk menerima apa saja keputusan mahkamah.
Menang atau kalah, yang pasti banyak masa dan kos dihabiskan. Dalam masa kita terpaksa menerima keputusan mahkamah dunia itu, kes ini juga perlu menjadi pengajaran kepada kita agar tidak mengambil tindakan melulu sehingga menggadaikan maruah dan masa depan negara. Kes Batu Puteh ini mungkin tidak timbul jika pemimpin terdahulu mengkaji secara teliti dengan mengambil kira segala aspek sebelum memecat Singapura pada 1965. Keputusan kes ini menunjukkan kelemahan pemimpin dan pentadbir dulu dalam rundingan yang membabitkan kedaulatan negara. Contoh ketara dalam penghakiman dibacakan oleh Naib Presiden ICJ, Shawkat Al-Khasawneh itu ialah berkaitan kenyataan dikeluarkan oleh pemangku Setiausaha Kerajaan Johor pada 1953 yang menyatakan negeri itu tidak membuat sebarang tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh yang ditadbir Singapura ketika itu. Semua fakta sejarah itu dikemukakan kedua-dua negara pada perbicaraan kes dari 6 hingga 23 November tahun lalu. Kita tidak boleh berbohong atau cuba menulis semula sejarah. Ini juga adalah satu pengajaran supaya kita tidak lagi berdiam diri begitu lama mengenai sesuatu isu yang membabitkan kedaulatan negara. Jika kita rasa sesuatu wilayah itu hak kita, maka kita harus pertahan dan perjuangkan.
Rakyat Malaysia perlu menerima keputusan itu dengan hati terbuka meskipun ia memang sesuatu yang menyedihkan kerana menyerahkan kepada ICJ adalah kaedah terbaik untuk menyelesaikan tuntutan bertindih. Dengan keputusan itu, kita berharap Singapura tidak akan melakukan kerja penambakan laut kerana perbuatan itu dikhuatiri akan menjejaskan ekologi dan perairan negara terutama di kawasan Selatan Johor. Kita khuatir Singapura menggunakan hak itu untuk 'menghalalkannya' melakukan apa saja aktiviti pembangunan untuk meluaskan kawasannya yang boleh menjejaskan alam sekitar seperti tumpahan minyak ke laut yang mengancam hidupan laut. Sebarang pencemaran di pulau yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, dengan jaraknya cuma 20 minit menaiki bot laju dari Teluk Ramunia itu boleh menjejaskan nasib nelayan di Johor. Walau apa pun asas undang-undang antarabangsa yang digunakan oleh ICJ, dari segi nilai sejarah, kedaulatan dan moralnya, kita sudah kehilangan sebahagian wilayah kita. Bagaimanapun, kita juga perlu ingat bahawa kita pernah menang di mahkamah yang sama apabila Malaysia diberi hak kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan pada 17 Disember 2002 - Berita Harian
Posted by
9T9
at
12:13 PM
0
comments
Labels: Berita Harian, Post ICJ Ruling, Ulasan
Hasrat lebih 2,000 nelayan musnah
PENGERANG: Harapan lebih 2,000 nelayan di sini untuk menjejakkan kaki ke Pulau Batu Puteh, yang hanya kurang daripada 10 batu nautika dari Teluk Ramunia di sini seperti dilakukan lebih 20 tahun lalu kini hancur musnah.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pengerang, Abu Bakar Mohamad, berkata kebanyakan nelayan veteran yang masih turun ke laut mencari rezeki terlalu berharap dapat sekali lagi mendarat di pulau itu untuk memancing.
Katanya, harapan mereka untuk menangkap ikan di kawasan lubuk emas di Pulau Batu Puteh sudah tiada lagi dan nelayan terpaksa meneruskan kehidupan seperti biasa dengan kawalan yang mungkin lebih ketat daripada polis Singapura.
"Apa lagi yang hendak dikatakan kerana Pulau Batu Puteh kini sah dimiliki Singapura. Kami reda dengan keputusan itu dan tidak ada sebarang rancangan untuk mengadakan tunjuk perasaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, sebelum keputusan itu diumumkan petang semalam, beliau sudah mengingatkan kira-kira 1,500 ahli persatuan supaya sabar dan meneruskan kehidupan seperti biasa jika Malaysia tewas mempertahankan Batu Puteh.
Nelayan, Abu Bakar Abdul Rahim, 55, berkata sebelum Pulau Batu Puteh dikawal polis Singapura, beliau dan rakan nelayan lain sering singgah di pulau itu untuk memancing terutama di kawasan yang berbatu.
Katanya, kawasan itu banyak ikan terutama bawal, jenahak, kurau dan kerapu serta ikan sagai yang hanya boleh ditemui di kawasan laut dalam yang mempunyai batu karang.
"Seingat saya, sejak 20 tahun lalu, nelayan tidak dibenarkan singgah di pulau itu kerana ia dikawal. Jika sesekali kami terlepas sempadan, polis Singapura akan meminta kami masuk semula ke perairan Malaysia," katanya.
Seorang lagi nelayan, Nor Malik Abdul Rahim, 34, berkata pada zaman bapanya menjadi nelayan, Pulau Batu Puteh menjadi tempat berteduh kepada nelayan terutama ketika ombak besar dan ribut.
Malah, beliau berkata, ketika zaman remajanya, beliau sering mengikut bapa dan abangnya ke pulau itu untuk melihat rumah api dan memancing - Berita Harian
Posted by
9T9
at
12:10 PM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Post ICJ Ruling, Ulasan
Malaysia Loses Pulau Batu Puteh Not Due To Weak Arguments, Says Rais
From Nor Faridah A. Rashid
THE HAGUE, May 24 - Malaysia's failure to get sovereignty of Pulau Batu Puteh was not due to the weakness of its arguments presented before the International Court of Justice (ICJ), Foreign Minister Datuk Seri Rais Yatim said Friday.
"The fact that we have lost Pulau Batu Puteh is not due to the weakness of our arguments but to the lack of exercise by the authorities (on that island) for some 100 years," he told Malaysian journalists at the Malaysian embassy here.
He said that what was important to note was that the explanation given by the ICJ in its decision to award sovereignty was based on the fact that beginning from 1850 until 1953, Malaysia did not, in terms of evidence, effect any action or grounds which could be accepted as proof of sovereignty, be it in terms of occupation, conducting checks or supervision activities on Pulau Batu Puteh.
The Court had also emphasised that the map drawn up and produced by Malaysia in 1962, 1965, 1974 and 1975 had actually reflected on Singapore's claim, he said.
Rais said that another reason was the letter written by the Johor Acting State Secretary dated Sept 21, 1953 which the Court regarded as proof that there was a handover of power and sovereignty over the island.
The letter stated that "Johore Government (did) not claim ownership" of the island. Singapore had argued that the letter had expressed disclaimer of title of Pulau Batu Puteh.
The letter was in response to an enquiry dated June 12, 1953 made on behalf of the Singapore Colonial Secretary seeking to clarify the status of Pulau Batu Puteh, where a lighthouse had been built, with a view to determining the "boundaries of the Colony's territorial waters".
Rais said that while Pulau Batu Puteh was the significant material where the Horsburgh Lighthouse had been built and the administration done by Singapore, "We should also tell the public in Malaysia that we also won Middle Rocks which is so close."
"Of course in terms of area we have less than what it is compared to Pulau Batu Puteh but nonetheless, because of the adjacent position of these two units neither party can do any exercise of reclamation for anything without consultations," he said.
On the judgement he said: "We should not create commotion out of it because for the last two weeks we have laid the ground for a peaceful solution. The fact that we have won half and Singapore half, this is to us sufficient reward so far," he said.
As for South Ledge, the joint technical committee set up by both countries would hold a meeting not later than two weeks from Friday to lay down the principles and the steps ahead, Rais said.
He said the ICJ had ruled that sovereignty over South Ledge belongs to the state in the territorial waters of which it is located and as such this had to be determined.
"What's important now is the bilateral relations between Malaysia and Singapore. This decision should not in any way hinder us to go forward and reach out for those things that both of us have been wanting to," he said.
Meanwhile, Singapore's Deputy Prime Minister Prof S. Jayakumar said the court had awarded sovereignty of Pulau Batu Puteh to Singapore, which is the most important feature.
He said that of course Singapore would be happier if the court decided that it has sovereignty over the island and the two marine features but what important was that both countries have agreed to solve the dispute in an amicable way.
Malaysia's Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail said the Malaysian team had put in good effort including that relating to the 1953 letter.
But unfortunately, he said, the ICJ found the letter was significant to the case.
Malaysia had argued during the oral submission from Nov 6 to 23 last year that the Acting Johor State Secretary had no authority and capacity to issue the letter - Bernama
Tumpu Tubir Selatan: Rais
Daripada Khirul Bahri Basaruddin
THE HAGUE: Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yakin rakyat akan menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberi hak kedaulatan Batuan Tengah kepada Malaysia dan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Katanya, rakyat yang sudah diberitahu mengenai kesan daripada keputusan itu menerusi taklimat serta siaran media perlu menerima keputusan yang dianggap sebagai menang-menang untuk kedua-dua negara.
"Tidak timbul soal rakyat akan melakukan kekecohan kerana mahkamah itu jelas memberi kita kemenangan melalui hak kedaulatan Batuan Tengah," katanya kepada wartawan Malaysia di Kedutaan Malaysia di sini semalam.
Dr Rais berkata, pihaknya kini akan memberi tumpuan kepada meneliti dan mengkaji keputusan itu terutama membabitkan Tubir Selatan yang hak kedaulatan tidak memihak kepada Malaysia atau Singapura.
Katanya, Jawatankuasa Teknikal yang dibentuk kedua-dua negara untuk mengkaji keputusan itu akan bermesyuarat dua minggu lagi dan delegasi Malaysia akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa.
Dr Rais berkata, kedudukan Tubir Selatan hanya dapat ditentukan hasil rundingan jawatankuasa berkenaan.
Ejen Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, pula berkata ketika ini belum ada sebarang kesan daripada keputusan mahkamah semalam.
“Kedudukan Pulau Batu Puteh dan Batuan Tengah agak dekat, sekali gus perlu ada proses rundingan jika satu daripada negara ingin melakukan sesuatu di kawasan masing-masing. Masa depan pulau itu dan kedua-dua bentuk maritim terbuka untuk rundingan," katanya.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata pasukan perundangan Malaysia berjaya memberi persembahan mantap terutama ketika berhujah mengenai isu surat Penolong Setiausaha Kerajaan Johor yang tidak mengikat kes Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, mahkamah memutuskan surat itu mempunyai kepentingan besar sekali gus menyokong tuntutan Singapura.
"Saya berpendapat kesan keputusan mahkamah itu akan lebih jelas apabila hanya sebuah negara mendapat hak kedaulatan ke atas pulau terbabit serta dua bentuk maritim itu, " katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Prof S Jayakumar, berkata Singapura menyambut baik keputusan itu yang memberi hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada negara itu.
"Pulau Batu Puteh antara bentuk muka bumi yang penting berbanding dua lagi dan kami lebih gembira jika mahkamah memutuskan ketiga-tiga bentuk bumi itu hak kami, " katanya.
Bagaimanapun, katanya, Singapura menerima keputusan mahkamah kerana apa yang lebih penting kedua-dua negara bersetuju menyelesaikan pertikaian itu secara berhemah.
Jayakumar berkata, kedua-dua negara juga berjanji menghormati sebarang keputusan mahkamah bagi memastikan hubungan dua hala tidak terjejas dan Singapura dan Malaysia berjaya menunjukkan kepada negara lain di rantau ini bagaimana pertikaian boleh diselesaikan secara aman dan berhemah - Berita Harian
Posted by
9T9
at
11:48 AM
0
comments
Labels: Berita Harian, Bernama, Post ICJ
Muhyiddin Asks The People To Accept ICJ's Decision
KUALA LUMPUR, May 23 - International Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin calls on the people to accept the split decision by the International Court of Justice (ICJ) Friday which gave sovereignty over Pulau Batu Puteh to Singapore.
He said although the decision was disappointing, it had to be accepted.
"I'm rather disappointed with the decision made by the ICJ on Pulau Batu Puteh which was not in favour of Malaysia.
"As a subject of Johor, I'm sad because whatever consideration applied by the ICJ under international law, in terms of the historical value, sovereignty and morality, we have lost part of our territory," he said here, shortly after the ICJ made the decision.
The ICJ which sat in The Hague, The Netherlands, voted 12-4 in favour of Singapore, stipulating that the neighbouring country had sovereignty over Pulau Batu Puteh, while Malaysia was given sovereignty over Middle Rocks after a 15-1 vote.
The ICJ also decided that South Ledge belongs to the country in whose territorial waters it is located.
Based on the judgement, the ICJ decision on Pulau Batu Puteh referred to the letter written by an officer representing the Johor State Secretary in 1953 which the court considered as evidence that power and sovereignty over the island had been handed over to Singapore.
The judgement ended a 28-year-old dispute between Malaysia and Singapore over the island, which was called Pedra Blanca by Singapore, as well as the two corral reefs.
Muhyiddin said Malaysia's success in its claim over Middle Rocks was considered as "a slight boost to our disappointment".
"Hopefully, Singapore will not be arrogant over the latest decision on Pulau Batu Puteh," he said.
Meanwhile, the Chairman and Chief Executive Officer of the Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan said the ICJ decision should have a positive impact on Malaysia-Singapore bilateral relations.
He said this was because it had resolved a dispute which had dragged on for a long time. "The issue is no longer an irritant in our relations. On the part of the people, they should accept it positively," he said when commenting on the decision.
Mohamad Jawhar said Malaysia had decided to accept whatever decision made by the ICJ, whether in favour of Malaysia or Singapore.
"The ICJ decision was made based on submissions made by both parties and much depended on the actions taken by both countries in the 19th, 20th centuries... these were all actions taken by the authorities during the colonial government, Malaya and so on," he said.
He hoped Malaysians would accept the decision responsibly and would respect the law.
"Don't be emotional and spread anti-Singapore sentiments which would not bring any benefit to Malaysia or to bilateral relations between the two countries," he said.
The decision did not mean that Malaysia lost everything because Malaysia too won in the claim over Middle Rocks and it was a win-win situation between Malaysia and Singapore.
Mohamad Jawhar said Malaysia had sent the strongest team with the best expertise to present its case at the ICJ.
The Malaysian team had been involved in the claims over Ligitan Island and Sipadan at the ICJ not long ago where the decision had been in Malaysia's favour.
He also hoped that Malaysia and Singapore could resolve the sovereignty over Southern Ledge amicably based on maritime law - Bernama
Usah salahkan sesiapa dengan keputusan ICJ
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kelmarin yang memberi hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua pihak juga diminta tidak menyalahkan sesiapa atas keputusan itu dan menerimanya dengan hati terbuka walaupun ia mengecewakan.
"Saya tidak rasa kita menyalahkan sesiapa... ia sudah diputuskan mahkamah tetapi kita akan pastikan sebarang keputusan yang dilakukan negara jiran kelak tidak akan menggugat kepentingan rakyat kita terutama di Johor," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Tertutup "Tata Etika Ahli Umno" dengan Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Singapura juga harus mengambil kira bahawa kawasan itu sudah sebati dengan rakyat negara ini terutama di Johor.
"Kita harap mereka mempertimbangkan dan tidak mengancam rakyat kita kerana ia pernah menjadi sebahagian wilayah Malaysia," katanya.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun kecewa dengan keputusan ICJ itu, rakyat Johor khususnya, harus bertenang dan menerima hakikat keputusan itu muktamad dan tiada rayuan.
"Kita sudah pun bersetuju dengan keputusan muktamad mahkamah itu dan kita mahukan kestabilan serantau terutama di kawasan tanah selatan ini berkekalan.
"Saya harap Pemuda Umno Johor melihat secara positif pembentukan jawatankuasa dua negara mengenai isu ini tetapi pada masa sama saya mahu juga mereka memantau pelaksanaan kerjasama jawatankuasa yang ditubuhkan itu supaya ia dapat memberi kebaikan kepada semua pihak," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berjanji memantau secara dekat kaedah yang dilaksanakan jawatankuasa teknikal bersama Malaysia-Singapura untuk menangani isu perairan sekitar Pulau Batu Puteh dalam memastikan ia bukan saja menjaga hubungan kedua-dua negara tetapi kepentingan rakyat Johor terutama nelayan.
Selain itu, beliau berkata, jawatankuasa terbabit juga harus memberi perhatian khusus isu laluan kapal serta ruang udara yang selama ini membelenggu kedua-dua negara kerana ia belum mencapai keputusan di mahkamah - Berita Harian
Posted by
9T9
at
11:04 AM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Bernama, Post ICJ
Singapura diharap tak angkuh
Oleh Amirullah Andi Nur, Norfatimah Ahmad, Faiza Zainudin dan Siti Fatimah Mohamed Anwar
KUALA LUMPUR: Kerajaan dan rakyat Singapura diharap tidak angkuh berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan hak kedaulatan Pulau Batu Puteh seluas 2,000 meter persegi itu kepada republik berkenaan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga anak jati Johor mengakui kecewa dengan keputusan ICJ dan berharap semua pihak menerima keputusan itu.
“Sebagai rakyat Johor, saya sedih kerana walau apa asas undang-undang antarabangsa yang digunakan ICJ, dari segi nilai sejarah, kedaulatan dan moralnya kita sudah kehilangan sebahagian wilayah kita,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Naib Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, keputusan ICJ mengenai Batuan Tengah yang menyebelahi Malaysia merawat sedikit kekecewaan rakyat dan negara.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga kecewa dan sedih dengan kegagalan negara memastikan Pulau Batu Puteh kekal milik Malaysia.
Ketua Menteri Melaka itu berkata, walaupun kecewa dengan keputusan yang membabitkan kedaulatan negara, beliau tetap akur dengan keputusan ICJ.
"Kita perlu terima keputusan ICJ kerana ini adalah cara terbaik untuk kedua-dua negara menyelesaikan tuntutan bertindih terhadap pulau berkenaan," katanya.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri pula meminta rakyat menerima dengan hati terbuka keputusan ICJ yang memberikan hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, manakala Batuan Tengah kepada Malaysia.
“Tindakan ini konsisten dengan pendirian negara yang menghormati sistem dan keluhuran undang-undang dan menghormati keputusan hakim yang mengambil kira fakta sejarah, keberkesanan dan tindakan pentadbiran terhadap pulau itu,” katanya.
Beliau berkata, rakyat perlu bersikap tenang seperti sebelum ini apabila menerima secara ‘gentleman’ kemenangan dalam kes Sipadan dan Ligitan yang memihak kepada Malaysia.
“Kita tidak mahu hubungan Malaysia dan Singapura terhakis akibat keputusan mahkamah yang sejak awal berikrar untuk mematuhinya walaupun kita sedar dengan kesedihan yang dirasai menyelubungi rakyat negara ini,” katanya.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said pula menganggap keputusan ICJ menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura sebagai sesuatu yang menyedihkan khususnya rakyat Johor.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang, bimbang kehilangan pulau yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang yang jaraknya kira-kira 20 minit menaiki bot laju dari Teluk Ramunia itu memberi kesan buruk kepada penduduk kawasan itu dan sekitarnya.
Katanya, memberi hak pemilikan kepada Singapura bererti nasib penduduk terutama nelayan akan terjejas kerana pihaknya yakin kerajaan berkenaan akan cuba melakukan pelbagai aktiviti untuk meluaskan kawasan mereka.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata rakyat perlu menerima keputusan itu dengan hati terbuka kerana sebelum ini negara bersetuju membawa kes ke ICJ.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, menganggap sekurang-kurangnya keputusan mahkamah itu dapat menyelesaikan pertikaian yang sudah berlarutan sejak sekian lama antara dua negara.
Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan keputusan ICJ memberi hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah keputusan yang berat untuk diterima rakyat Malaysia.
Beliau berkata, keputusan itu memang sesuatu yang menyedihkan, namun ia adalah hakikat yang harus diterima - Berita Harian
Posted by
9T9
at
11:02 AM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Post ICJ Ruling, Ulasan
Friday, May 23, 2008
Pulau Batu Puteh sah milik Singapura
KUALA LUMPUR: Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura selama 28 tahun hari ini kini disahkan milik Singapura selepas ia diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.
Keputusan ICJ itu akan disampaikan oleh Naib Presiden Mahkamah itu, Hakim Awn Shawkat Al Khasawneh yang juga Pemangku Presiden, tepat jam 5.50 petang.
Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1, mulai kira jam 4 petang ini.
Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca (bahasa Portugal untuk "Batu Putih") adalah sebuah pulau tunggul sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor, Malaysia.
Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km dari Pengerang dan 64 km ke timur Singapura dan hanya 20 minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang, Johor.
Pertikaian kedaulatan pulau itu antara isu kedua-dua negara yang berlarutan hampir 28 tahun.
Singapura mendakwa Pulau Batu Puteh miliknya selepas pemetaan wilayah dibuat Malaysia pada 1979.
Pada 24 Julai 2003, Malaysia dan Singapura secara bersama memulakan proses perundangan bagi menyelesaikan tuntutan Singapura melalui penyampaian secara rasmi kepada ICJ - Berita Harian
Posted by
9T9
at
6:03 PM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Post ICJ Ruling
Hak Batu Puteh ditentu hari ini
Oleh Khirul Bahri Basaruddin di The Haque, Belanda
Kekuatan 14 hujah perkuat tuntutan: Dr Rais

MALAYSIA akan mempertahankan kedaulatan setiap inci kawasan miliknya walaupun saiznya sekecil setengah padang bola sepak seperti dalam kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang akan ditentukan pemiliknya oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), di sini hari ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Malaysia mengambil keputusan merujuk kes yang menjadi pertikaian dengan Singapura kira-kira 30 tahun itu ke ICJ untuk mencari penyelesaian negara yang mempunyai hak kedaulatan pulau berkenaan.
"Orang hairan kenapa kita berebut kawasan batu yang saiznya sebesar setengah padang bola sepak. Bagi saya batu itu adalah sebahagian daripada Malaysia dan kita perlu mendapatkan kepastian pemilik sah kawasan itu.
"Oleh itu, melalui pentadbiran dan kemampuan undang-undang, kedaulatan kawasan batu itu milik Johor serta Malaysia, " katanya dalam pertemuan dengan media Malaysia di sini semalam.
Dr Rais mengetuai delegasi Malaysia mendengar keputusan 14 hakim tetap dan dua hakim ad-hoc ICJ untuk memutuskan kedaulatan kawasan itu.
FAKTA: Tuntutan Pulau Batu Puteh
Jika keputusan berpihak kepada Malaysia
- Kedaulatan negara dikembalikan dan terpelihara kerana berjaya menuntut kembali hak yang digunakan oleh penjajah tanpa izin sejak 1840-an.
- Malaysia akan mempunyai kawasan laut yang luas dengan tambahan keluasan sejauh 200 nautika diukur dari Pulau Batu Puteh.
- Menguasai seluruh hasil bumi dalam kawasan sempadan iaitu gas dan petroleum sekitar perairan kawasan itu.
- Laluan laut ke laut China Selatan akan terbuka dan memberikan kebebasan perjalanan laut oleh kapal daripada Malaysia tanpa membabitkan keizinan diplomatik oleh negara luar jika menggunakan laluan itu.
- Meningkatkan pertahanan negara berbanding jika pulau itu dikuasai Singapura. Mengelakkan daripada kawasan sebelah tenggara Johor daripada dikuasai oleh kuasa asing bagi mengelakkan sebarang ancaman luar.
- Menguasai laluan kapal perdagangan paling sibuk di dunia dengan anggaran lebih 45,000 kapal dagang dari Eropah, Asia Tengah dan Asia Timur.
- Memperoleh kembali kawasan sumber hasil laut yang lumayan khususnya untuk nelayan dari Pengerang, Johor. Kawasan itu dipercayai kaya dengan sumber ikan dan udang kara kerana kehadiran plankton yang banyak di sekitar batu karang.
Jika keputusan berpihak kepada Singapura
- Singapura akan mempunyai Zon Kawasan Eksklusif Ekonomi (EEZ) sejauh 200 nautika sekitar Pulau Batu Puteh yang sempadannya terlalu hampir dengan perairan Johor. Ia juga akan meluaskan wilayah pentadbiran negara itu.
- Semua hasil laut dan bumi kawasan itu termasuk ikan, gas dan petroleum yang ditemui dalam kawasan itu akan menjadi milik Singapura.
- Perjalanan kapal Malaysia keluar ke Laut China Selatan melalui Selat Tebrau akan terhalang oleh wilayah jajahan Singapura sejauh 200 nautika. Ia adalah halangan besar dan menyekat kebebasan pelayaran negara dan semua perjalanan kerana perlu mendapatkan keizinan Singapura untuk ke Laut China Selatan.
- Malaysia kehilangan peluang meningkatkan ekonomi dengan menguasai laluan perairan paling sibuk di dunia iaitu Selat Tebrau dan hujung Selat Melaka untuk menjadi pelabuhan yang mampu mendatangkan sumber ekonomi seperti Singapura yang mengenakan bayaran untuk setiap perkhidmatan radar oleh kapal dagang yang menggunakan laluan itu.
- Ruang udara di Pulau Batu Puteh akan terbuka kepada Singapura untuk dilalui. Malaysia memerlukan keizinan diplomatik untuk melalui ruang udara Pulau Batu Puteh dan pesawat negara terpaksa melalui jalan lain dan pusingan yang jauh tanpa melalui ruang udara Pulau Batu Puteh.
Posted by
9T9
at
3:23 PM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, ICJ
Batu Puteh kembali kepada pemilik
Oleh Khirul Bahri Basaruddin
Menjelang keputusan ICJ berhubung hak milik dan kedaulatan Pulau Batu Puteh, hari ini
Pertikaian lebih 30 tahun antara Malaysia, Singapura sampai penghujung
MENANG atau kalah. Itulah hakikat yang perlu diterima oleh sesebuah negara apabila bersetuju merujuk pertikaian mereka ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mencari jalan penyelesaian. Keputusan mahkamah yang menjadi organ undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu lagi.
Malaysia dan Singapura melalui Perjanjian Khas 2003 bersetuju merujuk berhubung pertikaian kedaulatan Pulau Batu Puteh, terletak kira-kira 7.7 batu nautika dari Malaysia dan 25.5 batu nautika dari Singapura kepada ICJ untuk membuat keputusan pertikaian hampir 30 tahun itu.
Berdasarkan latar belakang pertikaian itu, ia bermula pada 14 Februari 1980 apabila Singapura pertama kali membuat tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh melalui Nota Diplomatik membantah terhadap keputusan Malaysia memasukkan pulau itu sebagai sebahagian daripada pulau milik Malaysia dalam peta Malaysia yang diterbitkan pada 1979.
Pada masa itu, tidak timbul tuntutan Singapura ke atas Batuan Tengah dan Tubir Selatan atas alasan yang kita tidak ketahui, tetapi dalam perbincangan dua hala pertama pada Februari 1993, negara itu membangkitkan soal tuntutan ke atas kedua-dua bentuk muka bumi berkenaan secara jelas berbeza daripada Pulau Batu Puteh.
Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh. Batuan Tengah dipisahkan dari Pulau Batu Puteh oleh saluran 0.6 batu lebar, manakala Tubir Selatan kira-kira 2.1 batu dari pulau berkenaan.
Malah, Singapura tidak menunjukkan ada menjalankan kegiatan di Batuan Tengah dan Tubir Selatan bagi membolehkan tuntutan dibuat sebelum rundingan dijalankan pada 1993. Kedua-dua bentuk muka bumi itu di bawah kedaulatan Johor kerana Batuan Tengah dan Tubir Selatan sejak dulu lagi sebahagian pulau, pulau kecil dan bentuk muka bumi di sebelah utara Selat Singapura yang kedaulatannya dikuasai Johor.
Pada September 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk merujuk pertikaian itu kepada ICJ dan pada Februari 2003, kedua-dua negara itu menandatangani perjanjian khas bagi mendapat keputusan muktamad daripada mahkamah dunia itu.
Melalui perjanjian khas itu, Malaysia dan Singapura mengemukakan memorial atau dokumen kes dan Memorial Balasan masing-masing pada 25 Mac 2004 dan 25 Januari 2005. Kedua-dua negara juga mengemukakan jawapan masing-masing pada November 2005.
Mahkamah memulakan prosiding lisan pada 6 hingga 23 November tahun lalu di hadapan 14 panel hakim tetap dan dua hakim ad-hoc ICJ yang dipengerusikan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh.
Namun, hari ini adalah tarikh keramat bagi kedua-dua negara apabila barisan 16 panel hakim ICJ membuat keputusan mengisytiharkan kedaulatan Pulau Batu Puteh serta muka bumi berdekatan, Batuan Tengah dan Tubir Selatan milik kekal salah satu daripada negara anggota Asean itu.
Sebaik saja mahkamah membuat keputusannya, Malaysia dan Singapura terpaksa menerima keputusan itu sebagai negara 'pemenang' dan 'kalah' di persada undang-undang antarabangsa yang menjadi pentas untuk kedua-dua negara mencari jalan penyelesaian, sekali gus meneruskan perancangan yang dibuat di kawasan yang menjadi pertikaian itu.
Bagi Malaysia, keputusan membawa kes itu ke mahkamah adalah satu 'kemenangan moral' kerana sejak kira-kira 150 tahun Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu berada di bawah penguasaan Singapura yang mengambil alih pentadbiran Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Puteh daripada penjajah British, selepas negara itu menjadi sebuah republik pada 1963.
Atas kebijaksanaan pasukan perunding dari Kementerian Luar yang bermula daripada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak berjaya membawa pertikaian itu ke meja rundingan, sekali gus mendapat persetujuan kedua-dua kerajaan merujuk pertikaian kepada ICJ.
Apabila kes itu dibawa ke mahkamah, mengikut pengiraan sama ada Malaysia boleh menang atau tidak, secara moralnya kita sudah menang 50 peratus. Alasannya, jika tidak dibawa ke mahkamah sehingga hari ini pulau yang menjadi pertikaian itu milik Singapura selama-lamanya.
Kita tidak mungkin mengangkat senjata untuk mengambil semula pulau itu, bukan kerana kita tidak mempunyai kekuatan tetapi Malaysia sejak penubuhan Asean berpegang kepada semangat pertubuhan itu yang menyelesaikan segala pertikaian di meja rundingan atau jalan muktamad melalui mahkamah seperti ICJ atau Tribunal Antarabangsa Mengenai Undang-Undang Laut (Itlos), berhubung kes penambakan laut yang dijalankan Singapura di sekitar Selat Johor.
Apakah peluang Malaysia selepas 50 peratus menang secara moral? Kita berpegang kepada kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang yakin negara ini boleh menang dalam pertikaian itu berdasarkan fakta sejarah dan hujah undang-undang termasuk kes rujukan undang-undang serta dokumen sokongan seperti peta.
Tidak salah kita katakan, pasukan undang-undang yang dianggotai anak tempatan serta peguam antarabangsa berjaya meyakinkan panel hakim dalam prosiding lisan selama tiga minggu kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah hak Malaysia sejak sebelum British melalui Syarikat India Timur (EIC) mendapat kebenaran membina dan mengendali rumah api daripada Kesultanan Johor pada 25 November 1844 .
Hujah yang menyokong kes Malaysia dan menyanggah kes Singapura; Malaysia berjaya membuktikan sebelum 1847, Pulau Batu Puteh menjadi sebahagian wilayah Sultan Johor. Singapura gagal menunjukkan Pulau Batu Puteh terra nullius atau tidak bertuan.
Pulau Batu Puteh bukan terra nullius pada 1847 dan 1851 apabila EIC siap membina rumah api Horsburgh. Singapura menggunakan hujah pihak British menjejak kaki mereka pada 1847 di pulau yang tidak bertuan itu untuk membina rumah api dan 1851, sebagai tarikh operasi rumah api itu bermula.
Bagaimanapun, Malaysia berjaya mematah kes Singapura yang bergantung penuh kepada hujah Pulau Batu Puteh terra nullius tetapi jika ia milik Johor seperti yang dihujahkan Malaysia, kes republik itu musnah.
Singapura bergantung penuh kepada kegiatan yang berlaku antara 1847 dan 1851 dengan alasan pulau itu terbuka untuk diduduki bagi menuntut kedaulatan pulau berkenaan.
Sejarah yang disokong keterangan kukuh membuktikan perjanjian Johor-British dan British-Belanda pada 1824 mengesahkan bahawa Sultan Johor mempunyai hak milik asal dan kemudian Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Berdasarkan beberapa alasan kukuh, kita yakin kemenangan berpihak kepada Malaysia kerana republik itu hanya mengemukakan dua hujah utama iaitu, Pulau Batu Puteh terra nullius atau tidak bertuan dan kedua, menggunakan prinsip effectivit 'es atau pentadbiran berkesan berhubung semua kegiatan yang dijalankan sejak 1951 hingga 1980 membuktikan negara itu mempunyai hak kedaulatan ke atas ketiga-tiga bentuk bumi yang menjadi pertikaian itu.
Dalam prosiding lisan itu, Singapura merujuk kes Malaysia lawan Indonesia (Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan), antara lain negara itu mendakwa prinsip kes itu menyokong tuntutan republik berkenaan. Pentadbiran berkesan bermaksud negara yang menduduki kawasan yang menjadi pertikaian itu menjalankan pelbagai kegiatan serta ada memperkenalkan undang-undang tempatan, contohnya dalam kes Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, Malaysia mewartakan Ordinan Pemuliharaan Penyu 1917 dan Peraturan Santuari Burung 1933.
Sehubungan itu, Malaysia cuma perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa ia mempunyai hak milik asal ke atas pulau itu dan jika hujah itu diterima, Malaysia tidak perlu mengemukakan sebarang bukti effectivit'es atau pentadbiran berkesan.
Malaysia, berdasarkan beberapa hujah dan alasan adalah pemilik asal Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sekali gus menolak hujah effectivit'es yang dikemukakan Singapura. Namun, kita tunggu dan lihat keputusan sebenar, hari ini - Berita Harian
Posted by
9T9
at
2:15 PM
0
comments
Labels: Batu Putih, Berita Harian, Ulasan